|| Liberté , truth untold
❀—————❀
“ tae yakin ke nak pindah masuk sini semula? dah bincang dengan hyo? dia tak kisah ya? ”
Soal Namjoon risau. Taehyung sekadar mengangguk malas.“ hyung tak perlu risau. semuanya okay. dia tak kisah lagipun kita memang akan makin busy kan. jadi, Tae nak fokus ”
Bicara Taehyung tenang.“ iya tapi ingat, kau tu suami orang. kau ada tanggungjawab kau ”
Sampuk Jin pula. Taehyung memilih untuk diam.Kerana dia tahu mereka tidak sependapat. Dari bertengkar, baik dia diamkan aje. Namjoon dan Jin mengeluh kesal.
“ ikut kau lah, Tae ”
Akhirnya Jin melangkah pergi.
“ kalau ada apa-apa yang kau nak luahkan, cari la hyung ”
Namjoon juga pergi.Taehyung merengus kasar.
Serabut!|| Apartment LoyalSky, Seoul Korea
Jihyo memandang kosong jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Dia masih punya rasa untuk ke club tetapi entah kenapa dia masih berbaring disitu.
“ Taehyung.. kenapa kau ni, Jihyo? inikan apa yang kau nak? kau nak bebas dan sekarang dia tak ada disini. kau bebas buat apa yang kau nak ”
Jihyo mengomel pada diri sendiri. Dia tatap gambar perkahwinan dia dan Taehyung yang tergantung elok di dinding kamar yang pernah mereka kongsi bersama.
“ atau.. kau.. dah mula sayangkan dia? ah— tak mungkin! ingat. kau tak layak untuk dia. kau cuma kahwin dengan dia sebab Jae Il ”
Jihyo mengeluh kesal. Dia buntu dengan perasaan sendiri. Gadis cantik itu tidak tahu apa yang benar-benar dia inginkan.
DingDong!
Jihyo bingkas bangun apabila loceng apartment mewah itu berbunyi nyaring. Laju saja kaki cantiknya melangkah kearah pintu masuk.
Dan dalam Jihyo sendiri tidak perasan, dia begitu teruja kerana dia harapkan yang menekan loceng itu adalah suaminya.
Sungguh dia dan Taehyung tidak bersua muka sudah lebih 2 bulan. Namun Taehyung tidak lupa memasukkan duit yang banyak kedalam account bank Jihyo.
“ jungkook—? ”
Hampa.
Terlalu hampa.
Bukan Taehyung tetapi Jungkook.“ hai kakak ipar! boleh kook masuk? ”
Lelaki kacak itu tersenyum manis. Jihyo pantas mengangguk lalu memberi ruang untuk Jungkook masuk.“ noona dengan hyung ada masalah ya? ”
Soal Jungkook tanpa berbasa basi.
“ kenapa kook cakap macam tu? nampak macam kami ada masalah ke? ”
Soalan dibalas soalan.Jihyo tersenyum kecil.
“ kalau tak ada masalah, tak akan lah hyung dah 2 bulan lebih duduk di dorm dan langsung tak balik kesini ”
Jihyo mati kata.“ noona.. kook tau korang kahwin bukan atas dasar cinta tapi— tak pernah ke noona perasan yang Tae hyung tu dah jatuh cinta pada noona? dan kalau noona nak tahu, ini kali pertama tau hyung jatuh cinta ”
Jungkook tersenyum lagi apabila wajah Jihyo berubah kelat. Menyesal mungkin.
“ jadi noona pun.. belajar lah cintakan hyung. atau sebenarnya— ”
Jungkook diam tiba-tiba.“ sebenarnya apa, little Kook? ”
Soal Jihyo dengan rasa debar.
“ sebenarnya noona pun dah sayang dan cintakan hyung cuma ada sesuatu yang halang noona kan? ”Kepala serta merta ditundukkan. Tidak lagi mahu membalas tatapan mata serius Jeon Jungkook. Jungkook yang tahu Jihyo sudah salah tingkah tersenyum sinis.
“ betul lah kan apa Kook agak selama ni? noona cuma tak berani nak mengaku perasaan sayang tu ”
Jihyo menundukkan kepalanya.
“ mungkin.. ”
YOU ARE READING
[C] LIBERTÉ
FanfictionSERIES BROKEN MARRIAGE #2 I had her pillow talking, and she told me, she's just want a little freedom. A Kim Taehyung Fanfiction. start: 1Dec2018 end: 21Dec2018 beautiful cover by : @CHERRYLUCY