|| Liberté 06 , batas
❀—————❀
Taehyung melepaskan keluhan lega. Dia dan BTS baru sahaja selesai mempersembahkan lagu baru mereka, idol di The Graham Show.
Malam nanti barulah grup itu akan berangkat pulang ke Korea dan berehat selama 3 hari sebelum menyambung concert tour mereka.
Taehyung terus mengambil iphone XS miliknya yang sebelum show bermula diserahkan kepada manager mereka.
“ nah, you did a great work, tae! ”Taehyung tersenyum kearah manager itu. Telefon berjenama itu kini bertukar tangan. Terus kontak nombor Jihyo dicari dan dihubungi.
Kaki Taehyung melangkah kearah hujung bilik, sedikit jauh dari ahli bts yang lain. Sebaik panggilan dijawab, terus bibir Taehyung mengukir segaris senyuman.
“ hey. how are you today? ”
“ saya okay, Taehyung. awak pula macam mana? lama lagi ke awak di US tu? ”
Soal Jihyo kembali.Sudah menjadi kebiasaan jika Taehyung bertanya, dia akan bertanya semula kepada lelaki kacak itu. 3 minggu sudah berkenalan, tidaklah terlalu kekok.
“ saya pun okay. tak, saya akan balik malam ni. kenapa? rindu saya ya? ”
Taehyung mengusik gadis cantik yang kini sudah terikat dengan nya kerana satu perjanjian.Kedengaran Jihyo berdecit tidak suka.
“ tak ya! sikit pun tak! ”
Taehyung menyeringai suka.“ oh— jangan lupa tidur awal dan kemas pakaian. esok pagi saya jemput awak. kita ke rumah omma saya sama-sama ”
Arah Taehyung tegas.Jihyo menyepi buat seketika.
“ saya akan bangun awal pagi esok tapi kejap lagi saya nak ke pub dulu ”
Balas Jihyo tenang. Taehyung menggigit perlahan bibir bawahnya.“ jangan. duduk aje dirumah— ”
“ Encik Kim. ingat batas awak ”
Potong Jihyo dengan nada dingin. Terus Taehyung bungkam.“ baiklah, saya letak dulu. apa-apa, call aje saya ”
Tanpa menunggu kata balas, Taehyung mematikan panggilan.Masih dia ingat tentang ‘batas’ yang perlu dia jaga itu.
“ batas awak adalah tentang kebebasan saya. kuasa awak bila jadi suami saya nanti tak terbatas kecuali pada kebebasan saya. saya nak awak tahu, kebebasan saya, hak saya. saya berhak buat apa yang saya mahu. awak boleh melarang tapi jangan melebih. itu apa yang saya maksudkan dengan jaga batas. ”
Penerangan panjang Jihyo itu belegar didalam kepala Taehyung.
Taehyung akhirnya penat befikir. Badan dipusing, ingin kembali kearah BTS. Namun terkejutnya Kim Taehyung apabila dia berpusing,
Ahli BTS sudah berada dibelakangnya. Liur ditelan payah.
“ korang— mula dari mana korang curi-curi dengan perbualan aku ni? ”BTS tersengih mengejek.
“ dari kau tanya girlfriend kau ‘how are you today’ ”
Jawab Jimin tersengih nakal.“ dan sampai lah kau cakap sweet-sweet dengan dia, Tae. rindu lah apa lah. hyung rasa nak muntah! ”
Sambung Jin pula.“ mind to explain? ”
Soalan Namjoon mendapat keluhan dari Taehyung. Dia mengangguk lalu malam itu Taehyung menceritkan semuanya.Dari A sampai Z.
Dari awal sampai habis.❀ ❀ ❀
triple update today cuz
tomorrow will be only one update
goodnight, enjoy ♡
YOU ARE READING
[C] LIBERTÉ
FanfictionSERIES BROKEN MARRIAGE #2 I had her pillow talking, and she told me, she's just want a little freedom. A Kim Taehyung Fanfiction. start: 1Dec2018 end: 21Dec2018 beautiful cover by : @CHERRYLUCY