|| Liberté 10 , locked
❀—————❀
Song Jihyo atau lebih tepat, Kim Jihyo telah bergelar isteri kepada Kim Taehyung selama 5 bulan. Dan sepanjang 5 bulan itu, dia benar-benar rasa seperti dikurung.
Dikurung didalam penjara yang cantik dan mewah. Semuanya kerana Taehyung yang tidak membenarkan Jihyo keluar rumah tanpa suaminya itu disisi.
Jihyo mengeluh kesal. 2 hari yang lepas Taehyung telah terbang ke Japan kerana concert tour BTS dan suaminya itu akan balik tengahari nanti.
“ Tae— ”
“ saya dah balik! ”
Terus terhenti niat Jihyo mahu berkata sesuatu tentang Taehyung saat mendengar suara garau lelaki itu. Taehyung telah pulang.“ hai, wife ”
Taehyung terus mendakap erat tubuh Jihyo lalu puncak kepala isterinya itu dicium. Sungguh dia rindu.Manakala Jihyo hanya membiarkan. Dia sudah terbiasa. Pelukan Taehyung juga dia balas. Namun, dengan rasa yang jauh berbeza dari Taehyung.
Taehyung tewas.
Dia telah jatuh.
Jatuh cinta pada Jihyo.Namun, tidak bagi Jihyo.
Dia menang.
Kerana rasa cintanya masih belum hadir buat Taehyung.Dia betul-betul tetap dengan pendiriannya. Dia hanya mahu menyenangkan Jae Il. Tidak lebih. Dia bertekad tidak mahu menyimpan apa-apa rasa terhadap Taehyung.
Sungguhpun terkadang, perlakuan Taehyung berjaya mencuit hati perempuannya.
“ Taehyung.. mari berbincang ”
“ ya? awak nak bincang apa? teruskan lah. saya dengar ”
Balas Taehyung yang sedang baring diatas katil. Jihyo mengubah posisinya.Kini dia berbaring mengiring menghadap suaminya.
“ saya nak keluar— ”“ berhenti. ni mesti soal benda yang awak panggil ‘freedom’ awak tu lagi kan? ”
Jihyo berdehem, mengiyakan. Taehyung menghela nafas berat. Mata masih terpejam.“ baiklah, apa yang awak nak sebenarnya? apa awak rasa saya kurung awak ke selama ni? ”
Soal Taehyung, cuba menahan rasa berangnya.“ ya, Tae ”
“ baiklah. kalau itu yang awak mahu, buatlah Jihyo. buat sesuka hati awak. lagipun— larangan saya semua tu tak ada guna sebab awak tetap pergi ke pub dan club kan bila saya tak ada? awak tipu saya. banyak kali ”
Jihyo tersentak. Dia tidak sangka yang Taehyung tahu tentang hal itu.
“ Taehyung.. ”
Lengan Taehyung dipegang. Lelaki kacak itu terus membuka mata dan mengubah posisi, kini dia sedang duduk.Mata tajam Taehyung memandang Jihyo. Bukan saja rasa berang, malah rasa kecewa jelas kelihatan diwajah kacak Taehyung.
“ maafkan saya ”
Jihyo bekata perlahan. Gadis cantik itu ikut duduk berhadapan Taehyung.Memang Jihyo meminta maaf tetapi sejujurnya, dia tidak rasa bersalah. Jihyo hanya rasa keliru. Keliru kenapa Taehyung merampas kebebasan nya?
Kenapa Taehyung seolah-olah tidak mahu Jihyo bergaul dengan orang lain?
Dan terbukti Jihyo agak bengap.
Dia tidak pernah nampak yang Kim Taehyung itu benar-benar sayang dan cintakan nya.❀ ❀ ❀
YOU ARE READING
[C] LIBERTÉ
FanfictionSERIES BROKEN MARRIAGE #2 I had her pillow talking, and she told me, she's just want a little freedom. A Kim Taehyung Fanfiction. start: 1Dec2018 end: 21Dec2018 beautiful cover by : @CHERRYLUCY