❀ 15

1.6K 250 61
                                    

|| Liberté 15 , leaving

❀—————❀

awak ada potensi Jihyo. dengan wajah dan bentuk badan awak yang sempurna ni, awak boleh pergi jauh dalam industri modelling. tentang syarikat, pastinya syarikat saya. BigHit Ent

Setiap bait kata Bang-PD kepada Jihyo berlegar didalam kepala Taehyung. Bukan dia saja yang mendengar tawaran Bang-PD itu.

Malah semua ahli BTS.

Taehyung mengubah posisi pembaringan nya. Kini dia baring mengiring menghadap Jihyo yang sudah lena.

“ Jihyo.. saya harap awak tak setuju dengan tawaran tu. saya tak suka— semua yang ada pada awak, semuanya milik saya. bukan untuk ditunjuk pada lelaki lain ”

Sambil meluahkan isi hati, jemari Taehyung sebuk menyentuh kelopak mata, hidung dan bibir Jihyo.
‘ sempurna ’
Bisik hati Taehyung.

“ saya tak faham— kenapa awak suka sangat keluar malam? tak boleh ke awak berubah, hm? kebebasan tu lebih menarik dari saya ya? ”
Taehyung tertawa paksa.

Liberté.
Satu-satunya sebab yang menjadi penghalang diantara Taehyung dan Jihyo.

Kisah lain, penghalangnya adalah orang ketiga. Tapi tidak bagi kisah Taehyung dan Jihyo.

Liberté menjadi dinding yang memisahkan mereka.

“ bilalah awak akan sedar yang saya dah terlanjur sayangkan awak ? ”
Dahi gadis yang bertakhta dihatinya itu dicium sebelum Taehyung ikut tidur.

❀ ❀ ❀

“ Taehyung. saya rasa, saya nak terima lah tawaran Bang-PDnim awak tu. jadi model! pasti seronok! ”
Kata Jihyo dengan wajah yang berseri.

Itu adalah ayat pertama yang dia katakan kepada Taehyung selepas hatinya dilukai kerana perlian Taehyung tempoh hari.

Taehyung yang sedang membaca surat khabar hanya diam. Jihyo sudah naik geram.
“ sudah bisu? ”

Perli Jihyo dengan senyuman sinis. Taehyung menutup akhbar itu dengan kasar kemudian matanya tajam memandang wajah Jihyo.

Gulp.

Jihyo dibuat kaku. Wajah Taehyung pada saat itu sungguh menyeramkan.
“ awak nak saya cakap apa? awak fikirlah Jihyo. mana ada suami yang suka isteri dia menggayakan sesuatu untuk lelaki lain”

Jihyo masih diam.

“ tapi— kalau saya larang, awak tetap akan buat. awak tetap degil. jadi, buatlah sesuka hati awak ”
Taehyung tersenyum sinis. Sesinis kata-katanya.

“ saya ke BigHit. ada practice. buatlah apa yang awak nak ”
Akhirnya Taehyung melangkah pergi dengan hati yang sakit.

Sakit kerana sikap Jihyo dan sakit kerana airmata yang bertakung ditakungan mata Jihyo adalah kerananya. Ya, Jihyo sudah mahu menangis sekali lagi kerana kata-kata Taehyung.

“ awak akan balik? ”
Suara yang berkocak kerana menahan tangisan. Siapa lagi kalau bukan suara Kim Jihyo.

“ tak. saya akan pindah masuk ke dorm BTS semula sebab kami akan jadi lebih sebuk jadi baik saya tinggal disana aje”

Airmata Jihyo gugur. Taehyung masih memebelakangi nya. Tidak mahu menoleh.

“ saya dah penat. saya tak akan paksa awak lagi. kalau betul awak juga rasa apa yang saya rasa pada awak— rasa sayang. dan kalau awak perlukan saya, barulah awak cari saya semula”

Sempat Taehyung toleh kearah Jihyo sesaat. Isterinya itu sedang menangis.
Namun, Taehyung tetap melangkah pergi.

“ kenapa kau menangis, jihyo? bukan ke ini yang kau mahukan? ”
Gumam Taehyung perlahan.

❀ ❀ ❀

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now