|| Liberté 02 , rescue you
❀————❀
“ okay terima kasih BTS! itu saja untuk harini. harap awak semua dapat practice step baru untuk lagu Idol ni dengan baik ya! thanks for your hard work! ”
Selesai sahaja choreographer yang telah dibayar bagi mengajar step untuk lagu baru BTS itu memeluk satu persatu ahli BTS, dia segera beredar.
Meninggalkan ahli BTS terduduk kepenatan.
“ fuh! boleh tahan susah! ”
Keluh Jin kepenatan.“ aku sokong.
tapi menarik jadi tak apa lah ”
Komen Namjoon pula. Ahli lain hanya diam melayan rasa penat.Kecuali Kim Taehyung.
Dia tidak penat tetapi dia masih lagi serabut. Sudah 5 hari berlalu dan dia masih belum temu gadis yang rela berkahwin dengan nya tanpa rasa cinta.Taehyung akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan bangunan Bighit.
“ Tae nak pergi beli coffee. jumpa di dorm malam nanti ”
Beritahu Taehyung kepada ahli yang lain.“ nae! hati-hati! ”
❀ ❀ ❀
“ tolong! tolong! ada pencuri! ”
Spontan kaki panjang Taehyung berlari kearah satu suara yang menjerit meminta tolong.Sampai disatu lorong yang agak tersorok, kelihatan seorang gadis sedang berlawan dengan seorang lelaki yang cuba merampas tas tangan gadis itu.
Tanpa rasa takut, Taehyung berjalan kearah mereka.
“ hoi pencuri! kau tak ada kerja ke? lepaskan dia sekarang! ”
Arah Taehyung tegas.Dapat dia lihat sengihan sinis bergayut pada bibir si pencuri.
“ kalau aku taknak? kau bukan boleh buat apa pun! aku ada pisau, kau ada apa?! ”
Pencuri itu ketawa sakan.Taehyung kerling gadis cantik yang sudah berair matanya itu sekilas. Mungkin dia hampir menangis kerana pisau yang dihalakan dilehernya saat itu.
“ aku dah dengar dia minta tolong dari tadi jadi aku dah hubungi polis awal-awal. kalau kau rasa tak mahu ditangkap, larilah. aku takkan halang. asalkan kau jangan lukakan gadis tu ”
Arah Taehyung tenang. Wajah si pencuri langsung bertukar cuak. Terus dia melepaskan gadis cantik itu lalu berlari pergi.
“ cik, awak okay? ”
Soal Taehyung yang kini sudah bercangkung dihadapan gadis itu.
“ saya— okay. terima kasih ”Wajah diangkat bagi melihat sipenyalamat nya. Mata Taehyung dan gadis itu membalas pandangan. Lama.
‘ cantik— ’
Bisik hati lelaki Taehyung. Namun kontak mata mereka terputus apabila gadis cantik itu berdehem kekok.Terus Taehyung berdiri dan menjauhkan jarak diantara mereka berdua.
“ uhm— cik nak kemana? biar saya hantar. hari dah nak gelap. tak selamat untuk cik jalan seorang diri aje ”Sungguh lembut setiap bait bicara yang Taehyung lontarkan buat si gadis.
“ saya perlu ke tempat kerja. encik tak kisah ke? sebab tempat kerja saya agak jauh dari sini. dalam 30 minit jauhnya ”Dibalik mask hitam yang dipakai, Taehyung tersenyum.
“ tak, saya tak kisah. marilah ”❀ ❀ ❀
YOU ARE READING
[C] LIBERTÉ
FanfictionSERIES BROKEN MARRIAGE #2 I had her pillow talking, and she told me, she's just want a little freedom. A Kim Taehyung Fanfiction. start: 1Dec2018 end: 21Dec2018 beautiful cover by : @CHERRYLUCY