Keesokan harinya... (Di Syarikat MAJU BERHAD)
"Selamat pagi tengku", kata Suzani dengan lembut sambil menundukkan kepalanya. "Selamat pagi", kata Aizat dengan sombong. Aizat masuk ke pejabatnya dan mendail telefon gaya 60-an itu kepada telefon Alisya. "Alisya? Alisya?", kata Aizat yang tercari cari suara Alisya tetapi tidak menyahut olehnya. Aizat terus mendail telefon gaya 60-an kepada Suzani pula. "Suzani? Mana Alisya?", kata Aizat. "Maaf, tengku, Alisya masih belum masuk ke pejabat. "Baiklah ", kata Aizat dengan perasaan sakit hati di dalam dirinya.
Pada pukul 8.30 pagi, kelihatan Alisya baru sampai di tempat kerjanya dengan menaiki motor skuternya dengan tergesa gesa. Alisya masuk ke Syarikat MAJU BERHAD dengan cepat sambil menunduk pantas kepada Suzani sambil tersenyum malu. Cepat cepat Alisya meletakkan helmetnya di bawah meja kerjanya dan duduk di kerusinya. Aizat ternampak kelibat perempuan berpakaian tudung bawal labuh bidang 60 yang tergesa gesa. Aizat terus memanggilnya masuk ke pejabatnya dengan mendail telefon gaya 60-an. "Alisya?", kata Aizat. "Ya, Tengku?", kata Alisya dengan berdebar debar. "Masuk ke pejabat saya sekarang", kata Aizat dengan tegas. Selepas Alisya dengar arahan Aizat dia terus ke pejabat Aizat.
"Ya, Tengku?", kata Alisya sambil meletakkan tangan ke sisi dan menunduk kepala. "Sekarang jam berapa?", kata Aizat dengan tegas. "Umm, 8.37 pagi, tengku", kata Alisya sambil melihat jamnya. "8. 37 pagi? Kenapa kamu lambat datang office?", kata Aizat. "Maafkan saya, tengku, saya janji selepas ini saya takkan datang lambat lagi", kata Alisya. "Janji lah sangat?! Sudah! Kamu keluarlah dan sambung kerja selepas ni jangan lambat lagi, FAHAM?!!", kata Aizat dengan marah. "Baik, tengku!", kata Alisya dengan sopan dan keluar daripada pejabat Aizat dengan langkah yang sopan. Suzani datang ke meja Alisya. "Eh, Alisya, kenapa kau lambat?", kata Suzani. "Aduh, entahlah aku lambat bangun pulak hari ni", kata Alisya sambil memukul dahinya. "Aduh, lain kali jangan lambat tau,tengku tu pantang orang lain datang lambat. Ha, nah jadual baru tengku, salin balik dalam note book tu", kata Suzani dengan baik.(Di rumah keluarga Alisya)
(Di ruang tamu rumah mereka)"Abang?", kata Tengku Zalina. "Apa?", kata Tengku Syaifuddin sambil membaca surat khabar. "Pasal Along ni", kata Tengku Zalina. "Kenapa dengan Along?", tanya Tengku Syaifuddin. "Bila kita nak kahwinkan dia?", kata Tengku Zalina. "Alah, dia baru kerja kan biarlah dia tu seronok dengan kerja dia tu", kata Tengku Syaifuddin. "Eh, abang ni tak kerja ke?", kata Tengku Zalina. "Oh, hari ni abang cuti", kata Tengku Syaifuddin. "Cuti lagi?", kata Tengku Zalina. "Aah, ni last lah abang cuti", kata Tengku Syaifuddin. "Oh, ni sambung lah pasal Along ni", kata Tengku Zalina. "Ye la, biar je lah dia nak merasa kerja dia tu", kata Tengku Syaifuddin. Tengku Zalina membuat mulut muncung. Tengku Syaifuddin yang ternampak mulut muncung isterinya itu terus menegur. "Amboi, muncung mulut", kata Tengku Syaifuddin. "Ye la", kata Tengku Zalina dan gelak nakal. "Macam ni lah kalau awak nak Si Along tu kahwin saya ada calon", kata Tengku Syaifuddin. "Siapa bang?", kata Tengku Zalina. "Tengku Aizat anak si Saifullah", kata Tengku Syaifuddin sambil menutup surat khabarnya. "Ha?! Si sombong tu?!", kata Tengku Zalina. "Aip! Dia tu ada nama lah", kata Tengku Syaifuddin. "Sorry, sorry, si Aizat tu?", kata Tengku Zalina dengan terkejut kerana tidak menyangka suaminya memilih Aizat untuk dijadikan sebagai menantu. Tengku Syaifuddin mengangguk. "Saya tak boleh terima! Sebab abang tahu kan yang dia tu sombong, kalau tiba tiba dia pukul Along ke macam mana?", kata Tengku Zalina. "Sudah, lah, Ina, abang dah malas nak fikir pasal ni", kata Tengku Syaifuddin. Tengku Zalina hanya memikirkan calon yang akan dikahwinkan untuk anak sulungnya itu.
"Angah,Angah rasa best tak kalau Along ada suami?", tanya Aliah Si Bongsu. "Aah, kan tu lah, Angah rasa elok juga kalau Si Along tu ada suami", kata Alina Si Angah. "Along tu bukannya suka bercinta pun, ingat tak yang Along pernah kata yang Along akan terima apa saja calon lelaki yang akan dikahwinkan dengan Along iaitu calon pilihan ibu dengan abah", kata Aisyah Si Alang. "Lagipun siapa yang jadi suami Along sangat beruntung sebab Along ni baik, cantik tu nombor SATU! Hihihi, sopan, pandai masak dan banyak lagi lah", kata Amirah Si Uda. "Angah harap suami Along hensem", kata Alina sambil berangan. "Angah!!", kata Aisyah, Amirah, dan Aliah serentak untuk menyedarkan Si Angah supaya tidak termasuk dalam angan angannya itu. Perangai Si Angah iaitu Alina Syamila ni sangat girly (keperempuanan) apa yang perempuan suka mahupun benci itulah sikapnya. Shopping, memasak, berangan, makan, dan sebagainya. Tapi Alina tidak suka bercinta kerana dia menganggapi cinta itu hanya permainan semata mata. Umurnya kini mencecah 26 tahun. Perangai Si Alang pulak iaitu Aisyah Syazira sangat mengambil berat, penyayang,tapi mulut boleh tahan macam makcik-makcik, kelakar dan lasak. Dia amat meminati permainan PS4. Umurnya mencecah 24 tahun. Perangai Si Uda pula iaitu Amirah Syafiyah yang perangainya dengar cakap orang,mulutnya ringan memuji orang, perangainya juga lebih kurang sama dengan Si Angah yang bersikap keperempuanan. Umurnya mencecah 22 tahun. Akhir sekali, perangai Si Aliah Syahirah Si Bongsu iaitu sangat caring, baik, mengambil berat, suka memasak dan lain lain. Umurnya mencecah 20 tahun. Selepas adik beradik ceria ini bersembang mereka terus ke ruang tamu menonton televisyen dengan ramah sekali.
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.