Alisya mengurut kaki suaminya itu. "Sayang", kata Aizat dengan mengangkat sedikit badannya itu. Alisya membaringkan suaminya itu. "Abang penat kan? Biar Sya urutkan",kata Alisya sambil memicit micit kaki suaminya itu. "Sya? Kenapa tak kata saya?",tanya Aizat. "Biarlah Sya pulak,asyik saya je,simple sangat",kata Alisya. "Abang tak kisah",kata Aizat.
"Abang bangunlah,biar Sya urutkan kepala abang pulak",kata Alisya. Aizat mengikut kata Alisya itu. Dia bangun dan membaringkan kepalanya di atas paha Alisya. "Wanginya isteri abang ni,ni untuk suami ke untuk orang lain?",tanya Aizat dengan pandangan mata yang tajam. "Mestilah untuk abang,takkan untuk orang lain pulak",kata Alisya. Aizat memegang muka isterinya menggunakan tangan sebelah kirinya. Alisya meletakkan tangan sebelah kanannya di tangan kiri Aizat. Aizat memandang muka isterinya itu. Nafsu syahwatnya tiba tiba naik. Dia merenung muka Alisya yang gebu itu, matanya gatal pandang bibir Alisya, ke leher Alisya dan ke dada Alisya. Alisya yang sibuk memandang wajah Aizat yang kacak itu, tiba tiba dia menutup dadanya daripada nampak. "Sayang ni malu malu pulak", kata Aizat. "Abang ni nakal lah!", kata Alisya. Aizat memuncungkan bibirnya kerana mahu dicium. Alisya memukul lembut bibir suaminya itu. "Abang ni", kata Alisya. "Cepatlah, sayang!! Mmmm", kata Aizat sambil memuncungkan bibir. "Ish, tak naklah", kata Alisya. "Dosa tau lawan permintaan suami", kata Aizat. "Ish, ye lah ye lah", kata Alisya."Chuppppppppp!!", Alisya mencium bibir Aizat. Aizat membalas ciuman Alisya itu dengan rakus. Alisya dah agak dah suaminya itu akan berbuat begitu. Alisya mahu melepaskan ciuman itu tapi makin teruk lagi ciuman Aizat itu. Makin rakus. Alisya memukul mukul dada Aizat itu. Pergerakan Alisya terhenti. Dirinya dikuasai nafsu. Aizat sudah puas, dia mencium leher Alisya pula sambil bangun dari paha Alisya. Alisya baru tersedar yang dirinya sedang 'cuti'. Dia mengangkat muka suaminya itu. "Sayang, kenapa ni?", tanya Aizat. Perbuatannya itu terhenti apabila Alisya mengangkat mukanya. "Abang, sorry, Sya tak boleh, Sya period", kata Alisya. "Ha? Ye ke?! Ala", kata Aizat dengan muka sayu. "Abang sorry lah", kata Alisya. "Takpelah, abang faham", kata Aizat. Aizat bangun dan duduk di sebelah Alisya. Dia menyilangkan tangannya dan menyembamkan mukanya di bahu Alisya. "Abang, sorrylah", kata Alisya. "Takpelah", kata Aizat. Alisya terus mencium leher Aizat. Dia mahu membalas ciuman suaminya itu. "Sayang? Kenapa ni?", tanya Aizat sambil mengangkat muka isterinya itu. "Sya yang rosakkan mood abang, jadi Sya nak kembalikan mood abang", kata Alisya. Alisya menyambung perbuatannya tadi. Aizat menahan dirinya daripada dikuasai nafsu. Dia mengetap bibir. Aizat menahan kerana kalau Aizat membalas, makin teruk nanti. Aizat melarangnya namun Alisya tetap berdegil. Selepas rimas mendengar amarah Aizat, dia mencium pipi Aizat. Alisya berhenti. Aizat terkejut. Kenapa berhenti. Alah. "Dah,puas hati?",kata Alisya. Aizat menggeleng. "Aik? Bukan tadi puas abang suruh Sya berhenti?", kata Alisya. Aizat mencium pipi Alisya. Alisya rimas. "Abang,dahlah!!!",kata Alisya. Aizat berhenti dia tergelak melihat gelagat isterinya yang comel itu, dia juga mencubit cubit pipi Alisya yang gebu itu. Alisya menyilangkan tangannya dan memuncungkan bibir.
...
"Ah!!! Habislah aku!!!", kata Zara. Rambutnya kusut masai. Barang barang di hadapannya habis bersepah. "Laki tu (Syafiq)", kata Zara. Dia mencapai henfonnya dan mendail nombor Syafiq. Tapi Syafiq tidak mengangkat, kerana Syafiq dah berputus asa untuk menerima perangai Zara itu. Zara memeluk lututnya. "Ding dong", loceng rumahnya berbunyi. Zara mengintai ngintai siapa yang menekan loceng rumahnya ini?. Tak nampak lah pulak. Zara mengikat rambutnya dan keluar dari pintu rumahnya itu. "Tuan,caca.... riiii... siiaapppaaaa ye?", tanya Zara dengan tergagap gagap. Zara berada di hadapan pagar dan belakang pagar itu ada 3 orang polis. "Cik kena ikut kami ke balai", kata seorang polis lelaki itu. "Aik? Saya tak buat apa apa salah pun!", bohong Zara. "Ini buktinya, nombor plat kereta cik sama dengan nombor di dalam kertas ini", kata seorang polis itu sambil menunjukkan kertas yang telah difotostatkan. Zara terdiam. "Buka pagar ni!", kata polis itu. Zara berserah, otaknya tiba tiba kosong, tak tahu mahu buat apa. Dia boleh saja lari, tapi otaknya kosong tiba tiba 'blur'. Zara membuka pagar dan dua orang polis terus mengunci tangan Zara pada gelang besi itu. Zara dimasukkan ke dalam kereta polis.
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
RomansMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.