Bab 5

2K 39 0
                                    

"Along sekarang ni dah banyak berubah kan?", kata Syafiq. Kedua dua tangan Aizat memegang pinggang dirinya dan muka Aizat berasa "tidak tahu mahu kata apa". Tiba tiba Syaiful masuk ke bilik Aizat. "Along, eh, Angah, papa ajak makan malam", kata Syaiful. "Ha, nanti Angah dan Along turun, Uda turun lah dulu, nanti kami susul", kata Syafiq. Syaiful pun keluar dari bilik Aizat dan tutup pintu bilik abang sulungnya itu sambil berkata "aik, tak pernah pernah pulak aku tengok Si Angah ni berani nak cakap dengan Along, herm, entahlah". Syaiful pun turun ke meja makan dan terserempak dengan Alangnya. "Eh, Alang", kata Syaiful. "Apa?", kata Amin sambil meletak pinggan di atas meja. "Alang nampak tak tadi kat bilik Along, Angah bersembang dengan Along kot", kata Syaiful. "Apa salahnya?", kata Amin sambil menuang air di gelas gelas yang disediakan. "Takdelah, mereka tu bukannya selalu bersembang, susah nak tengok mereka bersembang", kata Syaiful. Amin terhenti menuang air dan tangannya tiba tiba berada di pinggangnya. "Eh, Uda ni dah nak termasuk kumpulan kumpulan pak cik pak cik mengelupas bawang ni", kata Amin. "Eh, kenapa pulak?", tanya Syaiful. "Ye lah, biar je lah mereka tu nak bersembang, bukannya senang nak tengok diorang tu berbual", kata Amin. "Uda tahu tapi bila tengok rasa macam kekok lah", kata Syaiful. "Lantak diorang lah, Alang dah malas nak layan", kata Amin. "Eh, Alang ni bukan ke rapat dengan Along?", kata Syaiful dan mereka berdua terus duduk di kerusi meja makan itu. "Boleh tahanlah", kata Amin. "Eh, macam mana korang rapat?", tanya Syaiful. "Adalah", kata Amin dengan bergurau. "Bagilah tahu", kata Syaiful. "Adalah", kata Amin lagi. Tiba tiba suara Mak Jah menyergah mereka. "Sudah sudah, ajak abang kamu makan, papa pun", kata Mak Jah. "Baik, bos!", kata Amin untuk melarikan diri daripada Syaiful. Ayat terakhir daripada Surah Yassin kedengaran merdu daripada Tengku Saifullah selepas selesai menunaikan Solat Isyak. "Papa, jom makan", kata Amin dengan terdetik hatinya sejuk dan lapang melihat papanya membaca ayat suci Al-Quran. "Ha, sadaqallahalazim, oh, sekejap", kata papanya sambil mencium Al-Quran. "Alang dah suruh Uda panggil ke Along dan Angan makan?", kata papanya sambil meletak Al-Quran di atas meja meja soleknya. "Dah, nanti diorang turun", kata Amin. "Sudahlah, Angah, tak habis habislah bercakap pasal ni dahlah Along nak turun", kata Aizat dan keluar dari biliknya itu. "Along, Along, haih sabar je lah", kata Syafiq dan keluar dari bilik Alongnya itu. Semasa mereka makan tiba tiba Amin bersuara. "Papa, minggu depan Usu nak balik tau". Papanya berkata "ye ke? Macam mana Alang tahu?". "Oh, Usu telefon Alang", kata Amin. "Hari apa?", tanya Syaiful. "Hari jumaat", kata Amin. Kelihatan Syafiq dan Aizat hanya mendengar mereka bertiga saja sembang mereka hanya menumpukan perhatian ketika sedang makan. "Eh, ni Usu tu duduk sini berapa bulan?", tanya papanya. "Dalam 2 bulan rasanya", kata Amin. "Oh, ni cuti semester lah ni?", tanya papanya. "Aah", kata Amin. Syaiful melihat gerak geri abang sulungnya dan abang ngahnya. "Amboi, pa, takkan lah tak tahu cuti semester tu apa, dah berapa kali Si Usu tu balik sini cuti semester", kata Syaiful. "Amboi, Uda, sedap mulut kamu, maklumlah, papa ni dah tua kadang kadang tu boleh terlupa", kata papanya. "Hehehe, sorry papa", kata Syaiful.

"Abah", kata Alisya. "Apa?", kata abahnya Alisya. "Pasal, Tengku Aizat tu, macam mana?", tanya Alisya. "Oh, abah dengan kawan abah, Tengku Saifullah masing-masing tak nak kamu berdua kahwin lagi sebab nak bagi kamu berdua enjoy dulu dengan kerja kamu berdua sekarang ni", kata Tengku Syaifuddin. "Oh", kata Alisya. "Kenapa bunyi macam sedih je", kata abahnya. "Takde pape lah, abah", kata Alisya. "Along suka ke kat Si Aizat tu?", tanya papanya. "Mana ade lah abah", kata Alisya. "Hermm, ye la tu", kata Tengku Syaifuddin. "Betul lah, abah", kata Alisya. Selepas Alisya puas menonton televisyen dia terus masuk ke biliknya. Kelihatan Aliah dan Amirah sudah tidur dengan nyenyaknya selepas menunaikan Solat Isyak. Tiba tiba henfonnya berdering. "Assalamualaikum, ye Tengku", kata Alisya dengan mengangkatnya. Alisya memberi nombor telefonnya kepada Aizat atas dasar kerja sahaja. "Waalaikumussalam, Alisya", kata Aizat. "Apa, Tengku?", kata Alisya. "Saya nak tahu yang....", tak sempat Aizat menghabiskan kata katanya tiba tiba Alisya menyampuk "pasal jadual? Esok Tengku ada mesyuarat dengan Tan Sri Khalid pukul 9 pagi tentang projek yang akan diadakan di ladang kelapa sawit iaitu Tengku akan mesyuarat di bilik mesyuarat,Tengku jangan risau, takde apa yang mahu digelikan itu sahaja, mesuarat Tengku pada pukul 9 pagi sahaja", kata Alisya dengan membuka buku notanya. "Oh ok", kata Aizat. Alisya cuma berkata "herm" dan terus meletak telefonnya. "Mesti Alisya ni marah kat aku lagi", kata Aizat. "Haih, Aizat ni aku masih lagi tak puas hati lah dengan perangai dia, macam mana lah dia boleh lupa yang aku ni classmate dia dari tingkatan 3 lagi", kata Alisya. "Aku harap Alisya tu dapat maafkan aku", kata Aizat. Nampaknya Aizat mahu menjinak jinakkan diri dengan perempuan.

TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️Where stories live. Discover now