"Fuh! Segarnya!", kata Zara yang baru sahaja keluar dari bilik airnya. Dia tersedar henfonnya diterima WhatsApp. Siapalah yang kacau aku malam malam ni?. Dia terkejut, tertera nombor itu, tidak diketahui olehnya. Mesejnya itu, "salam, ni saya orang yang awak terlanggar hari tu dekat bank", ujar lelaki itu yang bernama Syafiq. Zara tanpa teragak agak terus membalas, "waalaikumussalam, oh awak, macam mana tahu nombor saya?". Syafiq sangat teruja, dia turut membalas. "Umm, saya ternampak kad nama awak tercicir, saya terus lah dapatkan nombor ni untuk WhatsApp awak". "Oh, takpelah, terima kasih ye, apa apa yang jadi kat bank tu saya minta maaf". Syafiq teruja dia mahu membalas lagi tapi saat dia mahu menaip, dia perasan Zara terus menutup, seperti offline WhatsAppnya. Dia terasa sayu. Air mukanya berubah kepada sedih. "Mungkin, dia sibuk kot, takpelah lain kali je lah aku WhatsApp dia", kata Syafiq sendirian dan menutup henfonnya.
*****************************
"Ha? Kau dah buat kerja kau?", kata lelaki itu. "Dah bos, tapi saya pulak yang kena, dia simbah saya bos", kata orang upahan itu. "Ha, padan muka kau, kau cakap apa dekat dia sampai dia jirus muka kau?", kata lelaki itu. "Saya kata dia comel je", kata orang upahan itu dengan muka yang kesian. "Ha, sudahlah, takpe, lepasni, kita buat lagi dahsyat!", kata lelaki itu dengan senyuman nakal. Mereka berdua seronok dan menikmati malam itu dengan teruja bersama perempuan perempuan berpakaian tak cukup kain yang berada di sisi mereka, di kelab malam.
*********************************
"Sayang", panggil Aizat. Alisya menyahut sambil mengelapkan rambutnya dengan tuala. "Sayang tak perlu fikir pasal perempuan tu lagi eh?", tanya Aizat. Alisya mengangguk. Mukanya terus memandang Aizat yang sedang menaip sesuatu di laptopnya. Dia mahu menanya sesuatu kepada Aizat. "Abang", panggil Alisya lembut. Cair je dengar. "Umm, dah berapa bulan dah perkahwinan kita ni", kata Alisya. Aizat mengangguk. "Umm, abang tak nak anak ke?", tanya Alisya. Aizat yang tadi sibuk menaip, dia terus berhenti. "Apa yang sayang cakap ni? Mestilah abang nak! Abang kalau boleh nak 5, 6, 10 anak tau!", kata Aizat dengan muka yang teruja. "Umm, saya minta maaf, kita sampai sekarang tak dapat anak lagi", kata Alisya dengan muka yang sayu. "Eh, eh, no, no, sayang, anak, rezeki, jodoh tu semua, Allah SWT yang tentukan, kita sebagai hambanya kena redha dan terima", kata Aizat sambil memegang muka isterinya yang comel itu. "Umm, saya nak tanya abang, kalau ditakdirkan yang saya ni tak boleh mengandung camne?", tanya Alisya dengan lembut. "Umm, abang tak tahu, kalau ye pun, kita usaha lah, kita pergi hospital ke ambik rawatan", kata Aizat. Alisya mengangguk. "Saya takut, abang akan benci saya, kalau saya tak dapat kandungkan anak kita", kata Alisya. "Eh, takkan abang nak buat camtu, itu berdosa tahu tak?", kata Aizat. "Dahlah, sayang, jangan cakap pasal ni lagi, itu semua rezeki daripada Allah, kalau ada, alhamdulillah, kalau takde kita berusaha lah selagi mampu dan redha", kata Aizat. Dia terus memeluk isterinya. Alisya membalas pelukan suaminya itu dengan erat.
*****************************
"Angah!", panggil Amin, dia ketuk pintu berkali kali, tapi tak di jawab. Dia terus mencapai tombol pintu. Tak kunci? Punyalah puas aku mengetuk!
Amin terus mengerak gerakkan Syafiq. "Angah! Bangunlah, subuh!", panggil Amin. Dia cuba untuk menampar lembut muka Shafiq, tapi dia terperasan yang mukanya panas,dia cuba mencapai dahi Syafiq. Panasnya!!!. "Ya Allah!!!Angah! Bangun! Angah demam ni!", kata Amin. Syafiq tersedar dia terus mencapai henfonnya. Amin pelik. "Eh, Angah, bangun, cari apa ni?", tanya Amin. Dia terkejut kerana tangan Syafiq seperti meraba raba Amin, Amin menepis. Amin membantu Syafiq bangun, Syafiq terus bersuara. "Dah pukul berapa ni?", tanya Syafiq. "Dah pukul 6 pagi ni,bangun solat subuh", kata Amin. Amin membaringkan kepala abangnya itu di atas pahanya. "Angah, demam", kata Amin. Syafiq terkejut. Dia jarang sakit, kenapa tiba tiba demam ni. "Mana henfon Angah?", tanya Syafiq sambil menghulurkan tangannya. Amin mencari cari mana henfon, Syafiq. Dia terus mencapai dan memberi pada tangan Syafiq yang lama dihulurkan. Syafiq terus bangun dari paha Amin dan mencari nombor Zara. Dia WhatsApp Zara. Banyak kali. Tapi tak di jawab oleh Zara. Amin pelik, bangun bangun terus cari henfon. Tiba tiba Syafiq rebah saat mahu menaip, Amin terus bangun dan membaringkan Syafiq di atas katil dengan elok. Dia menutup badan Syafiq dengan selimut. Amin terus mencapai henfon Syafiq, dia terkejut begitu banyak WhatsApp yang diberikan oleh Syafiq, tapi tidak dibalas oleh Zara. Syafiq tidak tahu siapa nama Zara. Dia cuma letakkan 💗❤️❤️💕, sebagai tanda itulah perempuan yang diminatinya. Amin terus bersuara, "mungkin dia nilah sebab abang aku sakit", kata Amin sendirian. Mukanya geram dia terus keluar dari bilik Syafiq. Dia memanggil Mak Jah. "Mak Jah, ooh Mak Jah", panggil Amin. "Ye, Amin, kenapa panggil Mak Jah?", menyahut Mak Jah. "Tolong beri saya kain lap yang dibasahkan, dan mangkuk berisi air sejuk", kata Amin. Mak Jah terus buat seperti yang disuruh. Selesai sahaja, dia memberikan pada Amin sambil berkata "siapa yang demam?", tanya Mak Jah. "Syafiq", katanya sepatah. "Mak Jah tolong masakkan bubur ayam ye", kata Amin sambil senyum. Mak Jah terus memasak bubur ayam itu dengan memotong bahan sebagai langkah permulaan.
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
DragosteMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.