Bab 28

1.5K 31 0
                                    

"Haris! Mari dekat umi!", panggil Alisya apabila melihat anaknya yang baru berusia setahun sedang liat bermain dengan alat permainannya. "Umi! Mana ayah?", tanya Haris sambil duduk atas paha Alisya. "Ayah kerja, Haris duduk lah dengan umi, kenapa? Tak suka?", tanya Alisya. "Bukan tak uka, tapi Haris nak mayen dengan ayah", kata Haris. "Nanti ayah balik, ye sayang", kata Alisya. Haris mengangguk.

"Zara, awak betul ke sudi terima saya? Walaupun jarak umur kita beza dua tahun?", tanya Syafiq. Zara menyedut sedikit jusnya. "InsyaAllah, saya terima, saya dah terima awak dalam hidup saya", kata Zara. Mereka kini sudah bertunang. Zara kini sudah bertudung, dia sudah berubah. Mukanya lagi jelita jika bertudung. Dia menggayakan tudung bawal bidang 60. "Cantik awak, saya suka", kata Syafiq. "Minggu depan kita dah nak nikah. Awak dah bersedia?", tanya Syafiq. "Soalan apa awak tanya ni? Mestilah saya terima, kalau tak saya takkan keluar dengan awak beli barang hantaran semua ni", kata Zara. Syafiq terdiam. "Awak yang patut sedia, awak lah yang akan lafaz nikah nanti", kata Zara. "Ok, saya harap semua berjalan lancar nanti, aminn", kata Syafiq. Zara tersenyum.

"Tahniah Zara!! Minggu depan dah nak jadi bini orang dah!", kata Shidah sambil menyuit lengan Zara dengan lembut. "Terima kasih", kata Zara. Alisya tersenyum melihat gelagat mereka. "Kau bila lagi, Shidah?", menyampuk Alisya. "Alah, korang ni janganlah perli aku!", kata Shidah. "Umi!! Umii! Nak ikit, kek!", menyampuk Haris. Shidah dan Zara senyum sahaja. Mereka tidak kisah, mereka sudah biasa dengan kanak kanak. "Maaflah, anak aku ikut sekali, Aizat dia sibuk kebelakangan ni, aku tak tahulah", kata Alisya sambil menyuap Haris makan kek. "Alah, takpe, kami dah biasa lah", kata Zara. "Ye lah dia kan dah banyak kali cuti sebab aku, dan nak jaga Haris", kata Alisya. "Bertuah kau, Sya. Aku ni bila lah lagi", kata Shidah. "Alah, janganlah kau nak sedih, kot kot lah terjumpa jodoh nanti", kata Zara. Shidah memukul lengan Zara lembut. "Hehehe, Zara!! Kau akan jadi adik ipar aku!!! Tak sabarnya!!!!", kata Alisya dengan teruja. Haris terkejut. Haris tergelak dengan perangai uminya itu. "Aik? Haris", tegur Shidah. Dia pun tersenyum. "Akhirnya aku ada kawan!!", kata Alisya. Alisya memeluk anaknya kerana dia teruja. Dia geram melihat Haris yang comel itu. Zara menggeleng kepala. Shidah dan Zara tergelak.

"Sah? Sah?", tanya tok kadi. Zara tiada siapa siapa yang mahu dijadikan wali untuknya. Ibu bapa Zara dah lama meninggal, dia tiada bapa saudara. Ibunya anak tunggal begitu juga bapanya. Zara pun anak tunggal. "Sah!", kata saksi. "Alhamdulillah, al fatihah", kata tok kadi. Akhirnya Syafiq dan Zara sudah bergelar suami isteri yang sah. Hanya sekali lafaz sahaja, lafaz nikahnya.

Selesai mereka solat sunat istikharah bersama, Syafiq memandang Zara. "Sekarang kita dah sah jadi suami isteri, terima kasih, sayang", kata Syafiq. Zara tersenyum. "Sama sama, sayang", kata Zara. "Cepat! Nak sarung cincin ni!!", panggil Tengku Saifullah yang lama melihat mereka.

Syafiq dan Zara bergambar bersama. Alisya, Aizat dan Haris, anak mereka, bergambar bersama.

"Haduih, seronoknya tegok mereka ni", bebel Shidah sendiri. "Hai, cik adik manih", tegur Hamzah kepada Shidah. Shidah memandang tepinya. "Hai, awak siapa?", tanya Shidah. "Saya lah, bakal imam awak", kata Hamzah dengan ayat manisnya. "Imam? Sekarang belum masuk waktu lagi", kata Shidah. "Bakal imam untuk awak setiap waktu", kata Hamzah. Shidah tersenyum kerana malu. Dia cair akan kata kata Hamzah. Hamzah dan Shidah tersenyum sendiri. Semua orang sedang leka mengambil gambar dengan pengantin baru. Mereka berdua pula, sedang mencari cinta.

"Awak ni siapa ya?", tanya Shidah. "Saya kawan baik Syafiq, awak?", tanya Hamzah. "Sama lah, saya kawan baik Zara", kata Shidah. "Awak orang kedah ke?", tanya Shidah. Hamzah mengangguk. "Loghat kampung saya tu!", kata Shidah. "Ya ka? Selesa lah aku nak bercakap dengan dia!", kata Hamzah sendiri. Shidah mengangkat kening. "Tak dok papo lah", kata Hamzah apabila tersedar yang kening Shidah sedang mengangkat.


TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️Where stories live. Discover now