"Zara???!!!!", kata Aizat dengan terkejutnya. Alisya mengintai, dia menutup anaknya yang tengah sedang menyusu itu. "Aizat, aku datang sini ada benda nak cakap", kata Zara dengan wajah sayu. "Sudahlah! Kau pergi!!!! Pergi!!!", kata Aizat sambil menolak nolak bahu Zara. "Abang!! Janganlah!!", kata Alisya. "Sayang? Kenapa sayang bela perempuan ni? Macam mana dia boleh sembuh ha?!", kata Aizat dengan marah. "Saya tak bela dia, janganlah bising, anak kita tengah tidur ni, dan ni kan hospital", kata Alisya. "Alisya, aku nak cakap sesuatu dekat kau!", kata Zara. Air matanya jatuh, dia terasa dengan kata kata Aizat. "Zara, aku bagi peluang kau cakap", kata Alisya. Zara mengesat air matanya. Aizat memberi ruang Zara masuk dengan wajah tidak puas hati. "Terima kasih, Alisya", kata Zara sambil memandang wajah Alisya. Alisya memberi senyuman kepada Zara. "Duduklah", kata Alisya sambil memandang wajah Zara ke kerusi pelawat di sebelahnya. Zara pun melabuhkan punggungnya di kerusi pelawat itu. Alisya membelai belai kepala anaknya itu. "Aku nak minta maaf dekat kau Alisya, aku yang langgar kau! Aku minta maaf! Uuuu, uuuu", kata Alisya sambil menunduk kepala. Dia menangis kerana rasa bersalah. Alisya senyum. "Sudahlah, aku dah lupakan semua tu, benda nak jadi", kata Alisya sambil memandang wajah Zara yang sedang menangis itu. Zara mengangkat mukanya. "Mulianya hati kau, Alisya. Aku tak sangka kau sebaik ini. Kau sanggup maafkan aku", kata Zara. Aizat melihat mereka sambil mencecak pinggang. "Aku tak lah semulia yang kau sangka. Aku dah maafkan kau", kata Alisya. Zara memeluk Alisya. Alisya terkejut, nasib baik tak kena anaknya. "Aku menyesal!! Aku dah tak ada tempat tinggal!!", kata Zara. Zara mengangkat mukanya dan dia duduk kembali ke kerusi pelawat. "Kau tak ada tempat tinggal? Habistu kau nak duduk dekat mana?", tanya Alisya. "Aku tak tahu, rumah sewa yang aku duduk selama ni, dah kena ambil balik dengan tuan rumah tu", kata Zara sambil menangis teresak esak. "Ya Allah!! Kesiannya kau!", kata Alisya sambil menekup mulutnya menggunakan tangan kanannya, manakala tangan kiri Alisya sedang mendukung anaknya. Aizat mencekak pinggang, dia meraup wajahnya kasar. Zara memandang wajah Aizat. "Aizat!! Maafkan aku!!! Aku salah!! Kau maafkanlah aku dari dulu masa kau dengan Hawa dan sekarang!!", kata Zara sambil datang memegang seluar Aizat. Aizat terkejut akan perbuatannya. Aizat menepis. "Maafkan aku, Aizat!!!", kata Zara. "Abang, maafkanlah dia, kesian Sya tengok", kata Alisya. Aizat memalingkan wajahnya ke tingkap. Dia menyilangkan tangan. "Abang", kata Alisya sambil memandang wajah Aizat. Aizat tidak tahu mahu memaafkan Zara ke tidak, dia rasa sangat sakit akan perbuatan Zara itu. Zara melutut kerana memohon maaf. Aizat terkejut atas perbuatan Zara. Aizat membantu Zara bangun. "Aku sakit sangat dengan perbuatan kau, aku sakit, hati aku sakit!", kata Aizat sambil memukul dadanya. Zara terdiam. Alisya melihat mereka dengan wajah kasihan. "Abang, maafkanlah Zara, apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Janganlah berdendam dengan dia, abang", kata Alisya. Aizat mengangguk. "Ye lah, aku maafkan kau, Zara. Tapi kau ingat eh! Kau jangan ulangi kesalahan kau lagi! Faham?!", kata Aizat. Zara mengangguk. "Aku faham, terima kasih, Aizat. Kau maafkan aku. Aku bersyukur sangat!! Aku ada kawan yang baik macam korang", kata Zara. Alisya dan Aizat memberi Zara senyuman yang manis. Zara memalingkan wajahnya kepada anak Alisya. "Alisya, boleh aku tengok anak kau?", tanya Zara sambil mengesat air matanya. Alisya mengangguk. "Comel lah!! Nama apa?", tanya Zara sambil mencubit pipi baby Haris. "Hehehe, Haris Al Amin", kata Alisya. "Wah, syedapnyaa, nama", kata Zara. Alisya senyum melihat gelagat Zara.
"Zara! Adik aku ada rumah sewa dia duduk dulu. Mungkin kau boleh duduk kat situ sementara kau cari rumah sewa", kata Aizat. Zara yang tadi sibuk melayan baby Haris, dia terus memandang wajah Aizat. "Adik kau? Siapa?", tanya Zara. "Syafiq", kata Aizat sepatah. Zara termenung. "Syafiq? Aku baru gaduh dengan dia, takkanlah aku nak terhegeh hegeh minta kat Syafiq", kata Zara dalam hati. "Zara? Kau ok tak?", tanya Alisya. Zara tersedar dari lamunannya. "Oh, aku ok", kata Zara. "Ha? Macam mana?", tanya Aizat. "Apa kata kau saja yang tolong aku cakapkan kat adik kau yang aku nak tidur rumah tu, kau teman aku tengok rumah tu boleh? Boleh kan Alisya? Aku pinjam suami kau sekejap", kata Zara. Aizat memikirkan perkara itu sejenak. Alisya mengangguk sambil senyum. "Eh! Tak boleh lah! Aku tak boleh teman kau. Sebab aku nak jaga anak aku dan isteri aku. Lagipun aku tak tahu mana rumah tu, yang aku tahu dia pernah tinggal dekat situ saja", kata Aizat. Zara terdiam. "Kalau macamtu, kau tolong cakap dekat adik kau pasal ni, nanti aku pergi sendirilah rumah tu dengan adik kau", kata Zara. Aizat tersengih. "Oklah, aku tolong kau", kata Aizat. Alisya senyum sahaja melihat mereka.
Pada waktu malam...Zara sedang solat Isyak di surau. Manakala Aizat dan Alisya sedang khusyuk bermain dengan anak mereka. "Abang, telefon lah Syafiq", kata Alisya. Aizat yang tadi sibuk bermain dengan anaknya dia terus berhenti. Dia memandang wajah Alisya. "Aah lah abang lupa", kata Aizat. Aizat terus mengambil henfonnya di dalam poket. Dia mendail nombor adiknya, Syafiq.
"Assalamualaikum, angah", kata Aizat. "Waalaikumussalam, ayah Haris", gurau Syafiq. "Hehehe, angah. Along nak tanya sikit", kata Aizat. "Tanya lah", kata Syafiq. "Rumah sewa yang angah duduk dulu tu ada lagi tak?", tanya Aizat. "Umm, ada saja. Kenapa along?", tanya Syafiq. "Kawan along nak tumpang, sementara dia nak cari rumah sewa baru", kata Aizat. "Ha?! Siapa kawan along ni?", tanya Syafiq. Nadanya seperti marah. "Janganlah marah, angah tolong lah kawan along ni, dia tak ada tempat tinggal", kata Aizat. "Ye lah ye lah, siapa kawan along tu lelaki ke perempuan?", tanya Syafiq. "Alah, nanti angah tengok sendiri lah", kata Aizat. "Alah, ye lah. Bila dia nak duduk situ?", tanya Syafiq. "Esok pagi", kata Aizat. "Aik? Kalau esok pagi duduk, malam ni dia tidur mana?", tanya Syafiq. "Itu along tak pasti, tapi dia sendiri kata nak tidur sana esok pagi lepas subuh", kata Aizat. "Hermm, ye lah. Apa apa nanti angah telefon along, assalamualaikum", kata Syafiq. "Waalaikumussalam", kata Aizat. Mereka memutuskan panggilan. Tiba tiba Zara masuk sebaik sahaja Aizat memutuskan panggilannya. "Assalamualaikum", kata Zara dengan nada berbisik. Alisya tengah nyenyak tidur selepas penat menyusukan anaknya. Begitu juga baby Haris. "Waalaikumussalam", kata Aizat. "Kau betul kan nak tidur sana esok pagi?", tanya Aizat. Zara mengangguk. "Kalau macam tu malam ni kau tidur mana?", tanya Aizat. "Aku tidur sini je lah, teman Alisya", kata Zara. "Mana boleh, aku lah yang teman dia", kata Aizat. Zara tersenyum. "Aku tidurlah dekat mana mana nanti, dekat surau pun boleh, dekat sini pun boleh", kata Zara. Aizat tersenyum. "Kesian kau, aky gurau je tadi tau", kata Aizat. "Takpe, aku faham. Lebih baik aku tidur di sini, daripada kat jalan tar, atas jalan raya, tak elok. Aku ni perempuan", kata Zara. "Herm, betul juga tu", kata Aizat. "Dahlah, kau tidur dulu, aku nak solat sekejap, kau jaga Alisya tau", kata Aizat. Zara senyum sahaja. Zara mengusap ngusap pipi bayi Haris dengan lembut.
"Alisya, aku pergi dulu ya, terima kasih tau kau sanggup maafkan aku, kita kawan baik semula?", kata Zara. "Alah tak ada apa apalah", "ok, kita kawan baik semula", kata Alisya. Zara memeluk Alisya. Tangannya mengusap ngusap belakang badan Alisya. Alisya juga begitu. Pipi Zara melaga laga pipi Alisya. Aizat merenung mereka dengan senyuman manis di bibir. "Aizat, jaga kawan baik aku ni elok elok, kalau boleh dapatkan lah anak kedua cepat cepat", gurau Zara. Alisya memukul lembut lengan Zara. Zara tergelak sendiri.
Zara menunggu Syafiq di lobi hospital. Selepas 10 minit menunggu, Syafiq tiba dengan pakaian yang segak lagi kacak. Zara membetul betulkan rambutnya. Syafiq menghampiri Zara. "Eh? Zara? Awak buat apa kat sini?", tanya Syafiq. "Saya lah kawan abang awak, yang nak rumab sewa tu", kata Zara sambil memegang beg bagasinya. Syafiq terkejut. "Awak??!!", tanya Syafiq. Zara mengangguk.
![](https://img.wattpad.com/cover/137292884-288-k72821.jpg)
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.