Bab 11

1.5K 41 0
                                    

"Alah, nantilah, ada lagi waktu kan?!", kata Aizat. "Saya tahu, tapi apa salahnya awak solat awal waktu", kata Alisya. Aizat malas mahu dengar leteran Alisya, dia terus mengambil selimutnya dan tutup mukanya. "Kalau awak tak nak solat, awak berdosa!", kata Alisya. Aizat diam sahaja. "Pergilah awak, Allah tengah panggil awak tu", kata Alisya. "Haih! Awak diamlah! Ishh, tak habis habis membebel!", kata Aizat dengan marah, tetapi dia bangun juga dan masuk tandas. Sebenarnya Aizat terasa sentap akan kata kata Alisya. Aizat sebenarnya reti sahaja solat, tapi dia selalu tinggal, dan tangguh tangguh. Alisya duduk di atas katil sambil berselawat dengan memegang tasbih. Aizat terkejut melihat Alisya yang begitu asyik dengan selawatnya. Aizat malas hendak menegur, dia pun terus solat. Alisya tersenyum melihat suaminya yang sedang solat. Alisya terus melipat telekungnya dan letak di dalam laci. Alisya pun membiarkan Aizat berdua duaan dengan Allah. Dia memakai tudung sarung labuh dan pakai stoking. Alisya terus turun ke dapur. Tiba tiba dia terkejut ada Mak Jah di dapur. "Aik? Assalamualaikum", kata Alisya dengan menghulurkan tangannya untuk salam Mak Jah. "Waalaikumussalam", kata Mak Jah. "Mak cik ni siapa?", tanya Alisya. "Oh, mak cik ni Mak Jah, Mak Jah lah yang selalu kemas rumah ni, masak untuk tuan rumah ni", kata Mak Jah. "Oh ye ke? Mak Jah meh la kita duduk dulu", kata Alisya sambil membawa Mak Jah duduk di kerusi meja makan. "Oh, saya pulak, isteri Aizat, Alisya nama saya", kata Alisya dengan lembut. "Mak Jah tahu, Aizat dah kahwin, tahniah!", kata Mak Jah. "Hehehe, terima kasih", kata Alisya dengan senyuman manis. "Hehehe, eh, kamu kenapa turun? Nak makan ke? Kalau nak makan, Mak Jah boleh masakkan", kata Mak Jah. "Eh, tak delah, saya saja turun, ingat nak tengok tengok lah rumah, tapi saya terserempak dengan Mak Jah", kata Alisya. Mak Jah hanya mengangguk. "Eh, Mak Jah, nanti saya saja lah ye yang masak untuk sarapan, biar Mak Jah dengan saya kemas rumah ni sama sama ye?", kata Alisya. "Eh, tak payah, biar Mak Jah lah yang buat semua ni, Mak Jah dah biasa dah, kamu tu yang kena rehat, jaga suami", kata Mak Jah. "Ok macam nilah, biar kita sama sama memasak dan kemas rumah, amacam?", tanya Alisya sambil menaikkan keningnya dan memegang lengan Mak Jah. "Oh oklah, Mak Jah suka juga ada lah yang sanggup tolong Mak Jah, bukan apa, Mak Jah ni dah tua", kata Mak Jah. "Hehehe, takpe selagi saya boleh tolong, saya tolong ye Mak Jah?", kata Alisya. Mak Jah tersenyum dengan manis melihat Alisya yang begitu baik sekali. Tiba tiba Amin turun. "Aik, Kak Alisya dan Mak Jah pun ada?", kata Amin. Alisya hanya senyum. Mak Jah berkata "Amin, kamu tengoklah, baik Alisya ni". "Oh ye ke?", kata Amin dengan senyum. "Umm, Amin, akak nak naik atas sekejap ye, Mak Jah, saya nak naik atas jap, nak tengok Aizat", kata Alisya. Amin dan Mak Jah hanya senyum melihat Alisya.

Alisya masuk sahaja biliknya dan terus berkata "awak?". "Apa?", kata Aizat sambil duduk melihat henfon di atas katil. "Awak ni asyik tengok henfon je, cuba layan isteri awak ni", kata Alisya. "Buat apa saya nak layan awak? Rasa meluat tiba tiba", kata Aizat. Alisya sangat sakit hati. Dia cuba menukar topik. "Umm, awak nak makan apa?", kata Alisya. "Kan ada Mak Jah, dia tahu lah nak masak apa", kata Aizat. "Oh ok", kata Alisya. Dia terus keluar dari bilik. Dia mengesat air matanya. Tiba tiba Syafiq terserempak dengan Alisya. "Eh? Akak menangis ke?", tanya Syafiq. "Eh, takde apa apa lah", kata Alisya. "Akak menangis ni? Kenapa? Cuba bagitahu saya", kata Syafiq yang mengambil berat tentang kakak iparnya itu. "Takde apa apalah", kata Alisya dengan senyum dan terus turun ke bawah. "Kenapa dia menangis? Ada apa apa jadi ke?", tanya Syafiq dengan berkata sendirian. Alisya terus ke dapur. Kelihatan Mak Jah sedang memotong bahan bahan untuk memasak nasi goreng. Alisya terus menolong. Mereka memasak bersama sama dengan sakannya. Selesai sahaja semuanya selesai, Alisya memanggil suaminya, bapa mertuanya. Amin memanggil adik adiknya di dalam bilik dan abangnya yang sedang menonton televisyen.

"Abah?", kata Aliah yang sedang bercakap dengan abahnya di meja makan. "Bila Along nak tidur sini?", tanya Aliah. "Abah tak pasti, nanti dia nak balik sini dia telefon", kata abahnya. "Oh", kata Aliah dan sambung makan makanannya itu. Kakak kakaknya dan ibunya senyum melihat Aliah.

TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️Where stories live. Discover now