"Ha? Aku sangka, tidur sebilik, baru nak start misi aku", kata Alisya dengan muka yang sedih. Dia menaiki tangga dengan malas. Dia mencari biliknya seperti yang dikatakan oleh Aizat. "Wah, bilik paling hujung pun, hujung lah, besar juga bilik ni", kata Alisya. Dia meletakkan beg bagasinya di atas katil. Matanya mencari cari tandas. Itu yang paling penting. "Mana tandas? Takkan kat luar kot?!", kata Alisya sendirian. Dia pun mencari tandas di luar. Dia terkejut tandas itu hampir di bilik Aizat. "Lepas ni aku kena keluar masuk tandas cepat, cepat", kata Alisya sendiri. Dia malas hendak terperap dalam bilik. Dia terus ke dapur. Dia menyelongkar laci, dapur. Tiada langsung bahan bahan untuk dimasak. Dia mahu masak kerana perutnya sungguh lapar. Dia menaiki tangga dengan teruja. Dia ke bilik Aizat untuk meminta izin Aizat. Dia mengetuk banyak kali pintu Aizat. Tapi tidak menyahut. Selepas beberapa kali diketuk. Akhirya dibuka juga. "Kau nak apa?!", tanya Aizat dengan rambut kusut masai. "Umm, saya nak minta izin awak, boleh tak saya nak keluar sekejap, nak beli barang dapur", kata Alisya. Dia teruja melihat Aizat. Walaupun rambutnya sebegitu, bagi Alisya dia sungguh kacak. "Kau pergi jelah", kata Aizat dan terus menutup pintu dengan kuat. Alisya teruja. Dia mencapai dompetnya di dalam biliknya. Dia ke kedai runcit membeli pelbagai barang barang dengan berjalan kaki. Tangannya penuh dengan plastik. Berat. Dia sampai ke rumah dengan cepat. Dia cepat cepat meletak plastik yang digenggamnya di atas meja makan. Berat sungguh. "Fuh", mengeluh Alisya. Dia menyimpan bahan bahan di dalam laci, peti ais. Dia mula memasak dengan teruja. Dia menari sambil memasak.
Alisya mengetuk pintu Aizat berkali kali. Merah jarinya. "Awak," tuk tuk ", panggil Alisya. Alisya cuba membuka pintu Aizat. Rupanya tidak berkunci.
"Aik?", pelik Alisya. Alisya terus masuk ke bilik Aizat. Besar!. Dia melihat Aizat sedang baring. Kelihatan Aizat tidak terurus. Alisya terus ke katil Aizat. Dia menghinjut hinjut lengan Aizat tapi tidak menyahut. Dia terpegang lengan Aizat. Panasnya!. "Awak, awak, awak demam ke?", tanya Alisya sambil memegang dahi Aizat. Aizat tidak menyahut. Alisya terus ke dapur mencari kain dan mengisi mangkuk dengan air paip. Alisya ke bilik Aizat dengan muka yang penuh kerisauan. Alisya memerah kain itu dan melipat segi empat dengan kemas dan dia meletakkannya di atas dahi Aizat. Aizat terus tersedar. Dia melihat Alisya yang berusaha menjaganya. "Eh, awak dah bangun?", kata Alisya. Aizat terus bangun terduduk di atas katil. Alisya terus memegang lengan Aizat untuk menghalangnya. "Eh, awak jangan bangun, awak demam ni, saya masak bubur sekejap eh", kata Alisya. Aizat tidak memandang wajah Alisya dia terus baring. Alisya membawa bubur ayam yang dimasak olehnya. "Awak, bangun, saya dah masak bubur ni", kata Alisya sambil memegang dulang yang ada bubur dan air mineral suam. Dia meletak di meja tidur. Dia terus mengambil bubur itu di tanggan kanan. Tangan kiri memegang kepala Aizat. Aizat membuka mulut kecil. Dia tiada selera nak makan. "Takpe, kalau awak takde selera, saya letak kat sini je ye, air pun ada sekali", kata Alisya sambil meletak kembali bubur itu di meja tidur sebelah katil Aizat. "Sebenarnya saya nak ajak awak makan tengah hari, tapi kalau awak demam takpe, saya makan sorang, kalau awak nak makan, awak ketuk pintu saya ye, kalau awak nak teman lah", kata Alisya sambil bangun dari katil Aizat. Aizat langsung tidak memberi respon. Alisya terus keluar dari bilik Aizat sambil menutup pintu dengan perlahan. Alisya ke dapur dengan malas. Dia makan sorang dengan malas. Dia baru hendak makan dengan Aizat sambil berpandangan mata dengan Aizat. Tapi apa yang dimahukan tidak dapat. Dia menyuap diri dengan malas. Dia tiada selera. Aizat tidak sihat, dia mahu menjenguk Aizat kalau kalau Aizat perlukan apa apa. Dia terus membasuh pinggan dan menutup hidangan yang dimasak olehnya tadi menggunakan tudung saji. Dia naik ke atas dia mengintai ngintai Aizat. Tapi bilik Aizat kan dah ditutup oleh Alisya. Alisya mengeluh kecil dia terus ke biliknya dengan langkah yang malas.Aizat terus bangun dari tidurnya. Dia merasa di dahi ada kain basah terus dia mengangkat kain itu dan letas di atas dulang. Dia terus mengambil bubur ayam. Dia makan dengan berselera. Dia minum pun dengan sekali teguk. "Fuh, sedap jugak dia masak", kata Aizat sendirian. Aizat terus terfikir. "Eh, dia kan ada masak kat bawah, aku nak turun lah, tapi nak makan dengan dia ke ha? Tak payahlah", kata Aizat dia terus keluar dari bilik dan turun tangga dengan cepat.
Alisya memuncungkan bibirnya. Dia mahu mengacau Aizat. Tapi mereka kan tidak tidur sebilik. Dia membuat keputusan untuk mandi. Dia membuka baju dengan tenang sambil menyanyi, dia berkemban pergi ke tandas. Dia terkedu bilik Aizat terbuka. Dia mengintai bilik Aizat tapi tiada kelibat Aizat. Dia mengangkat bahu sendiri. Dia ke tandas dengan langkah yang laju.
Aizat membasuh tangan dan mencuci pinggan, dia terus menutup hidangan dengan tudung saji. Walau macam mana pun perangai Aizat ni, dia tetap penggemas orangnya. Dia menaiki tangga sambil memandang henfon. Alisya keluar dari tandas. Matanya terpejam kerana terlalu fokus menyanyi. Dia tiba tiba terlagar badan yang tegap lagi sasa. Dia terkejut. Terus memandang wajah pemilik badan itu. Aizat yang tadi melihat henfon, terus menutup henfonnya dan menyimpan di dalam poket seluarnya. Dia menelan air liur. Mata Aizat dan Alisya saling berpandangan. Alisya terus tersedar dan mahu melangkah laju. Tapi lengannya disentuh oleh Aizat. Aizat cuba menahan. Alisya menelan air liur. Dia mahu masuk ke bilik. Tapi ditahan oleh Aizat. "Awak, lepaskan saya", kata Alisya. Aizat memandang wajah Alisya dengan wajah nakal. "Awak, tolonglah!!", kata Alisya sambil menjerit. Aizat terus tersedar. Dia terus menjarakkan diri dari Alisya. Dia terus masuk ke biliknya dengan laju. Alisya pun masuk ke biliknya dengan langkah yang tergesa gesa. Masing masing terkejut dengan apa yang terjadi tadi.
"Biar betul aku buat macam tu tadi kat dia", kata Aizat dengan sendirian. Alisya terus memakai baju dan seluarnya dia terus duduk di atas katil sambil memikirkan apa yang berlaku tadi. Dia tersenyum sendiri. Dia suka. Alisya ke bawah mahu menonton tv, nasib baiklah dah ada. Besar juga tvnya. Aizat sudah membuat persiapan kerana dipaksa oleh papanya. Alisya menonton drama sambil baring di atas sofa. Dia terkangkang. Begitu santai dia, menonton tv. Aizat terus ke bawah. Alisya tersedar ada kelibat Aizat. Dia terus duduk dengan sopan. Takut kena marah lah tu.
"Ooi, kau duduk sana", kata Aizat sambil menunding jari di sofa yang lain. Alisya mengeluh kecil. Dia terus duduk di sofa yang ditunjukkan oleh Aizat. "Awak, demam awak dah kebah ke?", tanya Alisya. Aizat diam sahaja. Dia malas hendak menjawab soalan Alisya. Alisya tersenyum tawar. Aizat terus mengambil alat kawalan tv dan terus menukar ke siaran sukan. Aizat tersedar yang ada orang melihat mukanya dari jauh. Dia terus menegur. "Ooi, kau pergi lah, bersihkan rumah ni, tu dalam bilik aku tu, ada bubur yang kau bawak tadi, pergi bersihkan!", kata Aizat dengan marah. Alisya menundukkan kepalanya dia pun terus ke tangga. Tangannya sedang membawa dulang. "Oh, licin jugak, rupanya dia makan, air pun", kata Alisya sambil tersenyum malu dan menggeleng kepala. Alisya membersihkan mangkuk itu, dia melihat rumah itu bersih. Tiada apa yang mahu dibersihkan. Dia duduk di meja makan, dia hanya menonton tv di kerusi meja makan. Dari meja makan pun masih lagi boleh menonton tv. "Eh, aku nak tengok lah tips tu", kata Alisya dia terus berlari ke tangga. Terkejut Aizat. Dia masuk ke biliknya dan mencari buku nota itu. "Ish, mana ni!", kata Alisya sambil menyelongkar beg bagasinya. Nasib baik ada. Lega. Dia membuka nota itu. Dia tak sabar mahu buat tips itu. Mungkinkah tips ini berjaya?
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
RomansaMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.