"Ok, inilah rumah sewa yang saya duduk", kata Syafiq sambil membuka pintu menggunakan kuncinya. Zara mengangguk. Ketinggian Zara paras paras atas bahu Syafiq. "Awak masuklah dulu, tengok tengok apa yang patut, kalau tak cukup bagitahu saya", kata Syafiq sambil memberi ruang untuk Zara masuk. "Eh, tak mengapa. Saya ok saja", kata Zara sambil melambai lambai menandakan tidak mengapa. "Jangan risau, saya takkan buat apa apa pun dekat awak", kata Syafiq. Zara tersenyum tawar, dia masuk ke rumah sewa itu dengan langkah yang berat. Syafiq hanya menunggu sahaja di luar, kalau masuk, berdua duaan tidak elok. Tak manis. Zara meletakkan beg bagasinya di atas sofa. Matanya melihat sekeliling rumah itu. Cantik dan besarnya cukup lah untuk orang bujang. Walaupun rumah sewa Syafiq, tak semewah rumah Zara dahulu, tetapi Zara sangat menyukainya dan dia bersyukur kerana dia ada tempat untuk tidur. Zara mencari Syafiq di luar. "Terima kasih, awak. Saya bersyukur sangat, sebab saya ada tempat tinggal", kata Zara dengan muka yang penuh perasaan puas hati. Syafiq memberinya senyuman manis. "Sama sama, awak buatlah rumah ni macam rumah awak sendiri", kata Syafiq. Dia pun pergi selepas memberi kunci rumah itu kepada Zara. Zara masuk ke rumahnya dengan perasaan puas hati. Hatinya berbunga bunga kerana dia bersama orang yang dia cintai. Mukanya tidak berhenti daripada senyum.
...
Syafiq melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia mencapai bantalnya dan dia memeluk. "Dia tu suka rumah aku yang kecil tu? Tak silap aku, Zara ni suka rumah yang mewah mewah, tapi muka dia macam nampak rumah banglo tiga tingkat pula", kata Syafiq sendirian. "Dia suka aku? Aku? Suka dia ke ha? Aku keliru lah", kata Syafiq sendirian.
"Agak agaknya Syafiq aku ni dah tidur ke belum? Syafiq aku? Hahaha! Beranganlah kau ni Zara!", kata Zara sendirian sambil memeluk bantal sofa itu dengan teruja. Zara mencapai telefonnya. Tertera di telefonnya menunjukkan jam 10.45 malam. Dia mahu ucap sesuatu kepada Syafiq. Dia takut kerana mungkin Syafiq tengah nyenyak tidur. Dia memberanikan diri.
Zara menelefon Syafiq. Mula mula, Syafiq tidak angkat kerana sibuk mengelamun. Tapi kali yang kedua,Syafiq angkat. Zara mengusap ngusap dadanya lembut,untuk menenangkan diri. "Assalamualaikum, awak", kata Zara. "Waalaikumussalam", kata Syafiq. "Saya nak ucap beribu ribu terima kasih kepada awak, sejuta kali eh tak tak, berjuta juta, hehehe", kata Zara. Senyumannya terselah sehingga nampak giginya yang cantik itu lagi putih. "Oh, sama sama, ada apa awak 'call' saya malam malam ni?", tanya Syafiq. "Saya nak dengar suara awaklah", kata Zara dengan berbisik. "Ha?! Apa?! Tak dengar", kata Syafiq. "Oh tak ada apa apa, saja telefon, saya nak ucap terima kasih pasal awak bagi rumah ni dekat saya, kalau tak saya tengah tidur dekat tepi jalan", kata Zara. "Oh, tak ada apa apa lah benda kecil saja", kata Syafiq. "Oklah kalau macamtu, bye. Assalamualaikum", kata Zara. "Waalaikumussalam", kata Syafiq. Mereka memutuskan panggilan.
...
Mata Zara mencari cari kerja di dalam surat khabar. Kebanyakkannya tidak diminati olehnya. Dia sangat risau. Dia mahu mencari kerja agar dapat sedikit duit untuk membayar duit sewa rumah sewa yang dia duduki sekarang. Dia mencari jalan untuk bekerja sebagai guru tadika atau penjaga budak di tadika. Zara bersiap siap untuk ke tadika di kawasan berhampiran dengan rumah sewanya.
"Maafkan kami, cik. Tanpa sijil SPM, kami tidak boleh ambil cik bekerja, maafkan kami", kata Puan Zabedah, guru besar Tadika Bijak Bestari. Zara memegang tangan puan itu dengan erat. "Tolonglah saya, puan. Sijil saya ada tapi semuanya hilang, saya sanggup bekerja di sini. Saya mahu menjadi guru tadika atau penjaga budak pun tak mengapa", kata Zara dengan penuh harapan. Puan Zabedah mengeluh kecil. "Tolonglah saya, puan", kata Zara. "Saya akan fikirkan, subjek apa yang awak boleh ajar budak budak?", tanya Puan Zabedah. "Saya boleh apa apa saja, mt? Bm? Bi? Macam macam boleh", kata Zara. "Baiklah, saya akan fikirkan, boleh awak beri nombor telefon?", tanya Puan Zabedah. Zara mengangguk dengan ceria. Selesai saja, Zara berjabat dengan Puan Zabedah. Zara keluar dari tadika itu dengan muka yang puas hati.
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.