Keesokan harinya, Aizat dan Alisya pergi ke butik pengantin. Untuk menempah baju nikah mereka dan baju kenduri kahwin. "Selamat datang, cik, apa yang saya boleh bantu?", tanya pekerja perempuan butik itu. "Selamat pagi, umm, kami nak cari baju untuk nikah dan resepsi", kata Aizat. "Oh, boleh, sila ikut saya", kata pekerja perempuan itu sambil membawa mereka ke tempat yang dituju. "Ok, ini baju yang kami sediakan, kalau encik mahu baju yang dijahit boleh bagitahu saya, yang ni semua baju yang kami sudah siapkan, baju ni sesuai untuk encik dan cik, umm, cik boleh tengok dulu lah", kata pekerja perempuan itu dengan senyuman manis. "Ok, terima kasih ye", kata Alisya. Alisya memilih baju yang sangat sopan, seperti baju kurung bermanik, kainnya penuh dengan manik yang berkilau kilau, itu baju nikahnya, baju resepsinya mereka berdua memilih baju kahwin berwarna "peach", sama juga gayanya untuk baju resepsi seperti baju nikahnya, Aizat langsung tidak kisah baju yang dipilih oleh Alisya. Dia hanya mahu perkahwinan itu diselesaikan dengan secepat mungkin. Aizat memilih baju nikah dan resepsinya dengan cerewet sekali, selepas beberapa minit, dia terus mencuba, Alisya juga begitu sambil dibantu oleh seorang pekerja perempuan. "Umm, cik, kita dah siap ni, jom kita tunjuk kepada tunang cik?", tanya pekerja perempuan itu. Alisya sangat malu, dia berdebar debar. Selepas beberapa kali dipujuk, Alisya pun memberanikan diri. Kelihatan Aizat sedang membetulkan kolar baju nikahnya di hadapan cermin. Aizat tiba tiba berhenti seketika selepas ternampak Alisya sangat cantik di cermin saat dia sedang membetulkan kolarnya. "Cantiknya, ehem", kata Aizat di dalam hati. Alisya tersenyum dengan ceria. Aizat hanya berkata "ok, cepatlah tukar baju resepsi pulak". Alisya sangkakan yang Aizat akan berkata "cantiknya awak, saya suka sangat". Dia juga berfikir yang Aizat akan mengenyit mata padanya, dan juga akan memegang pinggangnya, tetapi apa yang dijangkakan lain pula yang jadi, kesian Alisya. Selepas mereka sudah cuba baju yang diinginkannya, mereka terus membeli, selepas itu mereka pergi ke membeli barang hantaran.
Keuarga Alisya sedang menyiapkan jajan jajan untuk kanak kanak yang akan dihadiri nanti dan juga cenderahati untuk tetamu tetamu yang akan dihadiri nanti, begitu juga hantaran, mereka bersama sama menyiapkan hantaran keluarga perempuan. Hantaran bagi keluarga lelaki, keluarga Aizat juga menyiapkannya.
Tengku Saifullah, Tengku Syaifuddin dan Tengku Zalina ketika itu sedang melihat dewan hotel yang akan diadakan untuk majlis resepsi. Aizat dan Alisya kerja mereka hanya setuju sahaja dengan apa yang ibu dan bapa mereka pilihkan untuk mereka. Mereka malas untuk fikirkan tentangnya. Alisya tahu yang ibu bapanya tahu Alisya suka jenis yang macam mana. Tetapi Aizat dia langsung tidak kisah, dia biarkan sahaja mereka membuat keputusan itu untuk dirinya. Selepas semuanya sudah selesai, katering juga selesai, tibalah hari pernikahan Alisya dan Aizat.
Alisya sedang bersiap siap, dengan memakai baju nikahnya, mukanya disolek oleh Alina, Si Angah. Alina sangat mahir dalam solekan. Aizat pun bersiap sedia.
Aizat bersama sama saudara maranya yang dijemput untuk majlis pernikahan mereka, ahli keluarga Aizat yang lain sedang menunggu keluarga Alisya sampai. Mereka mengadakan majlis pernikahan di masjid. Selepas beberapa minit, ahli keluarga Alisya sampai begitu juga Tok Imam. Tetapi yang menjadi wali ialah Tengku Syaifuddin. "Ok, Aizat, jangan " nervous " tau", kata Tengku Syaifuddin sambil berjabat tangan dengan Aizat. "Baik, kita mulakan, bismillahhirrahmanirrahim, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nur Alisya Umairah Binti Tengku Syaifuddin dengan mas kahwin 2, 000 ringgit tunai", kata Tengku Syaifuddin. Aizat melafazkan kata kata itu, pernikahan mereka sah hanya dengan sekali lafaz. Aizat menyarungkan cincin kepada Alisya.Alisya juga menyarungkan cincin kepada Aizat. Mula mula Alisya malu malu untuk menyalam Aizat tetapi dia memberanikan dirinya. Alisya dan Aizat sah menjadi suami isteri. Mereka menangkap gambar sama sama dengan ahli keluarga mereka.
Begitu juga majlis resepsi mereka sudah selesai, semuanya berjalan dengan lancar. Ibu bapa Alisya dan bapa Aizat sangat bangga dan terharu kerana anak mereka sudah sah menjadi suami isteri.
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
Roman d'amourMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.