"Ah.. fuh ha!! Dah pukul 7.55??!!" kata
Alisya yang baru sahaja mengeliat. Jam menunjukkan 7.55 pagi. Alisya bangun dan cepat cepat siap. Adiknya yang bongsu bernama Aliah Syahirah terkejut akan gelagat kakaknya itu.
"Along, kenapa tergesa-gesa ni?"kata Aliah. "Along, nak Qadaa' subuh" kata Alisya. "La, ingat nak pergi kerja" kata Aliah dan terus sambung tidur. "Macam mana la nak pergi kerja, Usu ooi Along ni tak ada kerja lagi" kata Alisya dan terus masuk tandas. Selepas Alisya Qadaa' Subuh dia terus turun bawah untuk sarapan. "Ha, bangun pun ingat tak bangun" kata Tengku Zalina iaitu ibu kepada Alisya. "Ibu,masak apa hari ini?"tanya Alisya dengan muka teruja. "Ibu kamu masak makanan ala barat hari ini" kata Tengku Syaifuddin. "Ha, ye ke?, tipu!! Abah ni, Along nampak nasi lemak sambal sotong je" kata Alisya. "Ha,dah tahu nasi lemak tanya kenapa?, hahaha" kata Tengku Syaifuddin dengan bergurau. "Mana adik adik kamu Along?pergi kejutkan mereka" kata Tengku Zalina. "Orait!" kata Alisya dengan baik sekali. Alisya menaiki tangga dan menuju ke bilik adiknya yang bernama Alina Syamila dan Aisyah Syazira, iaitu adik kedua Alina, dan adik ketiga Aisyah Syazira.Dia masuk dan terkejut. "Ya Allah, bersepahnya! Bangun bangun kemas semua ni!Angah, Alang!"jerit Alisya. "Aduh,apa bising-bising ni Along?"kata adik keduanya Alina Syamila sambil menggosok matanya. "Bangun!"kata Alisya dan membuka langsir yang berwarna merah jambu itu. "Alang, bangun!Alang!! Alang!!"kata Alisya dan terkejut kerana Alisya gerak Aisyah Syazira tidak bangun bangun.Sebenarnya inilah satu helah untuk Aisyah tak nak bangun daripada dengar bebelan Alongnya itu. "Ba!! Hahaha!!"gelak Aisyah apabila bergurau dengan Alisya. "Bluek!! Busuknya nafas mulut!" kata Alisya. "Ha! Ha!"kata Alisya dengan menghalakan nafasnya dekat dengan hidung Alisya.Dia pun terus menuju ke biliknya yang tidur bersama adiknya yang bernama Amirah Syafiyah iaitu adiknya yang keempat dan adiknya yang bongsu bernama Aliah Syahirah.Uda,Usu bangun,cepat! "kata Alisya.Mereka digerak sekali dan terus bangun. Itulah sebab Alisya gerak mereka dengan nada yang lembut.Daripada gerak Alina dan Aisyah tidak bangun bangun.Ada saja helah mereka dibuatnya." Bangun eh, ibu suruh bangun nak makan sarapan "kata Alisya. Selepas adik adik nya bangun dan mandi mereka turun makan.
"Eh, abang nak keluar sekejap, nak jumpa ni Abu" kata Tengku Syaifuddin kepada isterinya, Tengku Zalina.Tengku Zalina hanya menggangguk dan salam suami tercintanya itu."APA!!Pa, takkan la nak bagi Along ni uruskan syarikat MAJU BERHAD, dia ni ego, sombong, lupakan diri!" kata Syafiq iaitu adik kedua Aizat Saifullah. "Papa dah buat keputusan, MUKTAMAD!"kata Tengku Saifullah dengan menghempas surat khabar di atas sofa. "Along,bagus kan dapat uruskan syarikat tu.Tapi ingat eh,Angah cuma boleh doakan Along berjaya sahaja."kata Syafiq. " Em,terima kasih "kata Aizat dengan muka masam dan terus masuk ke biliknya. "Angah, sabar ye"
Amin yang merupakan adik Aizat yang ketiga dan adik keempat nya bernama Syaiful dan adik kelimanya bernama Alif.
"Aduh, Along ni dari kecil memang tak reti hormat orang ke? Dah lah jom pergi makan!" kata Syafiq dengan sabar. "Tak payah lah Angah, Mak Jah dah masak dah tu" kata Syaiful iaitu adik keempatnya. "Em,ye la"kata Syafiq."Along, pergi sekejap ke kedai beli telur, garam dengan gula" kata Tengku Zalina. "Baik, ibu"kata Alisya.
Alisya pun pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumahnya dengan
menaiki skuter motor kesayangannya itu. Ketika sampai Alisya terus beli barang yang ibunya pesan, selesai bayar, Alisya terus ke motornya. Semasa Alisya hendak ke motornya dia terlanggar Aizat. Nasib baik barang yang dibelinya itu tidak jatuh cuma terkena badan Aizat sahaja. "Sorry" kata Aizat dengan muka sombong dan berkaca mata hitam. "Oh, maaf ye encik saya tak perasan cik tadi" kata Alisya dengan lembut sekali. "Aik, bukan ke Aizat?"kata Alisya di dalam hatinya. "Ah, lupakan sajalah!"kata Alisya di dalam hatinya juga."Assalamualaikum, nah ibu"kata Alisya dengan gembira sekali. "Waalaikumussalam, oh berapa semuanya?"tanya Tengku Zalina. "Oh,6 ringgit 20 sen je, bakinya ialah 3 ringgit 80 sen, ibu "kata Alisya. Tengku Zalina hanya menggangguk. Alisya pun naik ke atas dengan riang. "Adik adik ku sekalian, jom lah bersembang ke apa ke?"kata Alisya. "Aik, kenapa tak menyahut ni? mesti main PS4, Alang ni" kata Alisya dan membuka bilik, alangnya itu dan terkejut kerana bilik itu penuh dengan keropok dan air bergas. "Alang!Kemas semua ni!,kalau tidak jangan teragak agak Along benarkan Alang main PS4 lagi dah!"kata Alisya dengan marah sekali.Mereka semua dengan segera mengemaskan bilik itu. "Dah, Along" kata Alangnya itu.
"Bagus bagus!!"kata Alisya dengan menunjukkan ibu jari tanda bagus.Tiba tiba henfon Alisya berdering.Alisya pun mengangkatnya. "Assalamualaikum, siapa ni?"
"Waalaikumussalam, aku ni Zara, takkan kau tak kenal aku, aku ni kawan baik kau"kata Zara dengan baik. "Umm, maaf kawan baik saya tak ada nama Zara, encik siapa ya?" kata Alisya.Selepas Alisya tanya, Zara terus letak telefon.Alisya pelik selepas dia tanya soalan itu Zara terus letak telefonnya. "Siapa Zara ya?"kata Alisya.Alisya cuba mengingat kembali siapa Zara dan Aizat.12 tahun yang lalu..
Di 3A1. (Kelas Pertama) Sekolah Menengah.
"Bangun! Assalamualaikum Cikgu!"kata seorang ketua kelas yang bernama Adi, dan diikuti murid yang lain. "Baik,hari ini saya akan pilih seorang wakil untuk syarahan. Siapa yang nak jadi wakil angkat tangan!"kata Cikgu Suzira.Alisya dan Zara mengangkat tangan dengan serentak. Alisya dan Zara sebenarnya adalah kawan baik daripada darjah 6 lagi, tetapi kerana Zara iri hati akan keputusan cemerlang Alisya dalam peperiksaan, hubungan mereka sudah tidak rapat lagi.Zara cuba untuk membuat Alisya dibuang sekolah, tetapi tidak dapat.Sehinggalah Alisya dapat keputusan sambung belajar di Australia. Zara dan Aizat adalah pasangan kekasih. Mereka pernah tertangkap di belakang kelas mereka kerana berdua duaan. Mereka tidak bercinta lagi sejak dari kes itu.
Alisya sudah sedar daripada mengingati kisah itu.
"Oh, baru aku ingat Zara, astagfirullahalazim,dulu dia kawan baik aku. Aku kata kat dia yang aku tak ada kawan baik nama Zara, padahal dialah kawan baik aku daripada darjah 6 lagi.Tapi peliklah macam mana dia boleh dapat nombor aku?, oh aah lah aku mana ada tukar nombor. Haih, Alisya Alisya." Tiba tiba Aliah adiknya yang bongsu melulu masuk ke biliknya.
"Along,ibu panggil makan." Alisya dan Aliah turun pergi makan tengah hari.
"Ha, meh makan Along, Usu" kata Tengku Syaifuddin.Selepas Alisya menyeduk nasi dan kuah, dia pun duduk ditempatnya. Sejurus selepas itu Tengku Syaifuddin tanya kepada Alisya. "Along, kamu tak nak cari kerja ke?"kata Tengku Syaifuddin.
"Aah,tengah usaha cari, abah,tak tahu lah nak cari kerja apa?"kata Alisya kebingungan. "Oh,kalau macamtu kerja dekat syarikat kawan abah saja lah, di MAJU BERHAD",kata Tengku Syaifuddin. "Oh, Along ok je tapi kerja sebagai apa?"kata Alisya. "Ha, anak kawan abah tu CEO syarikat tu, dia pun tengah cari PA, kamu jadi lah PA, ok?"kata Tengku Syaifuddin. "Oh, ok boleh, ok ke ibu?"kata Alisya. "Eh, ibu ok je",kata Tengku Zalina. "Adik-adik sekalian?"kata Alisya. "Kami ok je" kata mereka serentak.Keesokan paginya..
Alisya ikut abahnya ke MAJU BERHAD.Kebetulan Tengku Syaifuddin cuti pada hari itu, dan mengambil keputusan teman Alisya untuk ditemuduga.Tengku Syaifuddin menelefon Tengku Saifullah. "Assalamualaikum,Saiful"kata Tengku Syaifuddin. "Waalaikumussalam, Din" "Eh, Saiful, pasal yang anak kau cari PA itu hari, anak aku nak ditemuduga". "Oh, ye ke? Boleh datang lah kat pejabat anak aku".
"Oh ok ok"Di Pejabat MAJU BERHAD..
"Nur Alisya Umairah Binti Tengku Syaifuddin?"kata seorang kerani perempuan. "Ya, saya" kata Alisya dan terus masuk ke pejabat itu sejurus selepas kerani itu memanggilnya.Alisya pun masuk dengan sopan. Alisya terkejut sejurus selepas menutup pintu kaca itu kerana lelaki yang akan menemuduganya ialah Aizat, kawannya dari Tingkatan 3 lagi.
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.