Dia menangis je. Telinga Aizat sudah malas hendak mendengar Alisya menangis. "Woi, sudah sudahlah menangis tu! Pekak telinga aku kang!!", kata Aizat dengan marah sekali. "Uuuu, uuuu", menangis Alisya. Dia sangat terasa. Lagi lagi masa Aizat menunding jari di kepala Alisya. Lagi lah sakit hati. Haih. "Alisya! Sudah sudahlah!", kata Aizat. Dia malas hendak memujuk Alisya. Dia biarkan Alisya menangis. Aizat mencapai selimut dan menutup mukanya. Bising!. Alisya menangis lagi, dia mahu Aizat datang kepadanya memeluknya dan memujuknya. Tapi apa yang dimahukan, lain pula yang jadi. "Tuk, tuk" pintu diketuk. Alamak!. Alisya mendengar ketukan itu dia terus bangun sambil mengesat air matanya. Dia membuka pintu. "Ibu", kata Alisya dengan senyum sambil menyorok muka yang menangis itu. Muka Alisya sembam habis. Nampak sangat dia menangis. Tengku Zalina senyum, tiba tiba air mukanya berubah kepada risau. " Along? Along menangis ke?", tanya Tengku Zalina. "Eh, takdelah, tadi Aizat romantik sangat, sampai Alisya terharu", bohong Alisya. "Oh, bestnya! Hihihi, ibu tak nak kacau korang", kata Tengku Zalina. "Eh, ibu nak Alisya buat apa?", tanya Alisya. "Ibu nak Along tolong ibu masak jap, boleh ke? Kalau nak duk dalam bilik takpe, adik adik ada", kata Tengku Zalina. "Along nak tolong ibu! Dah lama tak berkepit dengan ibu!", kata Alisya. Alisya mahu lari dari Aizat. Takut dimarahi lagi. Buat apa dalam bilik? Asyik tidur je, kerjanya. "Amboi, ha, jomlah!", kata Tengku Zalina. Alisya memegang lengan ibunya dengan terlompat lompat.
"Ibu, ibu masa kahwin dengan abah, abah romantik tak?", tanya Alisya sambil memotong bawang. "Romantik sangat! Dia suka peluk ibu", kata Tengku Zalina. Tangan sebelah kiri mencekak pinggang. Tangan sebelah kanan meratakan minyak di dalam kuali. "Bestnya, nak Aizat macamtu!", kata Alisya di dalam hati. "Along? Tak pergi honeymoon ke?", tanya Tengku Zalina dengan menanya soalan yang sama seperti Tengku Saifullah. "Nak pergi tapi tulah, kami kan nak kerja", kata Alisya. "Kalau macamtu, cuti lah lagi seminggu", kata Tengku Zalina. "Along boleh je, tapi Aizat tu dia kata ada projek besar yang nak diselesaikan", kata Alisya. "Oh, nanti dalam beberapa minggu, selepas semuanya selesai, kamu berdua pergilah, Cameron Highlands ke? Genting Highlands ke? Tempat tempat macam tu?", kata Tengku Zalina. "Oh, nantilah, kami fikirkan, kami tidur sini 3 hari tau, ibu", kata Alisya. Tengku Zalina hanya mengangguk. "Sebenarnya ibu nak cucu, nanti tolong usahakan ye?", kata Tengku Zalina sambil mengintai ngintai minyak di dalam kuali. "Oh, Along boleh je, nak sekarang pun boleh!!", kata Alisya dengan teruja. Mereka berdua gelak sakan. Kelakar Alisya bergurau seperti itu. "Auch!", kata Alisya. Jari telunjuknya terkena pisau saat gelak sakan. Tu lah jangan seronok sangat. Jari telunjuk kirinya luka akibat terkena pisau, dia terus ke singki membasuh darah di jarinya. Tengku Zalina cepat cepat mengambil pembalut luka di laci. "Ha, tulah, gelak lagi, sambil pegang pisau, kan dah kena", kata Tengku Zalina sambil melilitkan pembalut itu di jari telunjuk Alisya dengan kemas. "Eh, sudahlah, tak payah tolong ibu, Along duduk je, tengok tengok je ataupun pergi lah masuk bilik! Angah! Angah!", kata Tengku Zalina dengan merisaukan anaknya itu. Alina terus menyahut. "Ya, bu". "Meh, sini, tolong ibu masak!". "Tak nak! Along nak tolong ibu masak! Lagipun sikit je ni, yang kena jari kiri, bukan kanan", kata Alisya sambil bangun dari kerusi meja makan. "Aip! Ibu kata jangan! Kalau macamtu pergi lah masuk bilik!", kata Tengku Zalina dengan tegas. "Aah, Along masuk lah bilik, kesian Angah tengok! Ataupun pergilah buat projek", kata Alina sambil membuat wajah nakal. Alina menolak nolak Alisya ke atas tangga untuk dia masuk ke bilik. Tapi dia datang semula ke dapur. Mereka sudah berputus asa. "Ye lah yelah, Along boleh duduk sini, tapi jangan buat kerja", kata Alina. Tengku Zalina hanya senyum melihat dua beradik ni. "Biar, Along buat air", kata Alisya. "Tak payah!", kata Tengku Zalina dan Alina dengan serentak sambil mencekak pinggang. "Please", kata Alisya sambil membuat tangan merayu. "Haih, Along, Along, ye lah ye lah, comel anak ibu ni", kata Tengku Zalina sambil senyum. "Along comel? Angah tak?", kata Alina sambil mengedik ngedik. Tengku Zalina membuat muka menyampah. "Ibu!", kata Alina sambil memegang lengan ibunya supaya Tengku Zalina memujinya. Alisya gelak sambil mengambil jag.
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.