Bab 20

1.6K 28 0
                                    

Aizat membuat kerjanya dengan bersungguh sungguh dengan cepat. Siap!. Aizat cepat cepat ke bilik dengan teruja. Dia buka sahaja pintu, dia terkejut, isterinya begitu seksi dan sangat menggoda. Aizat terus menindih Alisya. Mereka berjunub.

*****************************
2 minggu kemudian....

"Bluekkk, bluekkkkkkk!", muntah Alisya tiba tiba di pagi hari. Aizat yang sedang nyenyak tidur, terjaga. "Sayang? Kenapa ni?", kata Aizat sambil mengusap ngusap belakang badan Alisya. "Saya tak larat lah", kata Alisya sambil memegang megang tangan Aizat. Aizat membawa Alisya ke katil. Dia membaringkan Alisya juga menyelimutinya. "Hari ni sayang tak payah kerja eh? Duduk je rumah",kata Aizat sambil membelai belai kepala Alisya. Alisya mengangguk. Aizat ke bilik air sambil membawa tuala. Tiba tiba mulut Alisya penuh dengan muntah dia mahu memuntahkannya, dia mengetuk ngetuk bilik air. Aizat cepat cepat buka. "Bluekkkkkk!!!!! Bluek!!!!!", muntahnya lagi. Aizat sangat risau akan isterinya itu.

Alisya menyalam tangan suaminya itu, selesai sahaja, dia membaringkan dirinya di atas sofa ruang tamu. Dia mencari apakah tanda tanda ibu hamil. Dia terus duduk bersila atas sofa. "Muntah muntah ada", "rasa mual ada", "morning sickness ada", "pening pening ada", katanya sendirian. P/s:kalau anda ada kesemua tanda tanda ini, bawalah diri untuk check ke hospital! Semoga berjaya buat bakal ibu! . Alisya senyum lebar, dia mahu membeli pregnancy test. Dia meminta izin Aizat melalui telefon, untuk ke farmasi. Dia diizinkan.

"Hai, mana pregnancy test ya?", tanya Alisya kepada penjual itu. "Ok, puan straight, belok kanan", kata penjual itu sambil menunjukkan arah. Alisya membeli dengan air muka yang teruja. Dia ke rumah dengan cepat.

***********************************
"Ha?! 2 line?", kata Alisya sambil melihat garisan test itu. Dia melihat kotak test itu, kalau ada 1 line, bukan, kalau 2 line, ya. Dia membasuh test itu. Dia mengelap test itu dengan tisu. Tak sabar nak bagitahu Aizat. Tapi dia mahu ke klinik untuk pastikan yang dirinya itu betul betul mengandung ke tidak. Dia meminta izin Aizat lagi di telefon. Diizinkan. Alisya menyimpan test itu di atas kain lap dan menyimpannya di dalam laci.

"Ok, selepas pemeriksaan saya tadi, tahniah puan, puan mengandung!", kata Doktor itu sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Alisya menekup mulutnya. Tak sangka! Sudah setahun menunggu, akhirnya, dikurnia cahaya mata. Air mata Alisya jatuh kerana bangga, syukur. "Terima kasih, Ya Allah!",cuit hatinya. "Terima kasih, doktor, dah berapa bulan?", tanya Alisya. "Dah 2 bulan", kata Doktor itu. "Aik, kenapa dah 2 bulan baru pagi tadi rasa mual mual, Doktor?", tanya Alisya. "Oh, biasalah tu, sesetengah ibu kalau dah 2 bulan setengah mengandung, rasa mual itu baru tiba, normal lah tu", kata Doktor itu. "Ini sulung ke?", tanya Doktor itu. "Aah", katanya sepatah. "Tapi 2 minggu lepas saya berjunub, masa mengandung tak jejaskan bayi ke?", tanya Alisya. "Oh, boleh, tak jejaskan pun, tapi seelok eloknya janganlah, nanti boleh memudaratkan bayi, puan baru 2 bulan, jadi takde masalah", kata Doktor itu. Alisya mengangguk sambil berkata "terima kasih ye doktor". Dia berjabat tangan dengan doktor. Doktor itu menghantar Alisya ke pintu keluar dengan ekoran mata dan senyuman manis di bibir.

********************************
"Assalamualaikum!", kata Aizat sambil membuka pintu rumah. Alisya menyambut suaminya dengan senyuman lebar di bibir. Dia mengambil beg pejabat di tangan sambil menyalam suaminya. "Amboi cerianya!, ada apa apa berita baik ke?", tanya Aizat. "Hehehe, aah, nanti saya bagitahu abang, jom makan, saya masak favourite abang", kata Alisya. "Nantilah kejap,saya nak mandi,berpeluh badan saya ni",kata Aizat. Dia menaiki tangga dengan laju. Alisya cepat cepat menunggu Aizat di meja makan.

"Ha, apa yang berita baik tu?", tanya Aizat sambil melabuhkan punggung di kerusi makan. "Alah, nantilah lepas makan, saya bagitahu", kata Alisya. Aizat dan Alisya makan dengan berselera.

Selesai sahaja mereka makan, mereka ke sofa ruang tamu. "Ha, cepatlah apa yang baik sangat tu?", tanya Aizat sambil memeluk bahu Alisya. Alisya terus tersedar. Lupa pulak. Alisya membuka laci yang ada sekotak kecil yang begitu cantik, di situ ada memo yang bertulis, "tahniah, suamiku 😘😉". Dia membawanya ke Aizat. "Apa ni? Tahniah?", tanya Aizat. Alisya mengangkat kening untuk suruh dia membuka kotak itu. Aizat membuka dengan perasaan teruja. Sebaik sahaja buka, kelihatan pregnancy test yang ada 2 line, dan gambar check up yang ada di kotak itu. Air mata Aizat jatuh di pipi, dia menekup mulutnya. "Betul ke ni, sayang? Betul ke?", tanya Aizat. Alisya mengangguk. Dia melihat gambar check up itu, ada setompok bayi itu yang kecil, masih lagi tiada tangan dan kaki begitu juga badan, tapi itulah bukti bahawa Alisya sedang mengandung. Dia memegang pregnancy test itu, dia merenung lama, garisan itu. Dia tak sangka. Dia bangun dan memeluk isterinya itu. Dia cium pipi Alisya berkali kali, dia teruja sangat. "Abang, dahlah!", kata Alisya menganda. Dia membalas pelukan suaminya itu dengan erat. "Tahniah sayang", kata Aizat. "Tahniah juga abang, dah lama kita tunggu,inilah peluang untuk kita", kata Alisya. "Dah berapa minggu?", tanya Aizat sambil melepaskan pelukan itu. "Dah 2 bulan abang, bukan minggu", kata Alisya. Aizat terkejut. "Aik, dah 2 bulan? Kenapa baru rasa mual pagi tadi?", tanya Aizat. "Doktor cakap, sestengah ibu pun ada macamtu, normal", kata Alisya dengan senyum. "Oh ye? Sudahlah, buat masa sekarang ni sayang duduk rumah, tak payah kerja", kata Aizat. "Ha? Kenapa macamtu? Saya dah lama tak kerja, kesian Suzani", kata Alisya. "Takpe, Suzani mesti faham punya", kata Aizat. Alisya mengangguk dia tak mahu melawan cakap suaminya itu. "Oklah, abang boleh tak saya bagitahu abah, papa dan ibu?", tanya Alisya. "Mestilah boleh, diorang mesti suka punya!" kata Aizat. Alisya terus mencapai telefon di atas meja ruang tamu.

TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️Where stories live. Discover now