Aliah sedang menjahit, Tengku Syaifuddin sudah balik dari berjumpa kawannya, sekarang dia sedang rehat di dalam bilik, adik adik Alisya yang lain sedang menolong Tengku Zalina dan Alisya memasak.
"Umm, Tengku, Tengku datang rumah saya pukul 12 tengah hari ye?", kata Alisya dengan sopan sekali. Alisya sedang menelefon Aizat di penjuru dapur, suara Alisya memang tidak dapat didengar oleh keluarganya kerana agak bising, penuh dengan gelak tawa dan lain lain. Aizat hanya berkata "emm" dan terus meletak telefonnya. "Haih, Tengku, Tengku", kata Alisya dengan menggeleng kepalanya.
"Eh, Along, cepatlah, pergi rumah Alisya dah pukul berapa ni?!", kata Tengku Saifullah dengan tegas. "Ya lah pa", kata Aizat. "Pa, Along nak pergi mana tu?", tanya Syafiq. "Oh, Along nak pergi rumah keluarga tunang dia", kata Tengku Saifullah sambil memegang bahu Syafiq dengan muka yang bangga akan anak sulungnya itu akan berkahwin.
"Ish, tak sabarnya tunang Along nak datang", kata Aliah dengan terujanya. "Kan? Angah pun tak sabar", kata Alina. Tiba tiba mereka terdengar bunyi kereta yang hebat. "Eh, itu mesti tunang Along, cepat cepat", kata Aliah. "Assalamualaikum", kata Aizat dengan pura pura baik. "Waalaikumussalam, umm?", kata Tengku Syaifuddin sambil berjabat tangan dengan Aizat dan juga membuat muka seolah olah mahu tahu apa nama yang disesuaikan untuk Aizat dipanggil olehnya. "Umm, panggil saya Aizat je", kata Aizat dengan senyuman manis. "Ha, Aizat panggil pak cik ni Abah, mak cik ni pulak panggil ibu", kata Tengku Syaifuddin dengan senyuman manis. "Oh, ok", kata Aizat dengan senyum. "Ish, manisnya Tengku senyum macam ni", kata Alisya di dalam hati.
"Eh, mai duduk kita sembang sembang dulu", kata Tengku Syaifuddin. Mereka gelak bersama sama dengan sakan, tapi Aizat gelak dengan kekok. "Ha, Aizat mari lah kita makan, mesti kamu lapar kan?", tanya Tengku Zalina. Aizat hanya mengangguk sambil senyum. "Ha, duduk duduk, ni ayam masak kicap ni Alisya masak, yang daging masak kari ni ibu dan Alisya masak, tapi air tangan Alisya yang banyak masuk dalam hidangani ni", kata Tengku Zalina dengan baik sekali. "Oh ok, terima kasih, ye mak cik, opps, ibu", kata Aizat dengan kekok. "Maafkan saya mak cik, eh, ibu, saya tak de ibu, ibu saya dah meninggal, itu saya tak biasa tu", kata Aizat. "Oh, takpe ibu faham, kamu anggap je ibu ni ibu kamu ye", kata Tengku Zalina dengan senyuman manis. Aizat hanya mengangguk. "Eh, jemput jemput", kata Tengku Syaifuddin. Alisya menyeduk nasi di pinggan abahnya dahulu selepas itu diikuti ibunya, adik beradiknya, dan terakhir Aizat. Adik adik Alisya makan di ruang tamu, hanya Alisya, Aizat, abahnya dan ibunya sahaja yang berada di atas meja makan. Tetapi, Alisya mahu sertai adik adiknya makan di ruang tamu tetapi abahnya memanggilnya. "Eh, Along nak pergi mana tu? Duduk sebelah Aizat ni", kata Tengku Syaifuddin sambil menunding jari di kerusi sebelah Aizat. Alisya sambil menjauhkan sedikit kerusinya daripada Aizat. "Ha, macam nilah", kata Tengku Syaifuddin. "Sedapnya", kata Aizat di dalam hati. "Amboi, seleranya", kata Tengku Syaifuddin. Alisya sangat terkejut melihat tunangnya itu makan dengan seleranya. "Umm, abah, saya hehehe nak tambah lagi boleh?", tanya Aizat. Mulutnya sangat comot ada kicap di tepi bibirnya. "Oh, tambah? Boleh boleh, Ina, tolong ni Aizat nak tambah", kata Tengku Syaifuddin. "Tambah lah kari daging tu lagi, ayam tu tambah", kata Tengku Syaifuddin."Hensem kan tunang Along?", kata Alina. "Kan?", kata Aliah. "Ish, korang ni tak habis habis cakap pasal tu je", kata Aisyah. "Ala, biar lah, benda betul", kata Aliah. "Sedap kan, Along masak?, nak tambah lagi lah", kata Amirah dengan menjilat bibirnya dari kiri ke kanan bibirnya itu. Amirah menyeduk nasi di dapur, segan untuk menyeduk nasi di atas meja makan, tak elok seperti menganggu, begitu juga Amirah menyeduk kuah di dalam periuk. Kali ini nasi yang ditambahnya agak banyak begitu juga kuah. Makanannya itu ditegur oleh kakaknya, Alina. "Uishh, banyaknya nasi, Uda", kata Alina. "Sedap sangat", kata Amirah. Aliah tahu makanannya begitu sedap, tetapi Aliah tidak mahu tambah, bukan kerana segan, tetapi mahu menyiapkan jahitannya itu. Selepas Aliah beredar, dia terus naik ke atas, iaitu biliknya.
Tibalah masa untuk Aizat balik, Amirah ditugaskan untuk memanggil adiknya itu, Aliah, untuk mengiringi Aizat ke pintu. "Umm, terima kasih, ye ibu, abah, sedap makanan tadi, baiklah, saya balik dulu ye", kata Aizat. "Sama sama, kalau ada masa, datanglah lagi ye", kata Tengku Syaifuddin. Ahli keluarga Alisya senyum kepada Aizat. "Eh, Along, pergilah teman Aizat ke kereta dia", kata Tengku Syaifuddin. Alisya menuruti perintah abahnya itu. Alisya dan Aizat keluar tetapi keluarganya yang lain, hanya keluar separuh sahaja daripada pagar. Tetapi mereka berdua di luar pagar. "Umm, terima kasih ye, Tengku sudi datang", kata Alisya. "Oh ok, pandai awak masak", kata Aizat. Hati Alisya berdebar debar. Alisya melambai lambai Aizat. Aizat menghon mereka.
"Uui,sudah sudah lah,mai masuk",kata Tengku Zalina sambil melihat Alisya yang melihat Aizat dari tadi sehingga kereta Aizat tiada lagi di situ. Alisya tersedar, dan dia terus masuk ke rumahnya. Aliah selepas melambai lambai Aizat, dia terus masuk ke biliknya untuk menyambung kerjanya. "Anak aku ni memang sangat sangat cintakan Aizat", kata Tengku Zalina di dalam hati.Pukul 8 malam..
"Along macam mana tadi?", tanya Tengku Saifullah. "Oh ok je, keluarga diorang sporting", kata Aizat. "Baguslah tu, kamu makan apa?", tanya Tengku Saifullah. "Oh, makan ayam masak kicap, daging masak kari", kata Aizat. "Wuishh, sedapnya sapa masak?", tanya Tengku Saifullah. "Alisya dengan ibu dia", kata Aizat. "Oh, baguslah, dia pandai masak, boleh lah setiap hari makan kat rumah betul tak?", kata Tengku Saifullah. Aizat mengangguk. "Umm, eh, Along esok ajak Alisya tempah baju nikah dan kenduri kahwin", kata Tengku Saifullah. "Ala, malas lah pa", kata Aizat. "Eh, mana boleh malas malas, bulan depan kamu dah nak nikah", kata Tengku Saifullah. "Ye lah pa", kata Aizat. Aizat berkata itu di WhatsApp dengan Alisya. Jawapan Alisya ialah "baiklah, Tengku, abah dan ibu saya setuju", katanya.
"Usu, dah siap dah ke baju tu?", tanya Alisya dengan kesiankan adiknya tidak habis habis menjahit. "Oh, belum, yang ni baru satu, nanti Usu kena buat lagi satu baju", kata Aliah tanpa melihat Alongnya itu. Dia hanya fokus pada jahitannya."Oh, buat elok elok", kata Alisya. "Umm", kata Aliah.
"Eh, Usu, Along nak tanya, Usu boleh tak jahit baju pengantin?", tanya Alisya. "Oh, tak reti lagi, sebab sekarang ni Usu hanya reti jahit baju kosong je", kata Aliah. "Oh, ye ke? Takpelah", kata Alisya. "Kenapa? Along nak Usu tolong jahitkan baju pengantin ke?", tanya Aliah. Dia terus berhenti seketika menjahit, dan dia terus pandang Alisya. "Ingat macam tu lah, supaya senang Along nak tengok baju tu dijahit depan depan Along, barulah puas hati", kata Alisya. "Oh, macam tu, tapi Usu tak reti lagi", kata Aliah. "Takpe, Along saja tanya", kata Alisya dengan senyum. "Oh ok", kata Aliah. Dia terus sambung kerjanya itu.
YOU ARE READING
TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️
RomanceMengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki ego. Lelaki itu merupakan kawan sekelasnya di ting 3 lagi. Mereka berkahwin atas dasar kasihankan ibu dan bapa mereka sendiri. Ikutilah cerita ini.