Bab 29

3.2K 61 4
                                    

"Haris!! Hainan!! Mari makan!", panggil Alisya. "Ye umi!!", kata mereka serentak. Haris kini berusia 7 tahun, manakala Hainan berusia 5 tahun. "Abang!! Mari makan!", panggil Alisya.

"Haris makan banyak banyak tau biar sihat", kata Aizat. "Ok ayah! Ayah pun makan lah banyak banyak!", kata Haris. "Adik? Tak ada sapa pun nak cakap dengan adik!", kata Hainan sambil menyilangkan tangan. "Adik, janganlah merajuk,adik pun makan banyak banyak,biar dua kali ganda sihat daripada abang", kata Alisya. Hainan menjelir lidah pada abangnya. Haris membalas. "Aipp! Tak baik gaduh depan rezeki!",tegur Aizat. Haris dan Hainan makan dengan laju.

"Umi!! Bila nak balik kampung? Nak main dengan Syaid dan Syifa!!", kata Hainan sambil memegang seluar Alisya. "Balik kampung? Tak pernah pernah suka nak balik kampung, hehehe, nanti kita baliklah sayang, awak tu sekolah, nanti kena marah dengan Cikgu Fifi cam mana?", tanya Alisya. Hainan terdiam. "Oklah, umi. Nanti kita balik", kata Hainan sambil menyilangkan tangannya dan dia pergi dari situ. Syaid dan Syifa adalah anak kepada Syafiq dan Zara. Mereka mendapat dua anak yang sangat cantik dan comel. Syaid yang berusia 6 tahun, manakala Syifa baru berusia 2 bulan. Hainan mahu bermain bersama bayi Syifa yang comel. Hainan sangat suka dengan bayi. Dia juga mahukan adik. Tapi Alisya langsung tak mengendahkan anaknya itu. Alisya ok saja, tapi dia tunggu rezeki, jika ada alhamdulillah, jika tidak, tak mengapa. Namun Aizat mahukan anak lagi, dia suka anak ramai.

"Syaid!!! Jom ain ola!!", panggil Haris. Syaid menggeleng kepala. Haris menarik narik tangan Syaid. Hainan yang sedang sibuk bermain dengan bayi Syifa, dia tersedar yang abangnya dan sepupunya sedang gaduh. "Jangan ahh gaduh!! Umi!! Pak Ngah!! Ada oyang gaduh!", kata Hainan sambil cuba untuk memberhentikan dua kanak kanak ini daripada bergaduh. Namun tubuh Hainan yang kecil tidak dapat nak menghalang. "Haris! Jangan gaduh dengan Syaid! Kenapa ni? Dah dah!", kata Alisya sambil mencekak pinggang. "Maaflah, Syafiq. Anak Kak Sya ni nakal sikit, dia kalau orang tak nak main dengan dia, dia tak puas hati, mesti ajak bergaduh. Hainan pun pernah kena", kata Alisya sambil memandang Syafiq yang sedang berdiri di sebelahnya. "Takpelah, biasalah tu budak budak", kata Syafiq.
Syafiq, Zara, Aizat, Alisya, Amin, Syaiful, Alif dan Tengku Saifullah sedang selera makan malam bersama. Tengku Saifullah tidak habis habis tersenyum sehingga ke telinganya. Dia tak sangka ada menantu dan cucu cucu yang comel. "Kalau ada Tijah ni mesti dia bangga tengok menantu dan cucu. Sayang, kalau sayang ada mesti sayang suka kan? Abang suka sangat", terdetik hatinya sambil tersenyum tengok menantunya dan anak anaknya. "Eh, Zara! Syifa mana?", tanya Alisya. "Ada, dia tengah nyenyak tidur", kata Zara. Alisya mengangguk. "Mak Ngah! Syifa dah bangun! Dia tengah menangis!", kata Hainan. Zara mengeluh kecil. "Baru nak berehat", kata Zara. Semua yang berada di meja tergelak kerana Zara baru sahaja mengeluh lega kerana anaknya tidur namun lain pula yang jadi.

"Eh, kau tahu tak khabar Shidah?", tanya Alisya sambil menepuk nepuk paha Hainan yang sedang tidur. Zara dan Alisya sedang bersembang di ruang tamu. Hainan tertidur di sofa kerana mengantuk akibat menunggu uminya. Zara baru selesai menidurkan anaknya, Syifa. Syafiq, Syaid dan Syifa sedang tidur di dalam bilik. Aizat juga begitu. Dia tidur sebelah anaknya, Haris.

"Aku tak tahulah kenapa dengan dia??", tanya Zara. "Aku tak pastilah, dia tak ada WhatsApp kau ke?", tanya Alisya. "Tak adalah pulak. Aku rindu lah nak sembang dengan dia, aku suka buli dia", kata Zara. "Samalah aku", kata Alisya. Tiba tiba henfon Alisya terima WhatsApp. Alisya mula mula tidak mengendahkannya, tapi WhatsApp itu makin lama makin membengitkan telinganya. "Shidah?", kata Alisya di dalam hati. "Wei, aku nak buat 'video call' ni", kata Shidah di dalam WhatsApp. "Wokey", balas Alisya. "Wei, Zara nak buat 'video call'", kata Alisya. "Assalamualaikum! Sahabat aku!!! Aku rindu dengan korang!!", kata Shidah. "Waalaikumussalam, Shidah!!!", kata Zara dan Alisya serentak. "Aku rindu dengan korang aku tak sabar nak main dengan anak korang!!!", kata Shidah. Semasa Shidah sedang sibuk bercakap, tangan kanannya sibuk bergerak. Zara dan Alisya membulat mata. Zara mencuit paha Alisya lembut. Dia menyuruh Alisya melihat jari manisnya yang terdapat cincin tunang. "Wei, Shidah!", panggil Alisya. Shidah mengangkat kening. "Kau dah bertunang ke?", tanya Alisya. "Bertunang? Tak adalah", bohong Shidah. "Kau jangan nak tipu, aku pernah bertunang lah. Aku tahu lah, cincin tunang rupanya cam mana", kata Zara. "Ishh, dah kantoi. Yelah aku dah bertunang!!", kata Shidah. Ayat hujungnya berubah teruja. Dia menujuk jari manis kanannya yang terdapat cincin tunang yang begitu cantik. "Cantiknya!! Kau bertunang dengan siapa??!!! Tahniah!!!", kata Zara. "Adalah, rahsia!!", kata Shidah. "Bagilah tahu!!", kata Alisya. "Oklah, dengan Hamzah!! Kawan baik suami kau, Zara!", kata Shidah. "Ha? Hamzah? Wow!! Tahniah tahniah!!", kata Zara. "Kau kenal ke?", tanya Alisya. "Bolehlah, haritu sempatlah Syafiq kenal kan kat aku", kata Zara. "Nanti ada masa kita jumpa eh, nanti masa aku kahwin nanti aku ajak korang!!", kata Shidah. "Ok, tahniah tau!! Bye, assalamualaikum!!", kata Zara dan Alisya. "Waalaikumussalam, bye!!", kata Shidah. Mereka memutuskan panggilan 'video call'. "Cepatnya masa berlalu, kan Zara. Aku ngan kau dah kahwin, Shidah pulak sekarang dah bertunang", kata Alisya. "Betul tu wei, aku rasa macam nak menangis, ye lah sebab semua perkara yang jadi sekarang ni semua ada hikmahnya", kata Zara. "Betulah, aku rasa... tahlah", kata Alisya. Tiba tiba Zara mendepakan tangannya. Alisya terus memeluk Zara. Dia tak tahan, dia berasa semua yang jadi kepadanya, penuh dengan keajaiban, itulah ujian Allah SWT dan dugaanNya. Alisya dan Zara mengesat air mata masing masing. "Eh, dahlah. Dah lewat ni, kesian Hainan, aku masuk tidur dulu lah ye", kata Alisya sambil mengangkat Hainan. Zara mengangguk.

***************************
Akhirnya Aizat dan Alisya bahagia dengan anak mereka, Hainan dan Haris gembira kerana mereka bakal mendapat adik. Ya, Alisya sedang mengandung 6 bulan, tak lama lagi, Alisya mahu bersalin. Syafiq dan Zara pula bahagia dengan anak anaknya, Syaid dan Syifa. Syifa kini berusia 3 tahun, sungguh comel. Ada iras iras bapanya, Syafiq. Shidah dan Hamzah sudah berkahwin. Mereka sungguh bahagia. Kini mereka baru sahaja menimang cahaya mata anak sulung mereka. Yang bernama Nur Raudhah Binti Muhammad Hamzah Huzil. Tiga keluarga ini sungguh bahagia dengan keluarga mereka sendiri dan anak masing masing.

-----------------------TAMAT-------------------------

TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA YANG SUDI MEMBACA KARYA SAYA SENDIRI. SEMOGA KARYA INI DAPAT MEMUASKAN HATI ANDA, PEMBACA. JIKA TIDAK, MAAFKANLAH SAYA. SAYA TIDAK SEPAKAR PENULIS NOVEL YANG ANDA KENALI. TERIMA KASIH. TOLONG SAYA VOTE DAN BERIKAN PENDAPAT JUJUR ANDA TENTANG KISAH INI DI RUANG COMMENT!! 💕💕😊😊.

TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️Where stories live. Discover now