Bab 8

1.4K 29 0
                                    

"Eh, Saiful, kami balik dulu ye, dah nak masuk waktu Asar dah", kata Tengku Syaifuddin. "Eh, tunggu lah masuk waktu Asar dulu", kata Tengku Saifullah. Selepas itu, mereka balik.

"Ina, jomlah kita singgah makan jap, abang teringin lah pulak nak makan chicken chop", kata Tengku Syaifuddin sambil memandu. "Oh ok", kata Tengku Zalina. Mereka pun makan, dengan suap menyuap lah, dengan perasaan romantik lah. "Haih, sedapnya chicken chop tadi tu", kata Tengku Syaifuddin. "Kan, dah lah abang saya nak balik cepat, kenyang sangat ni", kata Tengku Zalina. "Oh ok, jom jom", kata Tengku Syaifuddin.

"Ha, Along, lama betul kamu dating", kata papanya selepas nampak Aizat masuk ke rumah dan terus duduk di sofa. "Takdelah, kami saja bincang pasal hari perkahwinan tu nanti", kata Aizat dengan muka yang penat. "Oh, ye?, ni Along tak jumpa ke ibu bapa Alisya tu?", tanya papanya. "Tak, Alisya cakap keluarga dia semua takde kat rumah, hanya dua orang adik dia je ada kat rumah, dia nak Along jumpa mereka esok", kata Aizat. "Oh, baguslah tu, kamu jumpa mereka semua ye, jumpa adik beradik dia, adik beradik dia ramai tau, kalau termasuk dia 5 orang, sama macam adik beradik Along", kata Tengku Saifullah. "Oh ye?", tanya Aizat. "Aah", kata papanya. "Papa, bila nak adakan majlis akad nikah tu nanti?", tanya Aizat. "Oh, bulan depan, kamu akan nikah dan ada majlis kenduri kahwin, hari jumaat kamu nikah, lepas solat jumaat dalam pukul 3 petang, hari sabtu majlis perkahwinan ataupun kenduri kahwin kamu berdua", kata papanya. "Oh, cepatnya, papa dah bincang dengan ibu dan abah Alisya?", tanya Aizat. "Dah, kamu nak cepat, kami buat lah cepat cepat, papa dah bincang dah dengan orang tua Alisya, mereka tu kawan baik papa lah, tadi mereka datang, kami dah bincang dah", kata Tengku Saifullah. "Oh, ye ke? Kalau nak tempah baju nikah dan kenduri sempat ke pa?", tanya Aizat. "Sempat, bulan ni kamu berdua  buatlah, kalau kamu malas, benda ni takkan berjalan, dia akan jadi kelam kabut, nanti Along ajak Alisya selesaikan sama sama ye, kalau ada apa apa, kami ada je untuk kamu berdua, jangan rasa kecoh kecoh tau relaks je", kata Tengku Saifullah. Aizat hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Ceh, Along berdating dengan tunang", kata Aliah sambil buat muka nakal, ketika itu mereka semua berada di ruang tamu menonton televisyen. "Alah, takdelah, biasa biasa je", kata Alisya sambil bermain jarinya di atas paha. "Eleh, untunglah, ada tunang, kami ni boyfriend pun takde uuu", kata Aisyah dengan pura pura menangis. "Ala, janganlah bersedih sis, nyanyi sikit aaaaaaaaaaaaaaaa", kata Alina dengan membuat muka kelakar. Mereka semua gelak bersama sama. "Abah", panggil Alisya kepada papanya. "Emm", kata abah Alisya. "Aizat nak jumpa kita semua esok tau, adik adik semua tak kerja", kata Alisya. "Oh ok, kata kat tunang kamu tu jumpa kita semua ni pukul 12 tengah hari, boleh makan tengah hari sekali", kata abah Alisya. "Orait", kata Alisya sambil membuat jari ok. "Oh ye, ibu nanti esok pagi Aliah nak pinjam kereta boleh tak, nak beli barang kain", kata Aliah. "Boleh", kata Tengku Zalina.

Keesokan paginya..
Aliah baru sahaja keluar membeli barang keperluannya. Adik adik Alisya semua tidur semula selepas solat Subuh. Mereka sangat penat kerana bekerja. Alisya sedang menonton televisyen bersama ibunya. Tengku Syaifuddin sedang keluar jumpa kawan di kedai makan. "Ibu", kata Alisya. "Emm", kata Tengku Zalina. "Ibu, nak masak apa tengah hari ni?", tanya Alisya. "Umm, tak tahulah, Along ada idea?", tanya Tengku Zalina. "Kita buat lah special special, ibu", kata Alisya. "Memanglah kena special, yang nak makan kan tunang Along, apa kata Along je masak, Along kan pandai", kata Tengku Zalina. "Boleh je, tapi tak tahu nak masak apa? Along tanya dia lah", kata Alisya sambil membawa telefonnya ke biliknya. Takut takut ibunya dengar Alisya panggil Aizat dengan panggilan "Tengku". "Aik,kenapa nak sampai telefon dalam bilik? Mungkin diorang ni nak bersweet sweet kot,ish tak sabarnya",kata Tengku Zalina. "Trutt trutt" henfon Alisya berdering. Tapi Aizat tidak mengangkat, kerana sedang nyenyak tidur. "Ish, mana Tengku ni?", tanya Alisya yang tercari cari suara Aizat untuk mengangkat nombornya. Sudah 3 kali Alisya menelefon tetapi tidak diangkatnya. Alisya membuat keputusan untuk WhatsApp saja Aizat. Mesejnya ialah "Assalamualaikum, Tengku", "saya nak tanya ni, makanan kegemaran Tengku apa?", "maaf menganggu, Tengku", tulisnya di WhatsApp.

"Ha, Along dapat tak?", tanya Tengku Zalina. "Tak dapat lah, ibu, dia tidur kot, Along dah WhatsApp dia dah", kata Alisya. "Oh, ye ke? Ala, takpe, baru pukul 8 ni, awal lagi ni", kata Tengku Zalina.

"Umm, ok semua dah beli, awal lagi ni, nak pergi makan lah sekejap", kata Aliah sambil memegang satu beg plastik yang agak berat. "Tapi, takpe ke?, aku dah lah guna duit ibu, alah takpelah, aku makan makanan yang murah murah je lah", kata Aliah.

"Woah", kata Aizat yang sedang mengeliat. Aizat mengambil telefonnya sebaik sedar dari tidurnya itu. "Banyaknya miss call, dari, Alisya?", kata Aizat di dalam hati. Tanpa ragu ragu, Aizat terus menelefon Alisya. "Ha, Alisya, awak nak apa?", kata Aizat yang suara kedengaran macam marah. "Assalamualaikum, Tengku, kalau ya pun janganlah tengking tengking saya?!", kata Alisya di dalam biliknya. "Waalaikumussalam, ha awak nak apa?", tanya Aizat. "Tengku tak baca WhatsApp ke? Saya dah mesej Tengku kan?", kata Alisya. "Sorrylah, nantilah saya baca, cepatlah awak nak apa?", tanya Aizat. "Saya nak tanya Tengku, pasal makanan kegemaran Tengku", kata Alisya. "Oh, pasal tu je? Suka hati awaklah, saya suka makan masakan kampung, macam ayam masak kicap, daging masak kari", kata Aizat. "Oh, ok, terima kasih ye", kata Alisya dan terus meletak telefonnya. "Aik? Buat apa dia tanya pasal makanan kesukaan aku?", tanya Aizat dengan sendirinya.

"Ibu, ibu", kata Alisya dengan terujanya menurun tangga. "Ye ye, kenapa ni? Terkejut ibu", kata Tengku Zalina. "Along nak pergi pasar, nak beli barang", kata Alisya. "Dia nak makan apa?", tanya Tengku Zalina. "Dia nak makan, ayam masak kicap dan daging masak kari", kata Alisya. "Oh, nantilah, pergi, dalam pukul 9.30 pagi ke", kata Tengku Zalina. "Oh oklah, ibu, kami adik beradik nak makan apa?", tanya Alisya. "Alamak, ibu lupa pulak, eh, suruh Usu lah pergi beli makan", kata Tengku Zalina.

"Fuh, kenyangnya", kata Aliah sambil mengelap mulutnya menggunakan tisu. "Trutt trutt", "Assalamualaikum, Along", kata Aliah. "Waalaikumussalam, Usu boleh tolong beli makanan tak? Duit ada lagi kan?", tanya Alisya. "Oh, ok, duit ada lagi ni", kata Aliah. "Korang nak makan apa?", tanya Aliah. "Order je lah apa apa", kata Alisya. "Eh, Along, Usu dah makan tau, abah pulak Usu tak belikan, sebab abah pergi kedai makan jumpa kawan, jadi Usu beli 5 je lah nasi lemak", kata Aliah. "Oh ok lah", kata Alisya. Mereka masing masing meletak telefon. "Umm, saya nak bayar ni, lepastu tolong bungkus 5 nasi lemak ye", kata Aliah, kepada pelayan itu.

TAK SANGKA DIA JODOHKU✔️Where stories live. Discover now