♔BAB 014♔

38.9K 507 37
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"𝕯i kelab malam?" Qhyla akhirnya mengangguk.

"Saya tahu pertemuan kali pertama ini tidak seberapa nak indah sebab suasananya adalah di tempat syurga duniawi." Kata Qhyla dengan helaan nafas beratnya. Datin Mardiyah yang mengelap pinggan, berasa sangat faham akan perasaan gadis itu.

"Mummy pun sama. Mummy dulu masa remaja macam Qaisara, mummy nak sangat jumpa cinta pertama di taman ataupun di gunung.Tapi semua tu hanya angan-angan saja." Datin Mardiyah ketawa apabila dia juga terikut hendak menceritakan kisah cinta remajanya.

"Bunyinya macam menarik saja. Habis tu, di mana mummy jumpa daddy waktu pertama kali?" Datin Mardiyah tergelak sambil geleng kepala. Wajahnya merona sebaik saja dia teringatkan suaminya. Tengku Hamsyar Daud.

"Mungkin Qaisara akan ketawakan mummy sebab benda ni kelakar sangat tau. Jangan gelak ya?"

"Saya akan cuba tak gelak. Tapi kalau saya tergelak, sebagai ganti rugi saya akan tolong mummy buat kerja rumah." Qhyla mengangkat tangan. Datin Mardiyah memandang Qhyla kagum. Gadis ini memang rajin buat kerja rumah nampaknya. Tidak seperti Lalissa.

"Pertama kali mummy jumpa daddy di dalam tandas lelaki. Mummy tak perasan sebab mummy dah tak tahan sangat. Daddy lah yang selamatkan mummy bila ada orang lain yang masuk ke tandas. Lagipun, mummy yang minta tolong dia. Dia memang tegas dan baik."

Berbinar mata Qhyla sebelum dia menutup mulut dan ketawanya meletus sehingga membuatkan Datin Mardiyah kaget teruja.

"Hehehe... Nampaknya saya memang kena tolong mummy buat kerja rumah. Tapi tak apa. Saya ikhlas dan tak ambil hati pun." Datin Mardiyah mengelus rambut panjang Qhyla. Cantiknya gadis ini. Tapi malangnya, Farhan masih mencintai Lalissa...

"Saya sebenarnya nak tahu sesuatu, mummy."

"Apa dia sayang? Tanya saja pada mummy."

Qhyla terasa berat hati hendak mengajukan soalan ini pada Datin Mardiyah. Takut tergamam wanita itu hendak menjawab nanti.

"Lalissa Sofiya. Betul ke Tuan Farhan masih cintakan dia?" Terkebil-kebil Datin Mardiyah sebaik saja dia ditanya seperti itu. Ini soalan tentang perasaan nampaknya.

"Kenapa tanya macam ni pada mummy?"

Qhyla sekali lagi menunduk. Adakah dia patut pendamkan saja perasaannya pada Farhan? Dia tidak boleh berterusan begini. Sekurang-kurangnya dia harus meluahkan pada seseorang.

"Sebab saya sukakan Tuan Farhan. Saya gembira bila Tuan akan jadikan saya isteri dia. Tapi malangnya, dia kahwini saya bukan kerana cinta. Sebab dia masih sayangkan Lalissa..." Luahan Qhyla membuatkan hati Datin Mardiyah tersentuh.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now