♔BAB 016♔

36.6K 410 20
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"𝕿ak pergi kerja hari ni?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"𝕿ak pergi kerja hari ni?"

Isyraf segera menoleh. Terkejut dia melihat ibunya yang tiba-tiba menyapanya di dapur.
Isyraf mengemamkan bibir dan kembali menunduk.

"Raf hari ni ambil MC. Sebab tu tak kerja." Balas Isyraf mempelawa Ibunya duduk di meja makan. Gaya dapur rumah ini sangat sederhana dan tidak mewah seperti di rumah Farhan.

"Tak pernah-pernah mak tengok anak mak ni sakit. Ini macam mana boleh sakit ni? Demam ke?" Isyraf tersenyum. Terasa sangat hangat apabila ibunya tersayang menyentuh dahinya.

"Demam sikit je mak. Janganlah risaukan sangat. Nanti bila demam ni dah kebah, Raf akan sambung kerja balik." Isyraf menelan sebiji panadol lalu menuang air ke dalam gelas. Air itu diminumnya perlahan dengan bacaan bismillah.

Ibunya yang bernama Fatimah, tersenyum kecil. Lengan anaknya dipaut dengan kasih sayang.

"Baguslah kalau Raf ada kat rumah ni. Ada juga peneman untuk mak. Semenjak abah meninggal, mak rasa sunyi."

"Mak..." Isyraf terus duduk dan merangkul Fatimah dengan perlahan. Pandangannya melembut.

"Raf kan ada kat sini? Raf akan teman mak sampai mak sihat walaupun Raf sibuk kerja.
Tapi tolonglah jangan cakap pada Raf yang mak sunyi lagi. Mak ada Raf dengan kak Rihanna kan?"

"Kamu berdua memang rajin cari rezeki. Lega sikit hati mak. Bersyukur ada anak macam kamu berdua." Fatimah mengusap wajah Isyraf. Dan lelaki itu malah memeluk semula ibunya dengan erat. Dia tidak mahu melepaskan walau apa terjadi sekalipun.

"Cakap pasal kamu ni ambil MC, Bos kamu tu tahu ke?" Pertanyaan itu membuatkan Isyraf hilang moodnya. Lagi-lagi apabila soal Farhan dibangkitkan di sini.

"Buat masa sekarang, Raf tak nak bercakap dengan dia. Raf dah suruh kak Rihanna maklumkan pada dia." Jawab Isyraf asal-asalan dengan bosan. Fatimah berasa hairan.

"Kenapa pula tak mahu bercakap dengan dia? Gaduh ke Raf?"

"Adalah, mak." Dalih Isyraf terus bangun dan menyimpan sepapan panadol di dalam peti sejuk.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now