༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈 ༒
| SLAVE - HAMBA YANG DIINGINKAN |
❝𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒇𝒆𝒂𝒓 𝒎𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒎𝒆... 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒍𝒂𝒗𝒆.❞
A Royal Story.
Dia hanya seorang penyanyi. Sekadar penghibur yang malang di kelab malam...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
𝕻erlahan Qhyla menerima huluran dari Farhan. Namun, Qhyla tidak berani hendak menatap lelaki itu secara dekat. Dia hanya menunduk takut saat Farhan yang tiba-tiba saja mengambil tempat di sebelahnya. Lantai menjadi renungan sedih Qhyla dengan lama.
"Makanlah. Kau kan suka aiskrim?" arah Farhan.
Qhyla dongak menatap Farhan. Dia terpana apabila melihat Farhan tersenyum dingin ke arahnya.
"Terima kasih, Tuan Farhan..." Ucap Qhyla seraya membalas senyuman lelaki itu.
Qhyla kembali memandang aiskrimnya yang sungguh menyelerakan dan comel. Ada dua perisa yang berlainan di sini. Satu perisa strawberi dan satu lagi perisa vanilla. Qhyla sangat kenal dengan dua perisa ini. Perisa ini ialah perisa kegemaran Farhan dan juga adalah perisa kegemarannya.
Qhyla menyuap satu suapan ke dalam mulut. Terus melebar senyuman cerianya depan Farhan.
"Tuan Farhan, aiskrim ni sangat sedap! Saya sukakannya."
"Walaupun aku orderkan aiskrim perisa kegemaran aku? Kau suka strawberi dan vanila jugak ke?" Farhan jadi kesal. Melihat Qhyla menggeleng, Farhan semakin mengerutkan dahinya.
Qhyla dengan senyuman manisnya, perlahan-lahan merapatkan dirinya dengan lelaki itu.
"Apa saja yang Tuan suka, saya juga akan suka. Sebab saya ni slave tuan. Hehehe..." sengih Qhyla tanpa dosa.
Farhan hanya diam mendengarnya. Qhyla sukakan apa yang dia suka?
"Kau tipu kan?" Tanya Farhan sinis. Dan pertanyaan itu membuatkan Qhyla tidak jadi hendak sambung menikmati aiskrimnya. Qhyla sedih kerana dipanggil penipu.
"Kau jangan nak tipu akulah. Kau ingat aku ni bodoh? First, kau tipu yang kau ni sukakan aku dan cintakan aku. Then, kau goda aku dan permainkan aku sampai aku percayakan kau. And lastly, bila aku dah bebaskan kau dari kontrak slave, kau akan tinggalkan aku. SAMA MACAM LALISSA!" tuduh Farhan secara melulu.
Membuntang mata Qhyla mendengar dan menerima tengkingan dari Farhan. Sesak dada Qhyla dengan sangkaan buruk daripada lelaki itu terhadapnya.
"Tu... Tuan..." air mata Qhyla sudah tidak dapat ditahan lagi.
"Sekarang, kau mula nak tunjuk muka kesian kat aku. Minta simpati kan? Kau sama je macam Lalissa! Aku benci kau!" bisik Farhan geram.