♔BAB 027♔

24K 354 42
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕸eja khas di kantin memang disediakan hanya untuk pelawat VIP yang datang. Di situ, Farhan dan Isyraf duduk dengan perwatakan dan juga reaksi mereka yang berbeza. Pandangan juga berbeza. Dan di hadapan mereka pula, sudah terduduknya Qhyla dengan kepala yang menunduk saja. Seperti telah melakukan kesalahan yang besar.

Ya, memang kesalahan besar. Melarikan diri dari rumah atau keluar rumah tanpa pengetahuan tuannya.

"Siapa benarkan kau ke sekolah? Ada aku bagi kau pergi sekolah ke?"

Qhyla menggeleng laju.

"So, asal kau blah macam tu je? Kau tahu tak yang kau dah langgar peraturan kontrak slave? Nak aku denda kau suruh bayar eh?" Tanya Farhan sinis. Jarinya naik dan terus menunjal dahi luas Qhyla berkali-kali.

Qhyla semakin dalam menunduk.

"Saya minta maaf, Tuan Farhan. Saya memang nak ke sekolah. Pada mulanya, saya nak minta izin untuk awak hantarkan. Tapi bila nampak awak dengan Lalissa, saya tak jadi sebab saya tak nak ganggu awak berdua. Maaf sekali lagi." Luah Qhyla pada Farhan membuatkan lelaki itu tergamam terus.

Isyraf mengetap bibir. Sampai begitu sekali Farhan mengabaikan Qhyla.

Kalau begitu, lebih baik Isyraf kembali memakai gelaran nama Tengkunya dan membeli Qhyla daripada Farhan. Senang cerita! The end!

"Oh, disebabkan Lalissa dengan aku masa tu, kau nak jadikan alasan lah?"

"Saya cuma tak faham." Celah Qhyla cepat.
Dia merenung meja yang kosong tiada apa-apa. Apa yang ada, cuma air susu panas yang mungkin sudah menjadi suam.

Farhan terdiam dengan dahi berkerut. Bila merenung Qhyla yang dilanda kebingungan, dia tidak sampai hati pula hendak menyalahkan gadis itu. Apa terjadi dengan dirinya? Mengapa diri Farhan tiba-tiba jadi lemah apabila melihat renungan kecewa dari Qhyla?

Sudah tentu Qhyla kecewa. Kerana Farhan sudah meniduri Lalissa. Dan Farhan pasti yang Qhyla telah melihat semuanya dengan jelas depan mata. Farhan tidak malu cuma namanya saja telah terconteng arang kerana telah diketahui oleh gadis itu.

"Saya ingat, awak cintakan Cik Lalissa. Tapi kenapa awak mempermainkan perasaan dia? Awak dah tidur dengan dia dan awak nak biarkan saja?"

"Apa maksud kau?" Farhan bertanya kembali dengan suara yang masih terkawal. Dia tidak mahu menengking gadis ini. Jika dia berbuat demikian, gadis ini mesti akan menangis lagi.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now