❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
"𝕾aya ingin mengumumkan bahawa saya dan slave saya, Qhyla Qaisara bakal berkahwin..."
Lalissa mengetap bibir. Dia geram. Amarahnya meluap-luap sekarang. Sepatutnya dia yang berdiri dia atas sana. Bukan Qyhla!
"Dan saya selaku slave Tuan Farhan yang comel dan cantik, tak sabar nak jadi seorang isteri. Yeay!"
Rangkulan di lengan Farhan semakin dipereratkan dengan kemas. Qhyla tersenyum gedik apabila wartawan-wartawan di bawah sana mengambil beberapa gambar ketika Farhan sedang berucap di atas pentas dewan jernih kerabat diraja.
Farhan menarik nafas sebanyak mungkin.
Dia harus bertenang walaupun dirinya sedang gementar sekarang."Kali kedua! Saya bertekad untuk mengambil slave sendiri sebagai peneman hidup saya. Atas keizinan ayah saya, Tengku Hamsyar Daud dan juga ibu saya, Datin Mardiyah. Untuk itu, dengan keikhlasan dalam menerima seorang slave sendiri, saya berharap agar maharaja sudi untuk menaikkan pangkat saya sebagai putera atasan berbintang tiga. Sekian saja,"
Tepukan gemuruh mula bergema di dalam dewan jernih. Ada yang tersenyum, ada yang mengangguk saja, ada yang bermalasan hendak mendengar ucapan, dan ada juga yang tidak peduli dengan kata-kata Farhan tadi.
Isyraf mengepalkan tangan. Nampaknya, Farhan sudah memulakan permainannya.
Mengahwini Qhyla untuk merebut peluang menjadi CEO syarikat ayah lelaki itu sendiri. Mata Isyraf tidak lepas memandang Qhyla dari jauh. Ada satu perasaan yang menjalar di hatinya.Rindu yang tidak terubat.
Lamunan Isyraf mati sebaik sahaja Rihanna duduk di sebelahnya. Wajah kakaknya kelihatan muram dan sedih. Seperti kecewa dengan seseorang. Fiqran. Itulah Isyraf rasa.
"Apa yang Raf nak buat sekarang ni?" Isyraf menoleh.
"Buat masa sekarang, Raf tak boleh nak buat apa-apa tentang perkahwinan Farhan dengan Qaisara. Raf belum ada kuasa lagi, kak." Lelaki itu terus merenung lantai. Mula terbayangkan bagaimana rupa baju pengantin yang bakal tersarung di tubuh kecil Qhyla.
Jawapan Isyraf membuatkan Rihanna memalingkan wajahnya.
"Raf akan berdiam diri, tapi tidak pada kakak. Kakak rasa sakit hati." Luah Rihanna lalu menunduk sedih.
Sakit hati. Begitu jugalah dengan apa yang Isyraf rasakan sekarang. Sama seperti Rihanna yang mungkin berasa cemburu dengan teman wanita Fiqran. Dan Isyraf pula sakit hati dengan Lalissa.
"Raf pun sama."
"Apa?"
"Sakit hati. Perasaan yang sama kakak tengah rasa sekarang ni." Isyraf menunduk sambil bersuara perlahan. Pandangan Isyraf menjadi sayu.
Senyuman miris dilemparkan Rihanna kepada Isyraf.
YOU ARE READING
S1: Demi My Slave (In-Editing...)
Romansa༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈 ༒ | SLAVE - HAMBA YANG DIINGINKAN | ❝𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒇𝒆𝒂𝒓 𝒎𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒎𝒆... 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒍𝒂𝒗𝒆.❞ A Royal Story. Dia hanya seorang penyanyi. Sekadar penghibur yang malang di kelab malam...