Bab 1

14.3K 184 16
                                    

"Arghhh arghhhh lepaskan aku arghhh arghhh"

Pekikan dan raungan bergema mendadak dirumah Hashim menjelangnya maghrib. Suasana tenang bertukar haru biru seketika dirumah hashim.

"Kamu kenapa ni zaki? Bawa mengucap nak, bawa mengucap nak" hashim memeluk anak bongsunya.

Namun zaki berterusan meronta-ronta meraung dan berterusan meraung.

"Lepaskan aku!! Arghhh dia milik aku!! lepaskan!!" suara zaki berubah garau.

Dadanya berombak kencang. mukanya dibasahi peluh. Matanya terpejam rapat. Mulutnya mula berbuih-buih. Darah pula mengalir keluar dari hidung zaki

"Abang kenapa dengan anak kita ni bang?" Rahimah, isteri hashim mula menangis ketakutan melihat perilaku ganas anaknya itu

"Mengucap zaki, mengucap!" pekik hashim

"Diam!!!" jerit zaki lalu matanya terbeliak memandang ayahnya

"Keluar kau syaitan dari tubuh anak aku!!keluar kau!!" tengking hashim

"Aku tak nak!! dia milik aku!!" jerit zaki sambil meronta-ronta

"Siapa kau syaitan? Siapa yang menghantar kau? Siapa yang menyuruh kau merasuk anak aku? Keluar kau dari tubuh anak aku!!" jerit hashim sambil memeluk erat anaknya

"Kau diam!!" pekik zaki lalu menendang ayahnya.

Hashim tercampak ke belakang. Tubuh kecil zaki tidak memungkinkan zaki untuk menendang hashim hingga terpelanting ke belakang. Nyata syaitan yang merasuk zaki ini mempunyai kuasa yang luar biasa

"Hahahaha dia milik aku!! hahaha" zaki ketawa sambil mengilai

"Lepaskan anak aku syaitan!! Allahuakhbar!!" pekik hashim

"Aarghh aaa" zaki terdiri kaku sambil kepalanya terdongak ke atas untuk seketika sebelum zaki terkulai lemah dan jatuh terbaring sambil mulutnya mengeluarkan buih.
Darah masih mengalir keluar dari hidung zaki

"Zaki..zaki.." Rahimah menerpa ke arah zaki lalu memeluk anaknya.

Zaki merupakan budak lelaki yang ke empat diserang histeria oleh rasukan makhluk ghaib yang menyerang Kampung Permai sejak akhir-akhir ini. Seperti budak-budak lelaki lain yang berumur dalam lingkungan 13 ke 17 tahun, menjelang manghrib mereka akan dirasuk oleh makhluk ghaib. Dari mana datangnya makhluk tersebut tidak diketahui oleh penduduk kampung.

Pelik, hanya remaja lelaki peringkat sekolah menengah yang sudah akhil baligh sahaja yang menjadi sasaran makhluk tersebut. Bukan wanita dewasa, bukan wanita tua, bukan lelaki dewasa, bukan lelaki tua, bukan anak dara tapi anak teruna.

Penduduk kampung terpaksa membawa mangsa berjumpa bomoh dan dukun serata tempat termasuk dukun dan tok imam di kampung mereka sehingga pulih. Namun setelah itu serangan tersebut akan berlaku kepada remaja lelaki yang lain pula. Berterusan begitu, tiada penghujungnya.

"Kalau masuk anak si hashim tu, dah empat orang budak laki yang dirasuk makhluk itu" kata razak yang merupakan pelangan setia di warung kopi pak seman

"Anak si hashim pun kene? bila?" tanya khalid sambil mencapai nasi lemak di atas meja

"Yela, malam tadi aku dengar, anak dia meraung-raung macam orang kene histeria. Tu pasti keje setan tu la" kata razak lalu mengeluarkan rokok kreteknya

"Isyhh tak boleh jadi ni, dah banyak dah perkara ni berlaku, ape si hashim tu tak bawak anak dia pergi berjumpa dengan pak wardi?" tanya khalid

"Entahlah, aku dah cakap dah kat si hashim tu, suruh bawa anak dia pergi berubat dengan pak wardi. Tapi tak tau le kalau dia pergi ke tidak" kata razak lalu membakar hujung rokok kreteknya

Anak Ikan Innocent (Complete)Where stories live. Discover now