Bab 13

6.5K 122 7
                                    

Suasana semakin riuh, para pelajar sekolah menengah kebangsaan permai mula gelisah, perhimpunan pada pagi ini masih belum bermula. Pengawas-pengawas sekolah sibuk menenangkan murid-murid.

"minta perhatian semua murid, maaf sebab kamu semua tunggu lama, saya ada perkara untuk di sampaikan kepada kamu semua, khasnya bagi murid-murid tingkatan 3 yang bakal menghadapi PT3 tak lama lagi. Seperti mana yang kamu semua sedia maklum, minggu depan bermulanya peperiksaan percubaan PT3. Dan selepas peperiksaan tersebut, pihak sekolah akan mengadakan program khas bagi murid-murid tingkatan 3, iaitu kem kecemelangan PT3. Kem ini akan bermula pada hari jumaat hingga ahad. Dan selepas ini guru-guru kelas kamu akan masuk ke dalam kelas dan mengagihkan borang kebenaran untuk ibu-bapa kamu tandatangan. Kem ini adalah wajib kepada semua murid tingkatan 3." ucap pengetua dengan suara lantang.

*****************

Pagi itu cuaca sungguh baik, tidak begitu hangat tidak begitu dingin. Segalanya begitu sempurna bagi pak wardi. Setelah barangan hidangan disediakan pak wardi melangkah ke tebing sungai dalam keadaan bogel. Suasana begitu tenteram, bunyi riang-riang dan unggas sahut-bersahutan. Sesekali kedengaran bunyi burung merbuk liar. Setelah jampi serapah di baca. Pak wardi melangkah perlahan-lahan ke arah tengah sungai yang agak dalam.sambil menjunjung barangan hidangan yang mengandungi seekor ayam kampung panggang,segumpal nasi kunyit dan dua biji telur rebus ayam kampung, mulut pak wardi tidak henti-henti membaca jampi.

"aku persembah hidangan buat santapanmu, bagi membalas budi dan jasamu kepadaku" kata pak wardi lalu menyelam ke dalam sungai.

Seketika kemudian pak wardi muncul semula.

'aku ingin darah' suara aneh mematikan langkah pak wardi

'aku ingin darah' bentak suara aneh itu lagi

"ini tiada dalam perjanjian!" kata pak wardi lalu memandang tepat ke arah pokok langsat di atas tebing seberang sungai

'aku ingin darah lagi!!'

"sudah ku jamu mu dengan persembahanku ini. santap la ia."

'aku ingin darah!!!'

pak wardi membacakan sesuatu ayat mantera lalu di tiupnya ke arah pokok langsat itu, tidak semena-mena pokok itu bergoyang-goyang dan di ikuti erang tangisan.

'tak guna!' bentak hati pak wardi

***********

Yunus berjalan lambat ke arah zaki yang sedang duduk termenung di sebuah pondok. Zaki kelihatan sedikit muram. Zaki tidak begitu ceria pada pagi tadi. Yunus risau jika zaki di gangu oleh hantu yang merasuk zaki dulu.

"zaki, kau buat apa kat sini?" tanya yunus yang beridir di belakang zaki

"tak de ape" jawab zaki tanpa menoleh

"kau ok ke?" tanya yunus

"ok" jawab zaki sepatah

Yunus kemudian duduk di sebelah zaki.

"aku rasa kau ni tak ok lah. Asyik diam je dari pagi tadi, kau ada masalah ke?" tanya yunus

"aku ok lah. aku cuma malas je nak cakap banyak." kata zaki

"ermm kau dah habis berubat dengan pak wardi?" tanya yunus

"dah kot. kenapa?" kata zaki

"kau nampak macam sakit je." ujar yunus

************

Zackruddin melangkah ke mejanya. Zackruddin terkejut melihat kotak yang berbungkus dengan pembalut hadiah yang cantik di mejanya. Zackruddin membelek-belek hadiah tersebut. Tiada butiran mengenai penghantarnya. Hanya sekeping nota kecil yang tertulis 'istimewa untukmu zack'

Anak Ikan Innocent (Complete)Where stories live. Discover now