"Saya dah hubungi tok imam. Dia dalam perjalanan ke sini" bisik Pengetua ke telinga zackruddin.
"Bagus." jawab zackruddin gugup.
Asri berdiri. Mulut asri tidak lekang dengan puji-pujian ke atas Illahi. Asri tidak gentar terhadap lawannya. Asri nekad untuk bertarung habis-hbisan demi menyelamatkan murid-murid lelaki dari terus dinodai dukun amalan songsang ini!.
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah(dengan sesuatu yang lain) maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka (Surah al-Maidah : 72)" gempita suara asri kedengaran jelas.
Angin mula bertiup sedikit kencang. Asri tetap teguh berdiri berhadapan dengan musuhnya. Asri tidak gentar melihat pak wardi. Rupa pak wardi mulai berubah. Wajahnya berubah menjadi ngeri.
"Arghhhh" pekikan kuat dari dukun pak wardi menakutkan semua yang melihat.
Zackruddin dan beberapa cikgu lain berundur kebelakang sedikit. Namun asri tetap tidak berganjak walau sedikit pun.
"Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w sabdanya; "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia(harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,pada hari kiamat kelak,"" (Abu Daud dan Ibnu Majah)" Asri melaungkan bacaannya sekuat hati.
Kedengaran jelas di sekitar tempat itu. Pak wardi mulai aneh, dia semakin tidak senang duduk. Pak wardi kemudian membaca mantera menyeru semangat. Lantaran itu satu bebola api muncul dari tangan kirinya, lalu pak wardi melempar bola api itu ke arah asri. Asri kaget. Namun asri sudah bersedia.
"Poommm" bola api itu meletup secara tiba-tiba.
Pak wardi terkejut. Badan pak wardi semakin lemah. Pak wardi merasa aneh, mengapa badannya begitu sakit, pedih dan lemah. Pak wardi akhirnya tersungkur begitu juga dengan fitri yang berdiri di sebelah pak wardi. Sama-sama menyembah bumi.
"Allah Hu Akbar" laungan tok imam yang tiba-tiba muncul dari belakang pak wardi.
Pak wardi mengelupur kesakitan. Wajahnya mula berasap dan kehitaman. Pak wardi cuba untuk berdiri. Kakinya mengeletar. Tok imam membacakan beberapa lagi ayat suci Al-Quran. Pak wardi terus mengelupur kesakitan.
"arrghhh" beberapa raungan misteri dari langit kedengaran dan kemudiannya hilang tidak lama kemudian.
"aargghh warghh warghhh" pak wardi meronta-ronta kesakitan.
Asri memasang kekuda. Tasbih ditanganya digengam erat. Mulutnya masih terkumat kamit membacakan sesuatu. Bacaan ayat-ayat Al-Quran tidak lekang dari bibir asri. Asri kemudian meniup ke arah pak wardi, sekali lagi pak wardi mengelupur keperitan. Badan pak wardi mula berasap-asap. Dan tidak lama kemudian pak wardi rebah menyembah bumi. Tubuhnya kejang. Bau busuk mula menusuk hidung. Zackruddin memandang asri. Asri menoleh ke arah zackruddin lalu tersenyum.
*********
Perjalanan pada waktu petang itu lancar. Tiada kesesakan. Trafik bergerak lancar memudahkan perjalanan zackruddin dan asri. Setelah peristiwa pada malam itu. Pak wardi telah berjaya ditewaskan oleh Asri dan tok imam. Semalam jenazah pak wardi dikebumikan. Memang banyak kejadian aneh yang berlaku semasa menguruskan jenazah pak wardi. Segala insiden aneh itu dijadikan pengajaran dan tauladan.
Akhirnya kebenaran terserlah jua. Cara pengubatan pak wardi itu adalah rekaan semata-mata. Pak wardi mengambil kesempatan dengan mencabul dan meliwat mangsanya ketika proses perubatan di jalankan. Anggapan orang ramai mengenai saka yang mengangu ketenteraman penduduk adalah salah. Rupanya pak wardi mengamalkan ilmu pendamping dan ilmu-ilmu khurafat untuk melempiaskan nafsu songsangnya. Kini segalanya terbongkar akhirnya.
Aktiviti persekolahan berjalan seperti biasa, hanya tinggal kurang dari dua minggu lagi peperiksaan PT3 akan berlangsung. Semua pelajar sudah siap sedia. Banyak pengajaran dapat diambil ketika kem kecemerlangan itu berlangsung. Kem itu berakhir dengan jayanya.
"Awak ok ke?" tanya asri memulakan perbualan.
"Saya ok. Kenapa tanya?" soal zackruddin lalu memandang asri.
"Saje tanya, harap kejadian hari itu tidak berulang lagi. Harap awak dapat ambil iktibar dan pengajarannya. Jika Allah nak balas perbuatan umatNya, Dia boleh lakukan pada bila-bila masa dan tidak kira dimana. Jangan ingat Dia hanya akan balas di Akhirat kelak, tapi Dia boleh membalasnya di dunia juga. Awak kawan baik saya zack. Saya nak awak bahagia di dunia dan Akhirat. Saya tak nak awak kembali ke dunia gelap itu lagi. Saya tak nak kawan saya menderita samada di dunia atau di akhirat."
Zackruddin terdiam sayu
"Saya pasti awak boleh. Awak seorang yang gagah. Awak boleh berubah. Awak boleh kekal berubah!" asri memberi keyakinan kepada zackruddin
"Insyallah asri. Awak doa-doakan saya ye" kata zackruddin sambil tersenyum tawar.
'Jikalah aku segagah yang kau katakan asri. Pasti kejadian ini tidak akan berulang lagi' keluh hati zackruddin lalu menoleh ke arah luar tingkap kereta.
Kereta diberhentikan di bahu jalanraya. Zackruddin memandang wajah asri buat kali terakhir. Zackruddin tidak pasti bila dia dapat jumpa lagi sahabat karibnya itu.
"Asri, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada awak. Sudah banyak pertolongan dan sokongan dari awak buat saya. Saya hargainya sangat-sangat" kata zackruddin lalu bersalaman dengan asri.
"Sama-sama zack. Apalah sangat jasa saya ni pada awak. Saya hanya membantu. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari saya." kata asri lalu memeluk cikgu itu.
"Macam mana awak nak balik rumah nanti?" tanya asri
"Jangan risaulah. Kawan serumah saya boleh ambil saya" kata zackruddin lalu membuka pintu kereta.
"Awak kirim salam kat murid awak tu ye. Bantulah dia untuk berubah juga." pesan asri
"Baiklah. Doa-doakan ye, awak pun hati-hatilah bawa kereta. Kalau penat jangan lupa rehat ok." kata zackruddin lalu keluar dari kereta milik asri.
*********
Suasana di dalam wad lelaki itu sedikit sunyi. Maklumlah hospital, tentulah sunyi. Zackruddin melangkah ke katil fitri, pelajar dan ketua tingkatan bagi kelasnya. Zackruddin mengukirkan senyuman lalu meletakkan sebungkus plastik buah-buahan.
"Terima kasih cikgu sebab sudi lawat saya" kata fitri.
"Sama-sama. Awak cepatlah sembuh ye. Nanti dapat jawab ujian di sekolah. Bukan jawab berseorangan disini." kata zackruddin lalu duduk di kerusi pelawat.
"Baiklah cikgu, terima kasih ye. Saya nak minta maaf atas kejadian pada malam itu. Saya tak nak ulanginya lagi. Saya janji. Saya tak akan.."
"Syhhh sudah lah tu. Saya dah lupakan perkara itu. Lagipun cikgu faham keadaan kamu. Kamu kena sihat dan banyakkan rehat. Ahli keluarga awak ada melawat awak?" tanya zackruddin
"Ada cikgu. Mak saya bawakan saya makanan tengahari tadi. Malam nanti mak saya datang temankan saya di hospital ini cikgu" ujar fitri
"Baguslah kalau macam tu, kamu tidaklah keseorangan. Saya cuma harap.." telefon milik zackruddin berdering. Tertera nama my love di skrin telefon bimbit zackruddin.
"Kejap ye, isteri cikgu telefon" kata zackruddin meminta diri lalu berjalan keluar dari wad.
Fitri hanya tersenyum melihat zackruddin berjalan keluar dari bilik wadnya. Tangan kiri fitri mengengam kemas satu tangkal kecil bertali yang berbalut kain kuning dan bertali hitam. Fitri masih ingat lagi, ketika dia jatuh tertiarap disebelah pak wardi ketika dukun tersebut mengelupur kesakitan, pak wardi sempat memberikannya tangkal itu. Tangkal yang digenggam fitri sekarang.
'Lambat laun juga kau akan melutut di depan aku dan mengikut segala kemahuan aku wahai cikgu' bisik hati kecil fitri lalu tersenyum ke arah sesusuk lembaga hitam di bucu penjuru bilik wad itu.
TAMAT
Terima kasih buat readers & followers yang sudi membaca cerita ini.😘😍
Ps: Author dah update chapter 1 cerita baru: CASHIER JAMBU yang akan menggantikan cerita anak ikan innocent & dark side 2. Cari kt profile k👌
YOU ARE READING
Anak Ikan Innocent (Complete)
Teen FictionMengisahkan serangan makhluk misteri ke atas remaja lelaki di sebuah kampung yang diberi nama kampung Permai. Apabila menjelangnya Maghrib, remaja lelaki tertentu akan diserang dan dirasuk oleh makhluk misteri ini. Pelbagai cara dan alternatif telah...