"Arghhh arghhhh lepaskan aku arghhh arghhh"Pekikan dan raungan bergema mendadak di rumah Hashim menjelangnya maghrib. Suasana tenang bertukar haru biru seketika dirumah hashim.
"kamu kenapa ni zaki? bawa mengucap nak bawa mengucap nak" Hashim memeluk anak bongsunya.
Namun zaki berterusan meronta-ronta meraung dan berterusan meraung.
"lepaskan aku!! arghhh dia milik aku!! lepaskan!!" suara zaki berubah garau.
Dadanya berombak kencang. Mukanya dibasahi peluh. Matanya terpejam rapat. Mulutnya mula berbuih-buih. Darah pula mengalir keluar dari hidung zaki
"abang kenapa dengan anak kita ni bang?" Rahimah, isteri hashim mula menangis ketakutan melihat perilaku ganas anaknya itu
"mengucap zaki, mengucap!" pekik hashim
"diam!!!" jerit zaki lalu matanya terbeliak memandang ayahnya
"keluar kau syaitan dari tubuh anak aku!!keluar kau!!" tengking hashim
"aku tak nak!! dia milik aku!!" jerit zaki sambil meronta-ronta.
"siapa kau syaitan? siapa yang menghantar kau? siapa yang menyuruh kau merasuk anak aku? keluar kau dari tubuh anak aku!!" jerit hashim sambil memeluk erat anaknya
"kau diam!!" pekik zaki lalu menendang ayahnya.
Hashim tercampak ke belakang. Tubuh kecil zaki tidak memungkinkan zaki untuk menendang hashim hingga terpelanting ke belakang. Nyata syaitan yang merasuk zaki ini mempunyai kuasa yang luar biasa
"hahahaha dia milik aku!! hahaha" zaki ketawa sambil mengilai
Nah sedikit sedutan karya terbaru saya. Berjudul Anak Ikan Innocent.
Cerita ini berkisar tentang gangguan makhluk halus terhadap remaja lelaki di Kampung Permai. Kenapa hanya remaja lelaki? Kenapa tajuknya anak ikan innocent? Readers & Followers kena baca sampai habis yer😘😍
![](https://img.wattpad.com/cover/170922045-288-k316743.jpg)
YOU ARE READING
Anak Ikan Innocent (Complete)
Teen FictionMengisahkan serangan makhluk misteri ke atas remaja lelaki di sebuah kampung yang diberi nama kampung Permai. Apabila menjelangnya Maghrib, remaja lelaki tertentu akan diserang dan dirasuk oleh makhluk misteri ini. Pelbagai cara dan alternatif telah...