Bab 16

7.2K 135 29
                                        

Kereta Proton Waja berwarna putih berhenti di luar pintu pagar rumah sewa zackruddin. Zackruddin tersenyum melihat kenalan lamanya keluar dari kereta itu.

"Assalamualaikum zack" asri memberi salam

"Waalaikumsalam asri, jemputlah masuk" kata zackruddin lalu bersalaman dengan asri.

Zackruddin membawa sebotol air berkarbonat ke ruang tamu. Asri hanya memandang segenap isi rumah tanpa sebarang reaksi dari wajahnya. Mungkin permandangan sebegini sudah biasa buatnya, permandangan biasa rumah orang-orang bujang.

"Jemput minum" zackruddin menuang air tersebut ke dalam gelas.

"terima kasih." jawab asri

"terima kasih asri, sebab awak sudi bantu saya lagi" kata zackruddin

"tak ade apelah sangat ni zack, saya hanya membantu awak yang berada dalam kesusahan je" kata asri

"awak free ke untuk 3 hari ini?" tanya zackruddin

"free, saya telah batalkan segala rancangan saya" kata asri

"maaf menyusahkan awak, saya jadi serba salah sekarang" kata zackruddin

"tidak mengapa, saya datang untuk membantu. Lagipun sudah lama saya tidak ketemu kawan saya yang kacak ni hehehe" asri tertawa kecil.

Zackruddin tersenyum. Zackruddin memandang wajah asri. Sejenak zackruddin dapat mengimbau kenangan hitam yang terjadi kepadanya dulu.

"tak sangka perkara begini berulang lagi" kata zackruddin

"ini semua ujian dari-Nya" kata asri

"hati saya tak tenteram, saya tak boleh hadapi benda ini seorang, sebab itu saya perlukan bantuan dari awak" kata zackruddin menekup mukanya

"awak kena kuatkan semangat, hadapi dengan tenang. Jangan nak fikirkan hal lama, itu semua sudah jadi sejarah. Awak jangan toleh kebelakang, jangan toleh pada sejarah hitam awak, awak sendiri sudah berjanji dengan saya untuk berubah, dan kini awak sudah berada di tahap yang terbaik. Tak kan awak nak kembali ke takuk lama. Terus dibelengu dengan noda hitam itu lagi?" tegas asri

Zackruddin berpaling dari menatap wajah serius asri. Asri melihat air muka zackruddin yang berubah dari riang ketika melihatnya keluar dari kereta dan kini mula sunggul. Jejaka kacak yang dikenalinya sejak di Universiti lagi, merupakan jejaka yang digilai ramai wanita. Zackruddin tidak pernah serius untuk mempunyai hubungan istimewa dengan wanita.

Asri merupakan teman sebilik zackruddin faham benar dengan sikap sebenar zackruddin. Asri tidak pernah memandang hina pada zackruddin walaupun asri tahu perkara sebenar mengenai diri zackruddin. Sesungguhnya pemuda kacak ini begitu sempurna diluarannya namun hakikatnya zackruddin sebenarnya bukanlah seorang lelaki sejati yang bernalurikan normal. Ye, nafsu zackruddin sebenarnya menjurus kepada kaum sejenisnya. Zackruddin seorang lelaki yang bernaluri songsang. Asri tidak merasa jijik bila kaum sejenisnya itu meminati sendiri terhadap kaumnya sendiri.

Masih segar dalam ingatan asri lagi tetang peristiwa yang mendedahkan sifat sebenar zackruddin. Segala-galanya bermula pada suatu malam ketika di kolej, asri menuju perlahan sambil memegang kemas sebuah baldi yang berisi pakaiannya untuk dicuci. Setibanya asri disebuah tandas, asri meletakkan baldi itu di atas sinki batu panjang. Ketika asri mengeluarkan pakaian-pakaiannya, telinga asri tertangkap dengan bunyi erangan di dalam sebuah bilik tandas yang terletak dihujung sekali. Asri memberanikan diri merapati bilik tandas itu.

'ermm uhh ermm uhh' suara erangan kedengaran semakin jelas.

Asri memberanikan diri untuk menolak pintu tandas itu. Degupan jantung asri makin rancak bila pintu tandas yang ditolaknya itu tidak berkunci.

Anak Ikan Innocent (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang