Bab 2

10.1K 173 20
                                    

Pintu dapur terbuka. Kelihatan zaki berjalan lemah ke meja makan.

"Zaki dah makan? Mak ada masak lauk kegemaran zaki ni, siput sedut masak lemak keladi." kata rahimah

"Kejap lagi la mak. Zaki penat ni" kata zaki lalu mendaki tangga rumah ke ruang tamu

"Zaki, pergi salin baju. nanti kamu datang sini, makan dengan ayah. Faham" tegas hashim

"Ye yah" kata zaki lemah

"Penat sangat dia tu" kata rahimah melihat zaki berjalan

"Jangan nak dimanjakan budak tu. Awak tengok, sebab awak manjakan dialah dia jadi begitu. Kene rasuk dek syaitan" kata hashim

"Eh abang ni sampai ke situ lak. Saya manjakan dia sebab saya sayangkan dia, dah dia je yang kita ada sekarang ni. Sofiah pula sibuk belajar. Yang si zali tu tak payah nak cakaplah, sejak kahwin, nak menjenguk kita pun tidak" kata rahimah

"Itulah awak, dulu awak manjakan juga si zali tu, sebab itulah dia jadi macam tu" kata hashim

**************

Awan mendung berarak perlahan, suasana suram mula menjelma. Cahaya mentari pula kian larut. Burung-burng mula berterbangan pulang ke sarang. Lampu jalan mula terpasang sendiri. Sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang. Rahimah segera ke ampaian mengambil jemuran. Lewat pula rahimah mengangkat jemuran pada hari ini. Lampu di beranda rumah di pasang hashim. Setelah itu hashim duduk di tangga hadapan rumah menantikan anak bongsunya pulang dari bermain bola. Rokok yang di isapnya hanya tinggal puntung, lalu puntung tersebut dicampaknya ke bawah tangga rumah.

"Cepat naik, mandi. Kejap lagi dah nak masuk waktu maghrib ni" jerit hashim bila melihat kelibat zaki berjalan masuk ke halaman rumah

"Baik yah" jawab zaki lalu berlari ke belakang rumah

Kain tuala yang tersidai di belakang pintu di capai zaki. Setelah menanggalkan pakaiannya, zaki hanya berboxer sambil mendapatkan tuala. Tanpa zaki sedar, ada lembaga yang memandang ke arah nya dengan penuh nafsu mengiurkan memandangkan tubuh zaki agak sasa. Budak kampung, normal la selalu buat kerja-kerja berat. Lagipun, saiz senjata lelaki zaki agak besar. Maklumlah, dah akhil baligh. Zaki meluru ke dapur untuk mandi

"Baju-baju yang kotor tu masuk kat dalam baldi" kata rahimah bila melihat zaki menutup pintu bilik air.

"Ye mak" jawab zaki

Setelah selesai solat berjemaah, hashim selaku ketua keluarga dan imam membacakan doa. Zaki dan rahimah hanya tunduk sambil 'mengaminkan' bacaan doa dari hashim. Suasana begitu sunyi dan tenang. hanya suara hashim sahaja yang kedengaran di rumah itu. Setelah selesai membacakan doa, tiba-tiba hidung hashim tertangkap bauan yang aneh. bauan yang begitu menusuk hidungnya.

"Ayah, bau apa ni?" zaki bersuara

"Syhh diam, jangan tegur!" bisik hashim
rahimah mula ketakutan.

'Asap kemenyan' detus hati hashim bila bauan tersebut diamatinya

Tiba-tiba zaki berdiri terpacak. Berdiri kaku sambil kepalanya tertunduk ke lantai.

"Abang!" jerit rahimah

"Awak diam, pergi ke dapur ambilkan saya segayung air!" arah hashim

"Zaki bang, anak kita kene rasuk lagi bang!" kata rahimah

"Saya cakap tu buatlah, pergi cepat!" kata hashim

Rahimah berlari ke dapur sambil menanggalkan telekungnya. Segayung air dari kolah diambilnya.

Zaki mula bertindak ganas dan liar. Zaki terlompat-lompat seperti monyet membuatkan rumah papan milik hashim itu bergegar. Zaki kemudianya menatap wajah hashim. Mata zaki kemerah-merahan, air liurnya meleleh keluar dari mulut. Zaki menerkam ayahnya lalu menumbuk-numbuk muka ayahnya

Anak Ikan Innocent (Complete)Where stories live. Discover now