Cahaya mentari kembali menyinar hangat, awan mendung yang menutupi cahaya mentari tadi beranjak perlahan menjauhi mentari. Bunyi ungas bersilih ganti dengan riang-riang. Pokok bunga seri pagi merunduk layu ke bumi. Cuaca hangat membuatkan bunga seri pagi layu.
Khadijah dan watie berjalan beriringan membawa semangkuk lauk yang ditutupi dengan daun pisang. Masak gulai daging lembu dibawa watie ditutupi dengan surat khabar manakala sambal tumis udang dibawa khadijah ditutupi dengan daun pisang. Mereka berjalan lambat ke rumah rahimah yang dari pagi tadi sunyi.
"Assalamualaikum imah..ooh imah" watie memberi salam
"Waalaikumsalam, jemputlah naik" seketika kemudiaan muncul rahimah membuka pintu rumah.
"ni aku ada masak gulai daging lebih sikit" hulur watie
"aku pula ada masak sambal udang ni" kata khadijah
"buat susah-susah jela kakak dengan watie ni" kata rahimah
"tak de susahlah, aku faham, kau sibuk menjaga anak kau, mana ada masa nak masak" kata khadijah
setelah lauk tersebut di letakkan di bawah tudung saji, rahimah kemudian berjalan membawa sedulang air dan biskut kembali ke ruang tengah rumah, tempat zaki sedang tidur dan watie serta khadijah.
"aku tengok si zaki ni, makin kurus, muka dia pun makin cengkung" kata watie
"betul kata watie ni, kesian aku tengok zaki ni, tak lama lagi budak ni nak Exam PT3, macam mana lah nak belajar kalau asyik dirasuk je" kata khadijah
"entahlah kak, saya pun tak tahu nak buat apa lagi dah" kata rahimah lalu menuangkan gelas dengan air sirap.
"aku rasa, kalau budak ni dibawa jumpa pak wardi tu, dah lama dia sihat" kata watie
"betul kata si watie ni imah, kau bawalah anak kau berjumpa dengan dukun tu. Insyallah budak ni akan sembuh" kata khadijah
"saya dah cakap dengan abang hashim" kata rahimah
"habis tu? apa kata laki kau tu? tetap bertegas nak biarkan begini? tak nak bawa berjumpa dengan dukun tu?" tanya watie tanpa henti.
Rahimah terdiam lalu memandang anaknya yang sedang nyenyak tidur. Rambut zaki dilurut perlahan-lahan dengan tangan rahimah. Mata rahimah mula bergenang air. Watie dan khadijah hanya memandang sayu keadaan zaki dan rahimah.
tiba-tiba zaki terbatuk-batuk, dadanya berombak kencang. Segumpal darah merah kehitaman terpancut keluar dari mulut zaki. Zaki berterusan batuk.air mata zaki mengalir.
"Ya ALLAH imah, kenapa dengan zaki ni??" tanya watie yang mula panik
"tolong aku" rahimah mengesat air matanya
darah mula mengalir keluar dengan banyaknya dari hidung zaki
"tak boleh jadi ni, makin teruk aku tengok budak ni" kata khadijah memaut kaki zaki yang mula meronta menendang-nendang.
"banyak darah yang keluar ni!" jerit watie
"watie kau pergi panggil razak, aku rasa baik kita bawa budak ni ke klinik atau hospital. Dah makin teruk dah ni!" khadijah berkata.
Selendang yang dipakai khadijah mula terlucut dari kepalanya. Jelas kelihatan uban-uban putih dirambutnya. Zaki meronta ganas sambil terbatuk-batuk.
"akak, macam mana ni, anak saya ni kenapa ni kak?" rahimah menangis sambil mengusap dada zaki.
"kau pegang tangan zaki tu! biar kita bawa zaki ni ke hospital!" kata khadijah
"kenapa ni kak? kenapa dengan zaki ni?" tanya razak yang muncul di muka pintu
"razak, kita bawa budak ni ke hospital sekarang, darah dah banyak yang keluar ni!" arah khadijah
ANDA SEDANG MEMBACA
Anak Ikan Innocent (Complete)
Novela JuvenilMengisahkan serangan makhluk misteri ke atas remaja lelaki di sebuah kampung yang diberi nama kampung Permai. Apabila menjelangnya Maghrib, remaja lelaki tertentu akan diserang dan dirasuk oleh makhluk misteri ini. Pelbagai cara dan alternatif telah...
