Pagi itu zaki kelihatan tergesa-gesa memakai kasut sekolahnya. Setelah dibenarkan pak wardi, zaki akhirnya kembali ke sekolah. Hashim menunggu zaki dari dalam kereta.
"mak, zaki pergi sekolah dulu ye" kata zaki sambil bersalaman dengan emaknya
"baiklah, belajar elok-elok. ini mak ada bekalkan nasi goreng dengan ayam goreng. Kamu makan nanti ye" kata rahimah
"terima kasih mak" jawab zaki
Hati rahimah berbunga bahagia melihat anak bongsunya yang kini sudah pulih dari rasukan syaitan yang dahulunya merasuk zaki. Rahimah melambai-lambai ke arah kereta suaminya yang bergerak keluar dari halaman rumahnya.
************
"jadi kamu ni fitri ye, kenapa semalam kamu tidak hadir ke sekolah?" Tanya Zackruddin
"saya tak sihat cikgu" jawab fitri
"tak sihat? Kamu ada MC?" tanya zackruddin lalu berdiri
"takde cikgu saya hanya berehat kat rumah je" kata fitri
Suasana pagi itu sungguh suram, walaupun sudah pukul 8 pagi, tapi cahaya mentari masih tidak muncul-muncul, awan mendung meliputi segenap penjuru langit. Angin mula bertiup sedikit kencang. Zackruddin menyusun buku-buku latihan matematik pelajar-pelajar dari tingkatan 3 Cempaka.
"kamu tolong saya bawa buku-buku ini ke kelas kamu, pulangkan kepada murid-murid. Lepas rehat nanti saya akan masuk ke kelas kamu" kata zackruddin.
"baik, terima kasih cikgu" kata fitri lalu berjalan meninggalkan bilik guru
"cikgu dah sarapan?" Tany zurinawati sambil berjalan ke arah mejanya yang berhadapan dengan Zackruddin
"sudah cikgu. cikgu pula?" tanya zackruddin
"ini, saya ada bawa bekal dari rumah, saya buat mee goreng, cikgu nak rasa ke?" tanya zurinawati
"tak pe la cikgu, saya dah kenyang dah. terima kasih" kata zackruddin
"ala cikgu, rasalah sikit" kata zurinawati lalu membuka penutup bekas mee goreng itu
"eh tak perlu lah cikgu, serius saya dah kenyang, lagipun saya tak suka makan mee goreng ni" kata zackruddin
"yeke? Habis tu cikgu suka makan apa?" tanya zurinawati
"saya lebih suka kuey teow goreng cikgu, maaf ye saya kene masuk kelas ni, dah lewat dah ni" kata zackruddin lalu berjalan keluar dari bilik guru
"hurm! Sombong la dia ni, buat susah-susah je aku masakkan untuk kau. Nasib baik kau handsome. Kalau tak, tak kuasa aku nak layan kau" ngomel zurinawati
"psstt! Lisa, kau tengok si zurin tu, bukan main mengedik tadi, last-last cikgu zack tu tak layan pun dia hehehe" nurul tertawa kecil
"yeke? hehe padan muka dia tu, aku menyampah tengok dia tu, mengedik dan mengatal, pantang jumpa cikgu handsome terus menggedik hehe" Lisa turut tertawa.
*************
Zaki berjalan masuk ke kelasnya,lalu duduk disebelah Yunus. Zaki meletakkan bekas bekalan nasi goreng dari emaknya kedalam meja.
"Zaki kau dah ok ke?" tanya Yunus
"dah ok dah" jawab zaki sambil tersenyum
"kau dah berubat dengan pak wardi ke?" tanya yunus
"sudah" jawab zaki lalu menoleh ke arah pintu kelas
"Bangun Semua..Selamat Pagi cikgu" jerit yunus lalu disambut oleh semua murid
YOU ARE READING
Anak Ikan Innocent (Complete)
Teen FictionMengisahkan serangan makhluk misteri ke atas remaja lelaki di sebuah kampung yang diberi nama kampung Permai. Apabila menjelangnya Maghrib, remaja lelaki tertentu akan diserang dan dirasuk oleh makhluk misteri ini. Pelbagai cara dan alternatif telah...