Zackruddin melangkah perlahan ke meja zaki. Yunus yang sedar kehadiran zackruddin cuba mengejutkan zaki yang sedang lena dari tidur, namun zackruddin melarang. Zaki memerhatikan anak muridnya itu yang sedang lena. Beberapa pelajar tertawa kecil memerhatikan gelagat cikgu zackruddin.
"Lena sayang tidur!" kejut zackruddin lalu menepuk meja zaki
"Hah saya tak nak pak!!" zaki terkejut dari igauannya
"Bapak? Saya ni bukan bapa awak, saya ni cikgu awak!" marah zackruddin
"Eerr ermm" zaki tertunduk takut sambil mengosok-gosok matanya
"Sudah, kamu ikut saya sekarang, yang lain pula habiskan latihan ini, saya nak tengok bila saya masuk nanti. Faham!" zackruddin bernada tinggi
Kerusi batu dikerusi itu ditepuk-tepuk zackruddin bagi menghilangkan debu. Zaki hanya berdiri di sisi cikgunya yang kelihatan tenang. Hati zaki seakan takut melihat zackruddin.
"Dah lama saya perasan kamu ni tidak tumpu perhatian dalam kelas ketika saya mengajar. Malah ketika ujian percubaan pun markah kamu jatuh mendadak, selalunya kamu dapat gred A, tapi sekrang kamu dapat C. Kamu ada masalah ke?" tanya zackruddin ketika menatap wajah muram zaki
"Tak cikgu"
"Kamu tak suka cikgu? Kamu tak suka dengan cara cikgu mengajar?"
"Bukan, saya suka."
"Habis tu, kenapa kamu jadi begini?"
Loceng sekolah berbunyi, tandanya tamat sesi pertama pelajaran. Zackruddin masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibir zaki. Zaki serba salah, takut untuk memberitahu dilema yang ditanggungnya.
"Selagi kamu tidak beritahu perkara yang sebenar saya tak benarkan kamu balik ke kelas." kata zackruddin
"Kamu tidak begini dulu, kamu merupakan salah seorang calon cemerlang PT3 untuk sekolah. Tapi kenapa prestasi kamu jatuh menjunam ni?" tanya zackruddin lagi.
Zaki masih membisu
"Dengar cerita kamu pernah dirasuk betul ke?" pertanyaan zackruddin memeranjatkan zaki.
Imej-imej seram yang dilalui zaki dulu bermain di dalam fikirannya
"Ye cikgu! Saya dirasuk! Tolong saya cikgu! Saya takut!" kata zaki dengan nada tinggi sambil menitiskan butir-butir jernih dari matanya ke bumi.
"Zaki, kenapa ni? Cakap dengan saya?" tanya zackruddin ketika mengusap lembut rambut dan bahu zaki.
"Huk huk huk, saya sakit cikgu, saya tak nak lagi berubat" kata zaki dalam esak tangis yang tidak berirama.
"Tapi bukankah kamu sudah pulih? Sebenarnya zaki, betul ke kamu ni dirasuk?" tanya zackruddin
"Ye cikgu, saya di rasuk, saya takut sangat. Saya belum pulih sepenuhnya. Dukun Pak Wardi cakap saya kene berubat lagi" kata zaki
"Dukun? Kamu berubat dengan bomoh ke?" tanya zackruddin
"Ye cikgu"jawab zaki lalu mengelap air matanya.
"Kenapa tak berubat dengan tok imam je?" tanya zackruddin
"Sudah cikgu, tapi tak boleh, hanya dukun je yang boleh pulihkan saya dari dirasuk lagi" kata zaki
"Jadi, kenapa kamu tak nak berubat dengan dukun?" pertanyaan zackruddin mengundang rasa takut zaki, serentak itu zaki mula menangis ketakutan.
"Zaki, sudah berhenti menangis. Jangan sedih" pujuk zackruddin
"Bukan..ta..tapi.ta..takut cikgu" zaki tergagap-gagap menahan esak tangisnya
"Takut kenapa? Ceritakan kat saya, apa sebenarnya kamu takutkan?" tanya zackruddin
ANDA SEDANG MEMBACA
Anak Ikan Innocent (Complete)
Novela JuvenilMengisahkan serangan makhluk misteri ke atas remaja lelaki di sebuah kampung yang diberi nama kampung Permai. Apabila menjelangnya Maghrib, remaja lelaki tertentu akan diserang dan dirasuk oleh makhluk misteri ini. Pelbagai cara dan alternatif telah...
