Zackruddin terkejut bila di dalam bungkusan itu terdapat nota kecil. Nota itu di baca zackruddin dan mata zackruddin terbeliak dan dahinya berkerut akibat terkejut membaca isi nota tersebut.
'Saya sayang cikgu sangat2. Terima kasih sebab datang mengajar di sekolah saya'
Dada zackruddin berombak kencang. Kenangan zaman remaja nya kembali menghantui nya.
' macam-macam la fitri ni. Aku tak mahu kesalahan lama berulang. Aku dah berkahwin.' Ngomel zackruddin sendirian.
***********
Keputusan peperiksaan percubaan PT3 zaki tidak begitu membanggakan. Walaupun ayah dan ibu zaki tidak menyalahkan zaki. Tapi zaki tetap hampa dengan keputusan yang diperolehinya.
"sudahlah tu nak, mak tak salahkan kamu, lagipun kamu kan dulu kene rasuk, sakit dan tak sempat untuk belajar." kata rahimah ketika menyiram bunga di halaman rumah.
"tapi mak, zaki tetap tak puas hati" kata zaki sambil menatap lagi kertas keputusan tersebut.
"sudah lah zaki, yang ini baru percubaan, nanti yang betul-betul kamu buatlah bersungguh-sungguh. lagipun sekarang ni kamu dah sihat dah." pujuk rahimah
Perbualan mereka terhenti bila yunus yang sedang mengayuh basikal meluru masuk ke halaman rumah hashim. Yunus kelihatan mencungap-cungap.
"Assalamualaikum fuh fuh" yunus memberi salam
"Waalaikumsalam, kenapa kamu ni yunus?macam di kejar hantu je" kata rahimah sambil berjalan merapati yunus yang sedang menongkat basikalnya
"penat saya ni mak cik" kata yunus lalu duduk ditangga rumah
"kenapa ni?" tanya rahimah" saya ada berita nak di cakapkan ni, orang kampung dah mula kecoh dah mak cik, Ikbal pula di rasuk hantu" yunus beria-ia
"ikbal budak tingkatan 3 Delima ke?" tanya zaki
"siapa ikbal tu" rahimah pula bertanya
"ye ki, ikbal anak pak cik brahim"kata yunus
"mana kamu tahu ni?" soal rahimah
"tadi saya ke pekan beli kelapa, ada orang sibuk bercerita pasal ni"
"dah bawak jumpa pak wardi ke?"
"tak tahu la saya mak cik."
Zaki hanya membisu tidak bersuara. Zaki masih trauma dengan kejadian yang pernah berlaku kepadanya dulu.
"saya datang ni juga nak jumpa zaki, nak tanya dia dah siap ke dengan barangan untuk ke kem nanti "ujar yunus
"Dah siap dah sikit." jawab zaki
"kem kamu ni bila?" rahimah bertanya
"hari jumaat ni mak cik," jawab yunus
"sampai hari apa?"
"sampai ahad"
"Ahad? Tapi zaki ni kene berubat dengan pak wardi malam ahad nanti." kata rahimah.
************
Setelah membalas whatsapp dari khairunisah, zackruddin memandu keretanya ke sekolah. Cuaca pada sebelah pagi ini kelihatan begitu indah. Zackruddin memandu perlahan kereta. Di kesempatan ini dia menatap permandangan indah pada waktu pagi ini. Sebelum ini zackruddin tidak sempat menikmati ini semua kerana terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai seorang guru.
Umur zackruddin kini mencecah angka 26. angka lima bertukar enam dengan rasminya pada tengah malam tadi. Hanya ucapan yang diberikan isteri tercinta di dinding laman sosial facebook. Khairunisah juga sempat berbual denganya menerusi whatsapp video call. Walaupun tidak sempurna mana sambutan hari lahir zackruddin, namun apa yang dilakukan oleh isteri tercintanya sudah cukup membuatkannya merasa bahagia
ANDA SEDANG MEMBACA
Anak Ikan Innocent (Complete)
Novela JuvenilMengisahkan serangan makhluk misteri ke atas remaja lelaki di sebuah kampung yang diberi nama kampung Permai. Apabila menjelangnya Maghrib, remaja lelaki tertentu akan diserang dan dirasuk oleh makhluk misteri ini. Pelbagai cara dan alternatif telah...
