Setelah keluar dari kereta, pintu pagar rumah dikunci Zackruddin. Kereta Honda Jazz miliknya berbunyi ketika zackruddin menekan kekunci di alat kawalan jauh. Loceng pintu rumah di tekannya sambil kakinya menanggalkan kasut kulit hitam yang dipakainya. Beg sandang bewarna hitam itu dipegangnya kemas-kemas.
"Abang dah balik?" tanya Khairunisah, isteri zackruddin.
"sudah sayang, tak akan lah abang baru nak keluar?" zackruddin berseloroh
"hehe abang ni, abang pergi mandi dulu, lepas tu nanti kita boleh makan sama-sama" kata khairunisah yang mengambil beg sandang dari tangan suaminya.
"baiklah, lagipun abang ada hal nak dibicarakan dengan sayang" kata zackruddin lalu berjalan ke tangga untuk ke tingkat atas.
"yeke? ermm sayang pun ada hal nak beritahu abang juga" kata khairunisah ketika melihat suaminya berjalan ke tangga.
Setelah pintu bilik air ditutup zackruddin. Dia menanggalkan tuala yang melilit pingangnya. Pancuran air dari pemanas air membasahi lantai bilik air. Tuala tersebut di sangkutnya di penyangkut di belakang pintu bilik air.
sambil badan zackruddin dibasahi air, fikirannya jauh melayang memikirkan berita yang diterimanya tadi. Berat benar dirasakannya untuk menerima berita tersebut.Khairunisah menceduk nasi ke dalam pingan suaminya. Mata suaminya tidak lari dari memandang wajahnya.
"dah makanlah, asyik pandang kita je" gomel khairunisah yang mukanya mula kemerah-merahan malu akibat ditatap suaminya.
"hampir tujuh jam abang tak dapat tatap wajah sayang, jadi sekarang biarlah abang tatap sepuasnya, bagi hilang sedikit rasa rindu ni" kata zackruddin
"issyhh abang ni, jiwang sangat, tak berubah langsung walaupun dah kawin" kata khairunisah
Perkahwinan zackhruddin dengan wanita pilihannya sudah menjangkau 2 tahun. Zackruddin berkenalan dengan khairunisah sejak belajar di Universiti, perkenalan mereka membibitkan bunga-bunga cinta. Setelah tamat pengajian mereka, akhirnya setelah zackruddin sudah bekerja sebagai cikgu dan khairunisah pula bekerja sebagai akauntan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin.
Walaupun perkahwinan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata, mereka tetap bahagia seperti waktu mula-mula berkenalan. Cinta mereka tetap mekar. Walaupun ada bisik-bisik mengatakan mereka ini bermasalah untuk mendapatkan cahaya mata namun mereka tetap bersama, menghadapi dengan tenang, tidak mudah melenting. Walaupun keluarga kedua-dua belah mereka sering menyalahkan mereka sebab masih tidak dapat anak,mereka tetap bersabar.mereka sering berangapan belum ada rezeki dari Illahi untuk mereka mendapat anak.
"perkara apa yang abang nak bincangkan?adakah sebab ibu abang mendesak suapaya kita mengambil anak angkat ke?" soal khairunisah
"bukan begitu sayang. Tapi perkara lain" kata zackruddin sambil melihat isterinya menceduk lauk ikan tenggiri ke dalam pingannya
"habis tu?" tanya khairunisah
"abang harap sayang..eh kejap, sayang cakap tadi sayang ada hal nak beritahu abang bukan?cakaplah dulu" pinta zackruddin
"ala abang ni, abang lah cakaplah dulu" suruh khairunisah
"ermm baiklah.abang harap sayang ok, sebenarnya pagi tadi abang ada terima surat daripada kementerian.."
"abang naik pangkat ke?" potong khairunisah
"isyhh bagilah abang habis cakap dulu"
"ok"
"abang sebenarnya di arahkan untuk mengajar di tempat lain" kata zackruddin sunggul
"kat mana bang?"
![](https://img.wattpad.com/cover/170922045-288-k316743.jpg)
YOU ARE READING
Anak Ikan Innocent (Complete)
Teen FictionMengisahkan serangan makhluk misteri ke atas remaja lelaki di sebuah kampung yang diberi nama kampung Permai. Apabila menjelangnya Maghrib, remaja lelaki tertentu akan diserang dan dirasuk oleh makhluk misteri ini. Pelbagai cara dan alternatif telah...