Bab 7

8K 142 18
                                    

Setelah suis lampu bilik dipetik pak wardi, pintu bilik zaki akhirnya terbuka. Pak wardi keluar lalu menyuruh rahimah mengambil secawan air masak. Setelah itu, pak wardi menutup kembali pintu bilik dan menyuruh zaki minum air yang sudah dijampinya. Kemudian, pak wardi menyuruh zaki membuka mata. Mata zaki terkebil-kebil silau dek pancaran cahaya lampu pada syiling rumahnya.

"sudah ambil tuala kamu, kemudian mandi. Jangan sesekali kamu bilang sama ibu dan ayah kamu tentang cara aku mengubatimu, kerna setan itu terus mendengar dan akan kembali mengganggumu jika kamu bocori cara perubatanku ini. Setan itu pandai, bila dia tau caraku nanti dia akan belajar untuk menandingiku. Dan jika itu berlaku, kamu juga akan jadi mangsanya kembali. Kamu mahu?" tanya pak wardi

"tak nak pak, saya takut" kata zaki ketakutan sambil menelan air liurnnya yang masih dirasakan masam dan masin serta sedikit hanyir.

Rahimah membawa dulang berisi cawan, seteko air kopi dan kuih bahulu ke ruang tamu tempat pak wardi dan hashim sedang berbual-bual.

"lama juga ye pak wardi di dalam tadi. Hampir sejam lebih" kata hashim sambil memandang rahimah menuangkan air kopi ke dalam cawan

"agak sukar tadi. Kerna anak kamu ini sudah terlalu lama dibiarin begitu. Setan itu sudah begitu selesa dengan tubuh anakmu, puas juga aku mengusirnya. Walaupun berjaya, tapi aku dapat rasa setan ini bakalin kembali dan menjamah darah anak kamu lagi" kata pak wardi

"patutlah zaki jadi kurus, sebab hantu ni isap darah zaki rupanya" sampuk rahimah

"iya benar tu. Setan ini amat gemar akan darahnya anak teruna seperti zaki itu." kata pak wardi lalu menghirup air kopi panas

"tolonglah pak wardi, tolong saya halau syaitan itu dari terus mengangu anak saya" pinta hashim

"boleh, tapi selepas ini, anak kamu harus dibawa ketempat aku untuk berubat lagi. Kerna pendinding dirumah kamu ini sudah rapuh, mudah bagi setan untuk masuk mengangunya lagi" kata pak wardi

"baik, boleh saja pak wardi. Ini ada kuihnya, jemput makan ya" jemput rahimah kemudian bersila disebelah suaminya

Zaki yang selesai mandi berjalan ke dalam biliknya. Zaki sempat tersenyum ke arah pak wardi dan ibubapanya. Pak wardi membalas senyumannya.

Setelah pak wardi pulang, ibu bapa zaki mengajukan pelbagai soalan kepadanya, bertanyakan apa yang pak wardi lakukan untuk menghalau mahkluk halus yang menghantui zaki. Namun zaki menegaskan bahawa pak wardi tidak membenarkannya untuk bercerita lanjut khuatir jika cara rawatanya di ketahui makhluk tersebut.

***************

Tepat pada pukul 7.30 pagi, perhimpunan sekolah pun selesai, murid-murid di sekolah menengah kebangsaan permai itu berjalan masuk ke kelas masing-masing mengikut aturan.

Pagi-pagi lagi kelas tingkatan 3 Bestari sudah riuh dengan keadaan murid-muridnya yang tidak terkawal, ada yang berlari-lari, ada yang berborak, ada yang menyanyi dan bergendang mengunakan meja, ada juga yang sibuk menyiapkan kerja rumah dengan meniru dari rakan yang lain.

"zaki tak datang sekolah ke hari ni?" tanya Shadi kepada yunus

"tak lah, dia kan sakit. Baru je keluar hospital" kata yunus sambil mengikat tali lehernya

"dah baik ke belum dia tu?" tanya shadi lagi

"belum lah, dia kene berubat dengan pak wardi dulu baru baik" kata yunus

"kesian aku tengok zaki tu, aku takutlah kalau-kalau lepas ni aku lak yang kene" shadi gelisah

"kau suruhlah bapa kau jumpa pak wardi suruh baca jampi kat rumah kau tu" kata yunus.

Anak Ikan Innocent (Complete)Where stories live. Discover now