aku melangkah ke sekolah dengan 2 perasaan , sakit hati dan bengang . bukan seratus ribu perasaan macam orang lain .
masuk masuk je melangkah kat pagar sekolah , aku dah terpijak kertas yang ada kat jalan ni .
aku ambil dan baca sambil berjalan , dan serta merta aku berhenti mendadak bila dah baca isi kandungan tu .
kamu perlukan kekasih untuk ada disetiap waktu susah dan senang ?
perlukan seseorang yang bergelar girlfriend ?
JANGAN RISAU !
KAMI MEMBUKA TAWARAN MENJADI BOYFRIEND SEGERA KEPADA ,
JUNG NAERI YANG KESEPIAN DAN INGIN MENCARI PASANGAN HIDUP SEKARANG NI .
jika berminat , sila dail nombor dibawah .
45- ********* sekian , terima kasih !
aku terus remuk remuk kertas tu bila dah selesai baca kesemuanya yang tertaip tertulis terlekat kat situ .
BETUL BETUL DIORANG BEREMPAT NAK MAKAN TUMBUKAN TAK BERAPA AKU NI LAAA .
DAHLAH KEMARIN LEPAS KATA ' APA ' AKU MATIKAN PHONE , AKU INGAT PRANK CALL .
RUPANYA KAWAN SENDIRI MENGHANAT .
kelas aku 4 - 7 aku masuk dan terus terpandangkan jisung dan minho yang sibuk main kejar kejar kat kelas ni .
haa baguslah , sekor bawa penyapu sekor bawa lari meja . sama bengong dua dua .
dan bila mereka dah nampak aku bercekak pinggang kat depan kelas sambil keluarkan aura kentut nak belasah orang , mereka berdua terus lari keluar buatkan aku mengejar mereka .
" WOI NOKHARAM TUNGGU AKU ! "
kat koridor ni aku menjerit panggil diorang , dari kelas 4 - 7 ni diorang lari ke bahagian kelas hadapan bebudak pandai.
dan aku nampak diorang masuk kelas 4 - 2 , haa tak lain tak bukan nak mintak tolong ngan member dia la ni .
dan bila aku dah ada kat kelas 4 - 2 , mata aku mencerlung tajam pandang mereka yang ada kat belakang bangchan dengan seungmin sekarang ni .
tali leher aku longgarkan lalu bercekak pinggang .
" korang jangan sampai aku ke sana ! "
dan bila aku melalak kat belakang ni diorang terus melangkah mendekati aku .
diorang saling tolak menolak buatkan aku dah ready nak tendang dua dua .
" apa hanat sangat yang korang buat ni ? kerja gila apa lagii lah yang korang kenakan aku ? "
aku kata lalu pandang mereka berdua dan geleng geleng kepala .
" tapi , kitorang nak bantu kau "
" bantu mendanya ? hyunjin pun aku tak kenal siapa . budak sekolah mana. HAAA MACAM MANA AKU NAK TERIMA DIA ?! "
aku rasa macam nak kena sawan sekarang ni .
" aku , aku hyunjin . "
suara seseorang buatkan aku menoleh . waddedishshshshh ——
DIA ?! MAMAT FEMES ANTARA KESELURUHAN BUDAK KELAS 4 NI ?
" kau dah kenal aku sekarang ni . jadi kau terima aku tak ? "
•••
kim seungmin ;
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
; member keras jisung dengan minho
bangchan ;
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.