04

2.3K 309 148
                                        

aku , yaeri dan haera tengah lepak kat paradise cafe sambil menunggu dua ekor tenuk yang tak pernah nak datang awal .

sementara nak tunggu tenuk dua ekor tu , kitorang bertiga sempat bergosip kejap .

" seyeslah weh kakak kau kata macam tu ? "

haera menyoal bila aku dah cerita apa yang berlaku semalam . dengan siapa lagi aku nak meluah kalau bukan dengan diorang kan ?

" haah . dia kata , aku kena jauhi hyunjin kalau aku taknak terluka but whyyy ? takpernah pun hyunjin tikam aku guna pen ke , tendang aku guna penyapu , tak pernahhh "

haera dan yaeri sama sama mengangguk .

" hmmm kakak kau jealous tu . hyunjin tu budak hot kat sekolah kita . siapa je taknak ? kalau aku ni single , memang aku dah try dia wehh "

yaeri kata lalu minum minuman aku , eh hanat betul member seekor ni .

" seungmin dengan hyunjin tu bruhh , dahlah pandai . hot pulakk . yang aku pelik dua dua tu dah jadi boyfriend kau kan ? ".

aku mengangguk mengiyakan .

" first kau couple ngan seungmin nak dekat 2 tahun kot . tapi berkecai macam tu je sebab dia pergi pilih kakak kau . and then , tengah kau broken . datang hyunjin merawat luka auchhhh "

aku mengeluh perlahan .

" memanglah seungmin pilih kakak aku . cantik kot . pandai make up , pandai bergaya . aku n- "

aku terdiam bila nampak seseorang melangkah masuk . wajah dingin tak pernah nak berubah .

dia terus pandang aku buatkan aku terus larikan pandangan . haera dan yaeri turut memandang , dan seperti yang aku agak mereka terus acah tak nampak dan terus bersembang .

" macam mana felix boleh ada kat sini duh ? "

yaeri menyoal perlahan buatkan kitorang pandang dia .

" macam mana kenapa ? dah ni cafe ? ingat cafe ni untuk kau je ? "

aku kata kalu berpeluk tubuh. apalah yaeri ni , ingat cafe ni untuk kitorang je ?

" hai koranggg !! "

kitorang bertiga terus pandang suara yang dah bising , dan aku terus tutup muka guna tangan .

memalukan la .

" boyfriend korang memang tak boleh nak normal sikit ke ? "

aku kata lalu pandang jisung yang tengah angkat minho .

ADUHHH LAAA .

" kenapalah kita ni kawan ? haihh "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" kenapalah kita ni kawan ? haihh "

aku mengeluh buatkan mereka yang dah sampai terus menoleh .

" sebab kau sama bodoh je dengan kitorang HAHAHAHA "

dan aku terus libas mereka berdua guna buku menu yang ada je tersedia kat meja ni .

HA MULUT MULUT MENGGURISKAN HATI BETULLAH .

" wuhhh naeri , gila ah pagi tadi kau langgar felix an ? BAPAKK AHH HAHHAHAHA NASIB BAIK DIA TAK B- "

aku terus tekup mulut minho yang dah cakap besar besar . mata aku bulatkan dan pandang felix yang tak jauh dari kitorang .

" kalau dia dengar , memang mampus aku minho . "

aku terus lepaskan tangan aku dan berpeluk tubuh . felix yang duduk bersendirian kitorang kerling beramai ramai.

" wehh jangan nampak dia , nanti dia cekik kitaaa "

yaeri berkata perlahan buatkan kitorang mengangguk serentak dan mula bercerita sesuatu yang lebih menarik .

felix kitorang buat tak tahu .

" wehh wehh , tu bukan hyunjin ke ? "

jisung yang dari tadi asyik pandang luar terus tolak tolak kepala aku buatkan aku nak mencarut .

tapi , bila dengar dia sebut nama hyunjin aku terus menoleh .

haah lah , hyunjin .

tapi kenapa dia macam tengah berbalah dengan seseorang ni ?

" fuhh ketat gila muka hyunjin wehh . dia bertekak dengan siapa tu ? "

kitorang sama sama memerhati kerana perempuan tu membelakangi kitorang .

sehinggalah perempuan tu menoleh dengan muka bengang ,kitorang semua dah terdiam .

jisung , minho , yaeri dan haera dah pandang aku .

aku pulak buat tak tahu . tapi hati aku tertanya tanya jugak .

hyunjin dan naera , kenapa mereka bertekak ?
.

•••

felix ;

budak nakal dalam kelas yang paling ditakuti

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

budak nakal dalam kelas yang paling ditakuti .

BADBOY .

[ OH ] boyfriend | hyunjinCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang