Bab 10

187 6 0
                                    

"Satu kolej dah heboh si Romeo dah jumpa Julietnya. Kau mesti tak percaya kalau aku beritahu siapa Julietnya," beritahu Rina agak teruja. Aliya hanya tersenyum sinis. Dia hanya memandang sekilas ke arah sahabatnya itu.

"Afiyah. Ainun Afiyah," beritahu Rina dengan riak gembira.

"So?" soal Aliya tanpa memandang wajah gadis itu. Berkerut kening Rina dibuatnya.

"Kau tak terkejut ke?" soalnya hairan.

"Kenapa nak terkejut. Memang itu yang aku nak," balas Aliya dengan senyuman penuh makna.

"Aku tak faham," balas Rina kebingungan. Setahunya gadis di depannya itu antara peminat fanatik Eijaz Elman sejak lelaki itu datang ke kolej mereka.

Tapi sekarang?

"Aku rasa dah lama aku tak jumpa Suha. Sejak minah itu ada, Suha pun semakin jauh dari kita. Kau beritahu Suha yang petang ini aku nak jumpa kat Cafe. Aku belanja. Kita minum petang sama-sama," balas Aliya sengaja mengubah topik.

"Kau nak ke mana pula itu?" soal Rina apabila melihat Aliya berdiri hendak berlalu.

"Tandas," jawab Aliya tanpa memandang. Terkebil-kebil Rina memandang langkah gadis itu.

Aku salah dengar atau telinga aku yang dah tak betul ini?

*****

Afiyah tidak jadi bangun dari kerusinya apabila melihat Dahin yang sudah berdiri tegak di tepi mejanya sambil memandangnya tanpa senyuman. Berkerut kening Afiyah.

Nak cari pasal lagi?

"Nak apa?" soalnya malas.

"Suha pergi mana?" tanya Dahin tanpa menjawab. Afiyah menarik nafas perlahan.

"Cafe," jawabnya dengan suara mendatar.

"Awak?" soal Dahin lagi.

"Tak payah nak sibuk sangat lah," balas Afiyah sambil mencapai beg sandangnya.

"Saya bukannya nak menyibuk Fiyah," jawab Dahin tenang.

"Dah itu?" soal Afiyah yang mula geram dengan telatah lelaki itu.

"Awak tak kenal dengan Eijaz Elman. Dia..."

"Stop it! Kau dah kenapa? Suka hati aku lah nak kawan dengan mamat itu atau tak. Kau memang tak faham bahasa kan? Kau itu siapa nak bagi nasihat kat aku? Kau itu lebih kurang sama aje lah dengan mamat itu! Tak payah nak burukkan orang lain. Atau dalam erti kata lain, tak payah nak tunjuk baik sangat!" pintas Afiyah dengan nada keras sebelum bangun dan terus beredar. Dahin mengeluh perlahan. Dia hanya memerhatikan langkah laju gadis itu tanpa berhasrat untuk menahan.

Degil betul lah minah ini.

*****

Afiyah memandang sahaja Eijaz yang berlari anak menghampirinya.

"Sorry dear, I'm late. Kelas Eij baru aje selesai," beritahu Eijaz sambil mengambil tempat di sebelah gadis itu. Afiyah masih membisu. Dia menarik nafas dalam berusaha untuk menenangkan diri. Eijaz tersenyum kecil melihat telatah gadis itu. Dia membuka jaket yang dipakainya lalu meletakkannya ke atas paha gadis itu yang agak terdedah kerana memakai dress pendek. Afiyah menoleh memandang lelaki itu.

"Seksi sangat," kata Eijaz dengan senyuman nakal. Afiyah tersenyum sinis.

"Bukan orang lelaki suka ke bila tengok perempuan seksi," katanya dengan kening terangkat. Sengaja ingin menduga lelaki itu. Senyuman Eijaz perlahan menghilang mendengar kata-kata gadis itu.

Pilihan TerakhirWhere stories live. Discover now