Berkerut kening Afiyah apabila melihat Dahin yang sedang duduk sarapan bersama dengan papanya dan Aliya.
"Morning," sapa Dahin dengan senyuman nakalnya memandang Afiyah yang sedang menarik kerusi di hadapannya. Afiyah hanya tersenyum nipis.
"Dahin ajak keluar hujung minggu ini. Pergi pantai Desaru," beritahu Datuk Hashim sambil menuangkan tea panas ke dalam cawan Afiyah.
"Kita ajak Suha dan Rina sekali," cadang Aliya yang duduk bersebelahan dengan Dahin. Afiyah membisu sejenak memikirkan ajakan tersebut.
"Ahad Fiyah cuti kan?" tanya Dahin apabila melihat gadis itu langsung tidak mahu membalas pandangannya.
Apa yang berlaku? Aku ada buat silap ke?
"Takkan lah ahad nak kerja pula," celah Aliya dengan kening berkerut. Datuk Hashim hanya memandang Afiyah yang sedang mengunyah kuih karipap tanpa berkata apa-apa. Setahunya gadis itu tidak akan bekerja pada hari ahad. Afiyah mengeluh perlahan.
"Kalau tak sibuk saya okay aje," katanya sambil membalas pandangan Dahin tanpa senyuman. Dahin mengangguk tersenyum.
"Kita ajak lah aunty Wiyah sekali. Esok aunty Wiyah nak datang sini," beritahu Aliya dengan riak wajah yang teruja. Afiyah agak berdebar mendengar kata-kata Aliya itu. Sejak kembali ke Malaysia dan tahu mengenai cerita sebenar, dia masih belum lagi berkesempatan bertemu dengan wanita itu. Datuk Hashim berdehem perlahan.
"Kita juga boleh ajak aunty Erma sekeluarga. Dahin tak kisah kan?" tanyanya sambil tepat memandang Dahin yang leka memandang Afiyah. Dia sedar dengan telatah anak muda itu. Malah dia sudah lama tahu yang Dahin menyimpan rasa pada Afiyah. Tidak ada halangan bagi pihaknya kerana dia memang senang dengan kehadiran lelaki itu. Dahin menarik nafas dalam. Melihat Afiyah yang membisu membuatnya tidak senang hati.
"Saya okay kalau Fiyah okay," balasnya sambil memandang tepat wajah gadis itu. Afiyah mengangkat wajahnya membalas pandangan lelaki itu.
Kenapa semua orang macam nak kenakan aku aje?
Bisik hati kecil Afiyah. Dia yang masih tidak mampu melupakan atau memang orang di sekelilingnya sengaja mahu mengujinya?
"Kalau Fiyah...,"
"Saya okay," pintas Afiyah akhirnya. Dia mencapai tisu sebelum bangun dan terus beredar. Dahin mengeluh dalam diam. Aliya menyentuh bahu lelaki itu.
"Tak apa Dahin. Fiyah okay itu," katanya dengan senyuman. Dia cuba menyakinkan Dahin walaupun dalam masa yang sama dia sebenarnya masih ragu-ragu. Bukan sebab Afiyah tetapi dirinya sendiri.
Liya, kau itu yang kena kuat!
"Dahin jangan kecil hati dengan Fiyah ek," celah Datuk Hashim dengan senyuman.
"Tak uncle. Dahin tak ada pun perasaan itu melainkan perasaan sayang," balas Dahin dengan berani.
"Gatal!" usik Aliya. Datuk Hashim tergelak kecil.
"Uncle tunggu Dahin aje ini," balasnya dengan senang hati. Dahin tersenyum nipis.
"Dahin tahu uncle okay. Cuma yang seorang itu Dahin tak yakin. Entah lah uncle. Ada masa itu Dahin rasa Fiyah dah boleh terima Dahin. Tapi ada masa itu juga Fiyah secara terang menolak Dahin. Rasa dah macam main tarik tali dengan Fiyah," luahnya dengan senyuman hambar.
"Fiyah pernah kecewa Dahin. Beri dia masa," balas Datuk Hashim. Aliya hanya mengangguk mengiyakan kata-kata papanya.
"Dahin faham uncle. Sebab itu Dahin masih setia menunggu Fiyah sampai saat ini," balas Dahin dengan senyuman.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomanceAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...