"Ma, saya dah jumpa Liya. Anak kepada orang yang dah sakitkan hati mama selama ini. Mama jangan risau. Fiyah tak pernah beritahu papa ataupun Liya apa yang dah dilakukan oleh perempuan itu. Mulanya..., Fiyah ingat Fiyah tak mampu terima Liya. Tapi...," Afiyah berhenti sejenak. Sebak hatinya memandang potret besar ibunya yang tergantung pada dinding biliknya.
"Liya anak yang baik. Jika dibandingkan dengan Fiyah, dia lebih layak menjadi anak Datuk Hashim. Masa Fiyah banyak digunakan untuk membenci dan menghina papa. Fiyah bukan anak yang baik ma," sambungnya sambil menggigit bibir.
"Fiyah," panggil Brenda sambil menyentuh lembut bahu gadis itu. Dia yang memerhatikan gadis itu sedari tadi ikut sebak. Afiyah menoleh sambil tersenyum hambar memandang wanita itu.
"Sudah lah itu. Fiyah jangan salahkan diri. Apa yang berlaku jadikan ikhtibar. Semua yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya," nasihat Brenda separuh memujuk. Afiyah mengangguk perlahan.
"Jom sarapan. Lepas ini kita nak lawat mama pula," ajaknya sambil menarik lembut lengan gadis itu. Afiyah hanya menurut tanpa membantah.
Tak sabar nak jumpa mama.
*****
Dahin memandang lama bilik sebelah yang gelap tanpa sebarang cahaya. Sudah dua minggu Afiyah kembali ke Melaka. Dahin mengeluh perlahan. Teringat semula perbualannya dengan Suha sebentar tadi.
***
"Kenapa kau tak datang masa Fiyah jalan hari itu?" soal Suha agak simpati melihat wajah muram lelaki itu.
"Aku ada aje. Tapi tengok dari jauh," balasnya dengan nada perlahan. Suha menggelengkan kepalanya.
"Dahin, kau betul sayangkan Fiyah?" soalnya inginkan kepastian. Dahin membalas pandangan gadis itu dengan kening yang berkerut.
"Memang aku sayangkan Fiyah. Tapi aku dah terlambat Suha. Fiyah tak akan terima aku," jawabnya dengan perasaan kecewa.
"Kau ini cepat sangat mengalah. Kau tahu tak kenapa aku nak jumpa kau hari ini?" soal Suha dengan kening terangkat. Dahin menggeleng perlahan.
"Aku tak nak kau berputus asa Dahin. Sebab Fiyah itu hanya perlukan masa. Kau sendiri tahu apa yang berlaku dengan Fiyah. Dia susah nak buka hatinya untuk orang lain kerana takut dengan kehilangan. So, aku nasihatkan kau kalau kau benar-benar sayangkan Fiyah, kau jangan pernah putus asa. Tapi buat masa masa sekarang ini, kau hanya perlu sedikit bersabar. Macam aku cakap tadi. Fiyah perlukan masa," nasihat Suha dengan ikhlas. Dahin tersenyum hambar sambil mengangguk.
***
Dahin menarik nafas panjang.
Saya akan tunggu awak kembali Fiyah. Dan bila tiba masa itu, saya tak akan sesekali lepaskan awak lagi. Tak akan!
*****
Aliya memandang Datuk Hashim dengan reaksi wajah yang jelas terkejut.
"Maksud papa?" soalnya sambil mengambil tempat di hadapan papanya itu. Datuk Hashim mengeluh perlahan. Dia juga masih terkejut dengan perkhabaran daripada Brenda sebentar tadi.
"Fiyah baru aje berlepas ke Australia sebentar tadi," beritahunya sambil bersandar lemah pada sofa.
"Aus? Buat apa kat sana? Bukan sepatutnya Fiyah balik sini ke?" soal Aliya bertalu dengan wajah keliru.
"Fiya ke sana sebab melawat nendanya. Ibu kepada arwah mama Fiyah," beritahu Datuk Hashim dengan sayu.
"Tapi kenapa Fiyah tak beritahu papa dulu? Lama ke Fiyah kat sana? Fiyah tak patut buat macam ini pada papa," soal Aliya dengan perasaan kecewa. Datuk Hashim menggeleng perlahan sebelum bangun dan berlalu ke tingkat atas. Aliya meraup wajahnya.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomanceAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...