Dahin melangkah perlahan ke beranda biliknya. Dia menoleh memandang ke rumah jirannya. Kelihatan pintu bilik Afiyah masih tertutup rapat. Dahin menarik nafas dalam. Teringat semula perbualannya dengan Daffa beberapa hari yang lalu.
***
"Saya akan datang Johor jumpa Fiyah. Saya masih tak terlewatkan?" soal Daffa dengan perasaan bersalah.
"Awak ada call Fiyah ke selepas awak pergi hari itu?" soal Dahin tanpa menjawab. Daffa terdiam mendengar soalan lelaki itu.
"Saya dah agak. Kenapa awak datang lagi kalau dari awal awak dah buang dia? Awak tak malu?" soalnya lagi dengan nada sinis. Daffa menarik nafas perlahan.
"Saya tak pernah buang Fiyah," balasnya dengan nada tegas. Dahin tersenyum sinis.
"Yakin sangat nampak? Datang lah, saya nak tengok kesungguhan awak. Ingat, kalau awak tak berjaya, Afiyah akan jadi milik saya," balasnya dengan nada keras separuh mengugut. Dia menggenggam erat telefon bimbitnya. Daffa menarik nafas lega.
"Afiyah bukan robot yang tak ada perasaan. Saya harap awak tak ulangi kesilapan lalu. Saya mengaku memang saya sayangkan dia. Tapi rupanya tak semudah itu. Saya bukan mengalah sebab awak. Saya sedar yang saya tak mungkin ada ruang di hati Fiyah. So, awak jangan sia-siakan peluang ini," sambung Dahin dengan tegas.
***
Dahin mengeluh perlahan.
"Jauh termenung nampak," tegur satu suara. Dahin menoleh. Kelihatan Afiyah sedang berpeluk tubuh memandangnya tanpa senyuman. Afiyah merenung dalam wajah lelaki dihadapannya itu. Sukar untuk dia percaya. Dahin Dahlan ada hati dengannya? Apa yang dia perasan selama ini lelaki itu ada hati dengan Aliya, bukan dirinya. Tanpa sedar perlahan senyuman terukir di bibirnya. Lelaki berlesung pipit itu adalah orang ketiga yang meluahkan rasa sayang kepadanya.
Terasa diri ini disayangi.
Dahin berdehem perlahan. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dadanya berdebar hebat saat melihat senyuman gadis itu.
"Jangan sampai malam ini juga saya pinang awak," katanya dengan senyuman nakal sambil memandang gadis itu semula. Afiyah mencebik. Dia mendongak memandang langit.
"Terima kasih," ucapnya ikhlas. Dahin terdiam mendengar ucapan gadis itu.
"Sebab dah sayang saya," sambung Afiyah dengan nada perlahan. Dahin terkedu.
"Tapi saya minta maaf. Saya dah letih fikir pasal benda ini. Macam-macam yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Saya manusia biasa Dahin. Tak semua yang berlaku saya boleh terima dengan mudah," kata Afiyah lagi tanpa memandang lelaki itu.
"Sorry Fiyah. Saya dah tambah masalah awak," ucap Dahin dengan perasaan bersalah. Dia yakin yang gadis itu tentu sedang tertekan dengan pengakuannya beberapa hari yang lalu. Terangkat kening Afiyah memandang lelaki itu. Dia tersenyum hambar membalas pandangan Dahin.
"Saya masuk dulu," katanya sebelum beredar masuk. Dahin hanya memandang gadis itu berlalu tanpa membalas. Dia meraup wajahnya perlahan.
Kenapa aku bodoh sangat?!
*****
"Kau nak apa lagi?" soal Eijaz keras. Aliya menggigit bibir.
"Eij please. Liya minta maaf," ucapnya separuh merayu. Dia masih tidak percaya dengan perubahan sikap lelaki itu. Eijaz tersenyum sinis.
"Aku akan masuk meminang Fiyah lepas exam. Kita dah putus Liya. Kau tak malu merayu macam ini? Look Liya, kau itu langsung tak layak jadi suri hati aku. Sila sedar diri," balasnya dengan nada keras. Aliya terkedu.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomanceAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...