Bab 32

165 9 3
                                    

3 Tahun kemudian

Puan Sri Erma memandang sahaja anak lelakinya yang sedang menarik kerusi di hadapannya. Eijaz menghadiahkan senyuman manis kepada wanita itu.

"Papa mana ma?" soalnya sambil mencapai cawan.

"Keluar dengan uncle Shim," beritahu Puan Sri Erma. Eijaz hanya mengangguk tidak bertanya lagi. Puan Sri Erma mengeluh dalam diam. Sejak anak lelakinya itu kembali seminggu yang lalu, Eijaz langsung tidak bertanya apa-apa mengenai Aliya mahupun Afiyah.

Anak aku ini dah ada calon lain ke?

Bisik hati Puan Sri Erma agak risau.

"Esok Eij dah start masuk office. Mama itu tak payah lagi masuk office. Duduk aje kat rumah," beritahu Eijaz separuh mengarah.

"Tak nak rehat dulu? Eij kan baru aje balik. Tak keluar jumpa kawan-kawan? Jumpa Liya ke," balas Puan Sri Erma sengaja menekan kuat nama Aliya agar lelaki itu mendengarnya. Eijaz tersenyum menggeleng.

"No ma. Banyak benda lagi yang Eij nak kena belajar daripada papa. Eij tak nak buang masa," jawabnya sebelum bangun dari kerusinya.

"Dah kenyang?" soal Puan Sri Erma dengan kening berkerut.

"Nak mandi. Tak selesa dengan badan melekit," balas Eijaz dengan senyuman sebelum beredar. Puan Sri Erma menggeleng perlahan.

Nak larikan diri lah itu.

*****

Daffa terkaku di tempatnya saat melihat gadis tinggi lampai yang sangat dikenalinya itu sedang berjalan menarik bagasinya. Langkah Afiyah turut terhenti. Dia terkedu. Kedua-duanya saling berpandangan tanpa bicara. Tanpa sedar Daffa melangkah perlahan menghampiri. Kini wajah gadis itu benar-benar di hadapannya. Afiyah tersenyum hambar.

"Daf, tak sangka jumpa awak kat sini," katanya agak berdebar kerana sudah lama tidak bertemu dengan lelaki itu. Daffa tersenyum mengangguk.

"Fiyah apa khabar?" soalnya dengan senyuman. Benar lah kata orang. Cinta pertama itu adalah cinta yang sukar untuk dilupakan.

"I'm fine. Oh ya, tahniah untuk awak. Saya tak terlambat lagikan?" ucap Afiyah dengan senyuman.

"Thank you," balas Daffa turut membalas senyuman gadis itu.

"Fiyah," tegur satu suara. Afiyah dan Daffa serentak menoleh. Brenda tersenyum berjalan menghampiri sambil mendepangkan tangannya ke arah Afiyah.

"Mom!" balas Afiyah separuh menjerit. Dia memeluk erat wanita itu dengan perasaan sebak. Brenda tersenyum sambil mengucup pipi gadis itu.

"Sihat?" tanyanya sambil membelek wajah gadis itu. Afiyah tergelak kecil sambil mengangguk.

"Alhamdullillah. Jom, mom dah masak makanan kegemaran Fiyah kat rumah. Papa dan Liya pun dah lama sampai dari Johor," beritahu Brenda sambil menarik lengan gadis itu. Tingkahnya terhenti apabila terpandang Daffa yang masih berdiri memerhatikan mereka.

"Apa khabar?" tanya Daffa dengan senyuman. Dia kenal dengan wanita itu. Wanita yang sentiasa ada ketika susah dan senang Afiyah dan arwah ibunya.

"Aunty sihat. Maaf tak dapat datang majlis Daf hari itu. Datang lah rumah. Bawa ibu kamu sekali," ajak Brenda dengan senyuman.

"Insya Allah aunty," balas Daffa sambil mengerling Afiyah yang hanya tersenyum memandangnya.

"Kami balik dulu," kata Afiyah sebelum mula melangkah untuk berlalu. Daffa hanya tersenyum mengangguk dengan perasaan berbaur.

Pilihan TerakhirWhere stories live. Discover now