"Daf akan balik minggu depan pa. Mama dah mula makan?" tanya Daffa dengan perasaan bimbang. Datuk Ramli mengeluh perlahan.
"Maafkan papa Daf. Mama kamu itu degil sangat. Sarapan tadi dia cuma jamah sekeping roti aje," beritahunya. Daffa meraup wajahnya perlahan.
"Maafkan papa. Papa dah lama tak pergi office sebab risaukan mama. Papa tak ada pilihan lain selain paksa kamu pulang cepat," sambung Datuk Ramli dengan perasaan bersalah. Dia tahu anak lelakinya itu masih belum berjaya memujuk Afiyah semula. Namun dia terpaksa meminta Daffa kembali ke Melaka dengan segera disebabkan isterinya yang jatuh sakit.
"Tak apa pa, dah memang tanggungjawab Daf tolong papa. Lagipun mama tak sihat. Daf kena pulang juga," balas Daffa dengan suara perlahan.
"Fiyah macam mana? Daf nak tinggalkan macam itu aje?" tanya Datuk Ramli agak serba salah.
"Mungkin dah memang tak ada jodoh pa. Daf redha. Daf tak akan menyesal sebab Daf dah datang sini dan cuba pujuk dia. Daf kena lah terima hakikat walaupun pahit," jawab Daffa agak sebak. Sakit hatinya mengakui sesuatu yang bukan kehendaknya. Jauh di sudut hati, bukan itu yang dia inginkan. Datuk Ramli mengangguk faham.
"Pa, esok pagi Daf ada kelas. Kirim salam dengan mama ya. Beritahu mama yang Daf akan balik minggu depan. Pesan kat mama juga yang Daf tak balik kalau mama tak makan dan tak jaga kesihatan. Assalamualaikum pa," ucap Daffa dengan senyuman hambar.
"Baik lah Daf. Kamu kat sana tu hati-hati. Waalaikumsalam," jawab Datuk Ramli sebelum memutuskan talian. Dia berpaling memandang isterinya yang sedang termenung di birai katil.
"Daf akan balik minggu depan. Daf kirim salam. Dia pesan supaya Wiyah jaga kesihatan dan makan dengan teratur. Wiyah, abang tak tahu nak cakap apa lagi. Cuma satu aje. Abang tak pernah setuju dengan rancangan Wiyah itu. Daf itu pun anak abang juga. Abang tak nak Daf menderita dengan rancangan Wiyah itu," kata Datuk Ramli dengan tegas sebelum berlalu keluar dari bilik. Datin Isnawiyah bangun dari katil dan melangkah ke beranda bilik. Dia mengeluh perlahan.
Kejam sangat ke aku? Aku cuma mahu yang terbaik untuk Daf. Kenapa semua orang tak faham?
Datin Isnawiyah mendengus perlahan.
*****
Aliya menahan langkah Eijaz.
"Eij," panggilnya lembut. Eijaz hanya merenung wajah gadis itu tanpa berkata apa-apa. Aliya menarik nafas perlahan.
"Pasal semalam..."
"Why, dah ready nak lepaskan saya?" pintas Eijaz. Aliya terkedu. Eijaz mendengus geram.
"Saya ada kelas pagi ini. Awak boleh tak jangan rosakkan mood saya?" marahnya sebelum melangkah semula. Aliya menggigit bibir. Dia berpaling memandang lelaki itu semula.
Kenapa susah sangat aku nak ucap perkataan itu?
"Liya," panggil satu suara. Aliya menoleh. Rina tersenyum menghampiri.
"Tak masuk kelas lagi?" tanya Rina.
"Nak masuk lah ini. Jom lah masuk sama-sama," ajaknya sambil melangkah perlahan. Rina hanya mengangguk menuruti langkah gadis itu.
"Kau ada rahsiakan apa-apa dari aku ke?" soal Aliya sambil memandang sahabatnya itu. Rina yang agak terkejut dengan pertanyaan itu pantas menggeleng.
"Rahsia? Tak ada. Mana ada," jawabnya tanpa membalas pandangan gadis itu. Aliya mengangguk faham. Rina menarik nafas lega.
Wait..., tanya aku pula. Bukan Liya ke yang berahsia sangat?
Rina menggeleng perlahan.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomanceAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...