Afiyah memandang agak lama telefon bimbitnya yang berada di atas meja soleknya. Biasanya setiap pagi dia akan menerima panggilan daripada lelaki itu. Namun sudah hampir lima hari lelaki itu tidak menghubunginya. Afiyah mengeluh perlahan. Esok dia akan berangkat pulang ke Melaka. Terlalu cepat masa berlalu. Dia merasakan tempoh dua tahun seperti dua bulan sahaja. Afiyah menggeleng perlahan sambil mencapai pakaiannya semula. Tangannya sibuk mengemas namun fikirannya sudah menerawang jauh mengingatkan kata-kata Datuk Hashim dua hari lepas.
***
"Eij dah balik London," beritahu Datuk Hashim dengan nada mendatar. Afiyah hanya membisu mendengar kata-kata papanya itu.
"Eij minta maaf dengan Fiyah," sambung Datuk hashim lagi. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku antara Afiyah, Aliya dan Eijaz. Namun sehingga kini dia masih tidak tahu sebabnya. Niat ingin tahunya dibatalkan apabila ketiga-tiga insan itu sukar untuk berkongsi dengannya. Dia pula bukan jenis yang memaksa.
"Saya dah maafkan Eij. Thank you, pa," ucap Afiyah dengan senyuman hambar. Entah mengapa tiba-tiba hatinya terasa sayu mendengar pemergian lelaki itu.
***
Lamunan Afiyah terhenti apabila telefonnya tiba-tiba berdering. Hatinya berdebar. Dia bangun dari sofa dan melangkah menghampiri meja soleknya. Nama Dahin terpampang pada skrin telefonnya. Berkerut kening Afiyah. Dia menekan punat hijau.
"Morning," ucap Dahin dengan nada cerianya. Afiyah mencebik.
"Fiyah masih marahkan saya ke?" soal Dahin separuh mengusik.
"Dah tahu kenapa tanya lagi?" soal Afiyah pula dengan nada agak keras. Dahin terdiam.
"Sorry," ucapnya dengan nada perlahan. Dia tidak pernah berniat untuk menyakitkan hati gadis itu. Dia membantu Daffa kerana yakin yang gadis itu juga masih sayangkan Daffa. Afiyah mengeluh perlahan.
"Awak nak apa?" soalnya semula kini dengan nada yang rendah. Dahin tersenyum hambar.
"Dahin nak ajak Fiyah keluar. Boleh?" tanyanya separuh mengajak. Hatinya berdebar menanti jawapan gadis itu.
"Okay," balas Afiyah ringkas. Dia memang ingin bertemu dengan lelaki itu sebelum berangkat esok. Dahin tersenyum gembira.
Yes!
*****
"Kau okay?" tanya Rina sambil memandang gadis itu yang hanya termenung sedari tadi. Aliya sekadar tersenyum hambar menjawab pertanyaan rakannya itu. Suha yang duduk berdepan dengan mereka menarik nafas dalam.
"Liya, tak semua yang kita rancang akan menjadi. Aku tahu kau bukan seorang yang mudah berputus asa," nasihatnya ikhlas.
"Liya rasa berdosa sangat dengan semua orang," balas Aliya dengan nada kesal. Rina menyentuh lembut bahu gadis itu.
"Kita manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan Liya," katanya separuh memujuk. Aliya tersenyum hambar. Apabila dia mendapat khabar yang Eijaz tidak jadi meminang Afiyah, dia jadi serba salah. Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini kalau bukan dia. Dia yang memulakan segala-galanya. Aliya mengeluh perlahan.
"Sudah lah itu. Kita keluar hari ini sebab nak tenangkan fikiran," celah Suha dengan senyuman.
"Sayangnya Fiyah tak dapat ikut sekali," balas Rina dengan perasaan agak kecewa.
"Dia ada hal sebab itu tak dapat datang," beritahu Aliya dengan senyuman. Dia ada juga mengajak Afiyah. Namun gadis itu nampaknya sibuk mengemas barangnya.
"Sunyi lah nanti bila Fiyah dah balik Melaka. Lama ke Fiyah kat sana?" soal Rina ingin tahu.
"Tak pasti lagi," jawab Aliya dengan nada perlahan. Suha hanya membisu mendengar perbualan kedua-duanya. Fikirannya mengimbau semula perbualannya dengan Afiyah dimana gadis itu ada memberitahunya mungkin dia tidak akan kembali lagi ke Johor dalam masa terdekat. Suha mengeluh perlahan. Rina dan Aliya saling berpandangan melihat telatah sahabat mereka itu.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomanceAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...