Afiyah menarik nafas dalam. Dia menoleh ke arah Aliya yang sedang rancak berbual dengan Daffa.
"Awak okay?" soal Dahin apabila melihat Afiyah yang kurang selesa. Afiyah hanya menjeling lelaki tersebut tanpa berkata apa-apa.
"Masih marahkan saya?" tanya Dahin lagi dengan nada perlahan. Afiyah ingin menjawab namun telefonnya yang berdering menghalangnya. Dia melihat skrin telefon. Nama Eijaz jelas terpampang. Dahin yang turut melihat nama lelaki tersebut berdehem perlahan. Afiyah bangun untuk menjawab panggilan Eijaz. Daffa dan Aliya hanya memandang telatah gadis itu.
"Siapa?" soal Aliya sambil memandang Dahin.
"Eij," jawab Dahin sambil bersandar pada kerusinya. Aliya hanya mengangguk perlahan. Daffa diam membisu.
"Nak apa? Kalau pasal kerja, esok kita boleh jumpa," tanya Afiyah apabila sudah agak jauh dari kumpulan Dahin.
"Saya nak jumpa awak. Saya dah pun sampai depan rumah awak," balas Eijaz dengan tenang.
"What?!" Afiyah menggigit bibirnya apabila perasan suaranya yang agak tinggi.
"Are you okay?" soal Aliya separuh menjerit. Terkejut mereka mendengar suara gadis itu yang agak tinggi. Afiyah sekadar melambaikan tangannya.
"Sekarang ke?" soal Afiyah dengan kening yang berkerut.
"Yes," balas Eijaz dengan senyuman. Afiyah mendengus perlahan. Dia berjalan menuju ke pintu pagar utama.
"Tuan Eijaz dah lama tunggu Fiyah," beritahu Pak Jamail pemandu papanya sambil tersengih di hadapan pintu pagar. Dia membuka pintu pagar tersebut untuk Afiyah.
"Terima kasih pakcik," ucap Afiyah dengan senyuman nipis. Dia mengampiri Eijaz yang sedang bersandar tenang pada keretanya.
"Nak apa? Tak boleh tunggu esok?" soal Afiyah tidak sabar. Dia memandang pintu pagar sebelum beralih memandang Eijaz semula. Afiyah agak takut sekiranya Dahin tiba-tiba muncul dan akan berlaku perang yang tidak diingininya. Sudahlah sejak akhir-akhir ini Dahin semakin berani menunjukkan keinginan mahu memilikinya. Afiyah mengeluh perlahan.
"Sorry kalau saya dah ganggu awak. Masuk lah dulu," ucap Eijaz separuh mengarah sambil membuka pintu keretanya. Berkerut kening Afiyah.
"Awak nak apa sebenarnya?' soalnya agak keliru dengan sikap lelaki itu. Sekejap tenang sekejap marah. Kadang-kadang ada masa dia rasakan lelaki itu tidak pernah mengenalinya.
"Jangan risau. Saya dah beritahu papa Shim," balas Eijaz dengan senyuman. Semakin berkerut kening Afiyah. Dia masuk ke dalam kereta lelaki itu dengan berat hati.
"Kita nak ke mana?" tanyanya apabila melihat Eijaz mula menghidupkan enjin kereta. Eijaz hanya tersenyum tanpa menjawab. Afiyah mendengus lagi.
Pening aku dengan perangai lelaki ini.
*****
"Gelanggang?" berkerut kening Afiyah memandang lelaki itu. Eijaz mengangguk tersenyum.
"Dah lupa tempat ini?" soal Eijaz sambil merenung gadis itu. Mereka sekarang berada di hadapan gelanggang bola keranjang yang menjadi tempat mereka bertemu buat pertama kalinya. Afiyah terdiam mendengar soalan lelaki itu.
"Kenapa? Awak nak imbau kenangan lalu?" tanya Afiyah membalas tajam pandangan lelaki itu. Eijaz tersenyum mendengar soalan gadis itu. Dia membuka pintu kereta.
"Jom," ajaknya dengan senyuman. Afiyah mengeluh perlahan.
Nak kena mamat ini.
Walaupun geram Afiyah tetap mengikut langkah lelaki itu.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomanceAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...