Datuk Hashim mengetuk pintu bilik Afiyah perlahan.
Masih tidur ke?
Soalnya dalam hati. Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Tersembul wajah Afiyah yang kelihatan masih basah.
"Sorry, papa ganggu ke? Papa nak ajak sarapan. Fiyah nak pergi mana-mana tak hari ini?" tanya Datuk Hashim dengan senyuman. Afiyah terdiam sejenak mendengar permintaan papanya itu.
"Kalau tak..."
"Okay. Kejap lagi Fiyah turun," potong Afiyah sebelum menutup pintu biliknya semula. Datuk Hashim yang agak terkejut mendengar kata-kata gadis itu akhirnya tersenyum lebar. Dia berlalu dengan perasaan gembira.
*****
Afiyah memandang sekeliling.
"Liya dah keluar. Katanya nak jumpa kawan," beritahu Datuk Hashim apabila melihat gerak geri gadis itu seperti mencari seseorang. Afiyah mengangguk perlahan. Dia mengambil tempat berdepan dengan papanya. Datuk Hashim menuangkan kopi ke dalam cawan dan meletakkannya di hadapan Afiyah.
"Daf ada call tadi. Dia beritahu hari ini dia akan pulang ke Melaka," beritahunnya. Afiyah yang sedang menyapu jem pada rotinya hanya membisu.
"Papa minta maaf kalau Fiyah rasa papa dah masuk campur dengan urusan peribadi Fiyah. Apa pun keputusan Fiyah itu hak Fiyah untuk tentukan. Papa akan sentiasa sokong Fiyah dari belakang," sambung Datuk Hashim dengan senyuman. Afiyah menarik nafas perlahan. Permintaan Daffa masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Fiyah nak balik Melaka. Tapi bukan lah sekarang. Bila dah tamat pengajian nanti," beritahumya dengan tenang sambil memandang tepat wajah yang sudah dimamah usia itu. Datuk Hashim terkedu.
"Balik Melaka? Fiyah tak suka tinggal sini ke? Okay, papa faham Fiyah tak suka papa. Fiyah nak tak papa belikan Fiyah tempat kediaman yang dekat dengan kawasan ini?" soalnya bertalu. Riak wajahnya jelas menunjukkan kebimbangan. Afiyah menggeleng perlahan.
"Fiyah nak tinggal sana sebab dekat dengan mama. One thing, Fiyah nak minta maaf. Fiyah tahu Fiyah banyak berdosa dengan papa. Sebenarnya Fiyah pun penat. Penat nak marah papa, benci papa dan kutuk papa dari belakang. Fiyah bukan anak yang baik. Sebab itu Fiyah nak jernihkan suasana antara kita sebelum Fiyah kembali ke Melaka." Datuk Hashim terkedu sekali lagi apabila mendengar kata maaf daripada gadis itu.
"Fiyah bukan tak suka papa. Cuma tak biasa dengan papa. Papa tinggalkan Fiyah dan mama terlalu lama. Papa tak tahu yang selama ini dalam benci, Fiyah tetap rindukan papa. Papa adalah papa kandung Fiyah walaupun Fiyah seringkali nafikan hakikat itu. I'm sorry," sambung Afiyah kini dengan senyuman namun masih hambar. Datuk Hashim terketar-ketar menghulurkan tangannya kepada Afiyah. Air matanya menitis perlahan. Afiyah menyambut perlahan dengan perasaan berbaur.
Betul ke apa yang aku buat ini? Atau aku hanya menurut permintaan Daf?
"Papa tak tahu lagi nak cakap apa. Terima kasih sebab menerima papa semula," ucap Datuk Hashim dengan perasaan gembira yang sukar untuk dia gambarkan. Afiyah tunduk menyalami tangan papanya itu. Dalam diam dia mengeluh berat.
*****
"Thank you Zel," ucap Daffa dengan senyuman hambar. Hazel menggeleng perlahan melihat wajah suram rakan baiknya itu. Sebulan yang lalu dia menerima panggilan daripada Daffa yang ingin meminta bantuannya untuk mendaftar di kolej tempatnya mengajar. Pada mulanya dia memang agak terkejut kerana dia tahu rakan yang satu universiti dengannya itu bukannya gila. Apabila Daffa cuba menjelaskan padanya akan sebab utama dia mendaftar di kolej itu baru lah dia bersetuju untuk membantu.
"Kau okay ke? Fiyah macam mana?" soal Hazel ingin tahu. Ainun Afiyah adalah sebab utama rakan baiknya itu berkelakuan sedemikian.
"Aku kena balik dengan tangan kosong Zel. Mungkin antara kami tak ada jodoh. Aku redha," jawab Daffa dengan suara yang perlahan. Hazel menarik nafas dalam.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomanceAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...