Puan Sri Erma menggenggam jemari gadis itu. Afiyah hanya tersenyum membalas pandangan wanita itu.
"Terima kasih Fiyah," ucap Puan Sri Erma dengan senyuman.
"Untuk apa mama? Rasanya Fiyah tak layak terima ucapan itu," balas Afiyah dengan perasaan bersalah. Puan Sri Erma menggeleng perlahan.
"Mama tahu tak mudah bagi Fiyah. Bila mama tahu Eij nak pinang Fiyah hari itu, mama sebenarnya agak takut. Mama takut Fiyah tak mampu untuk menerima Eij disebabkan kisah Eij dan Liya. Sebab itu mama bersyukur sangat bila Fiyah terima cincin yang Eij beri malam itu," katanya dengan perasaan sebak. Afiyah terdiam mendengar kata-kata wanita itu.
"Fiyah bukan tak sayang Eij mama. Cuma Fiyah takut nak hadapi risiko itu. Kehilangan seseorang yang kita sayang itu adalah perkara yang paling menyakitkan buat Fiyah. Kalau boleh Fiyah tak nak kesilapan itu berulang lagi," katanya seiring dengan senyuman hambar. Puan Sri Erma menepuk lembut tangan gadis itu.
"Mama kenal Eij. Mama beri jaminan yang Eij akan jaga Fiyah dengan baik," katanya dengan yakin. Afiyah hanya tersenyum tanpa membalas.
"Mengumpat Eij ek?" celah Eijaz yang sedang berjalan menghampiri.
"Tahu tak apa," balas Puan Sri Erma sambil tergelak kecil. Eijaz ikut tergelak sambil menghulurkan tangan ke arah Afiyah.
"Jom, Eij nak tunjukkan sesuatu dengan Fiyah," katanya dengan senyuman. Afiyah memandang Puan Sri Erma. Wanita itu kelihatan hanya tersenyum mengangguk. Afiyah bangun perlahan tanpa menyambut huluran lelaki itu. Eijaz menggigit bibir.
"Jom," ajaknya dengan senyuman nakal. Terangkat kening Afiyah memandang langkah lelaki itu yang laju menuju masuk ke dalam rumah.
"Eij jangan buat hal. Fiyah tak jadi isteri Eij lagi itu," Puan Sri Erma mengingatkan sambil mengenyitkan mata ke arah Afiyah. Kedengaran gelak Eijaz yang sudah berada di muka pintu. Afiyah tersenyum kecil ke arah Puan Sri Erma sebelum mengikut langkah lelaki itu.
Mamat ini memang nak kena!
*****
Afiyah agak berdebar melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu. Langkah Afiyah terhenti apabila melihat gambar besar yang tergantung pada dinding. Gambarnya bersama dengan lelaki itu semasa majlis tunang mereka.
"Awak nampak sangat jelita dalam gambar itu," puji Eijaz separuh berbisik di telinga gadis itu. Afiyah berpaling memandang lelaki itu.
"Nak tunjuk apa?" soalnya dengan dada berdebar saat melihat renungan tajam lelaki itu. Eijaz berdehem perlahan. Dia berjalan menghampiri almari besar di tepi katil sambil mengambil sesuatu. Terangkat kening Afiyah apabila lelaki itu menunjukkan sebuah album yang agak tebal.
"Kita tengok kat sini," ajak Eijaz sambil melangkah menuju ke beranda biliknya. Afiyah hanya menurut sambil mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Eijaz menolak album tersebut ke arah gadis itu.
"Gambar apa ini?" soal Afiyah agak berdebar.
"Tengok lah," balas Eijaz dengan senyuman. Afiyah membuka album tersebut. Bibirnya terkunci saat melihat satu persatu fotonya yang ada di dalam album tersebut. Eijaz agak berdebar melihat reaksi gadis itu.
"Awak ini stalker ek?" tanya Afiyah tanpa memandang wajah lelaki itu. Eijaz tergelak kecil.
"Sebab Fiyah lah saya boleh jadi stalker," balasnya dengan perasaan lega.
"Macam mana awak boleh dapat gambar saya ini? Ini masa saya dekat Australia kan?" tanya Afiyah dengan kening berkerut. Dia memandang lelaki itu semula.
"Sorry, itu saya minta dengan mama Bien," jawab Eijaz sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlahan senyuman terukir di bibir Afiyah. Eijaz terkesima sejenak.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomanceAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...